Dua Menu Baru Pezzo Pizza Ditampilkan Sempena Hari Kemerdekaan. Assalammualakum! Hehehe. Bila cerita bab makan, memang seronok. Tambah seronok kalau ada makanan yang kena dengan selera rakyat Malaysia. Apa yang paling anda suka makan? Kalau ke luar negara, untuk bercuti, sambung belajar atau bermastautin di negara luar. Apa yang paling anda akan rindu? Kalau tak dapat makan, pasti home sick. Hahaha.
Kalau ruby, ruby akan rindu semua jenis makanan Malaysia. Dari masakan mak, sambal udang petai, assam laksa, tempoyak ikan patin, nasi lemak, satay dan macam-macam lagi. Kalaulah ada makanan yang boleh diubah suai tetapi mempunyai rasa yang sama. Pasti hilang mengidam. Hahaha. Ruby nak kongsikan dengan anda idea baru untuk menikmati makanan kegemaran kita. Ia adalah sangat unik dan ruby dah rasa!
Selain makan nasi, pengganti karbohidrat adalah roti. Jadi, kalau ruby perkenalkan makanan ini kepada anda. Cepat-cepat cuba esok! Ya esok makanan ini akan dijual. Esok adalah pelancarannya! 25 Ogos 2017 Jumaat! Dapatkan sementara stok masih ada!
Dua Menu Baru Pezzo Pizza Ditampilkan Sempena Hari Kemerdekaan
Dua pizza tersebut adalah Sambal Chicken Ikan Bilis Pizza dan Satay Chicken Pizza. Menarik kan? Untuk pengetahuan anda, penyediaan pizza ini hanya 7 minit sahaja. Proses pembakaran 4 mini, penyediaan 3 minit. Cepat kan?
Sambal Chicken Ikan Bilis Pizza
Adunan roti pizza dan di simpan lembut selama 3 jam adalah kunci kepada kesedapan pizza ini. Nipis dan rangup sudah semestinya. Kemudian disapu dengan sambal sebagai pengganti tomato paste. Taburan keju, bawang merah, ayam oregano, cili merah, ikan bilis rangup dan keju lagi sekali. Maka terhasil lah Pizza ini. Masa mula-mula ruby lihat, mesti ikan bilis ni lemau! Confirm punya! Tapi, sangkaan ruby meleset. Hahaha. Rasa Sambal Chiken Ikan Bilis Pizza ni sangat sedap. Kena dengan tekak rakyat Malaysia. Akhirnya ada Pizza pedas macam ni. Rasa macam makan nasi lemak. Tapi diatas sekeping pizza dari Pezzo Pizza! Yummmy!
Satay Chicken Pizza
Satay Chicken Pizza pula adalah pizza yang pastinya anda boleh teka bagaimana rupa dia kan? Ruby ingatkan ia pizza biasa yang hanya ada ayam perapan seperti rasa satay. Kemudian tabur keju. Hahaha. Tapi salah! Cara pembuatan Satay Chicken Pizza dari Pezzo Pizza sangat unik. Ini kerana sapuan kuah kacang sebagai pengganti tomato paste adalah idea bijak! Jadi dalam pizza ini ada kacang! Yummmm. Kemudian ditabur keju, ayam oregano, cili merah dan timun. Bukan satay la kalau tiada timun kan?
Video Youtube Ruby Mencuba Dua Menu Baru Pezzo Pizza
Apa Yang Menarik Tentang Pezzo Pizza
- Anda beli pizza ikut selera anda dalam bentuk kepingan. 1 slice pun besar!
- Setiap pizza yang dijual ada pelbagai jenis dan rasa yang unik
- Anda boleh beli satu slice atau 6 keping keseluruhan pizza. Beli banyak, lagi murah.
- Kalau beli 6 keping, anda boleh campur berlainan jenis pizza. Best kan?
- Semua isi kandungan adalah segar dan dari pilihan yang terbaik
- Topping yang meriah! Setiap gigitan pasti penuh dengan isi kandungan. Yummm!
- Adunan roti dibuat setiap hari! Mesin roti ada, oven pun ada di kiosk!
- Harga berbaloi-baloi! Murah!
Harga Pezzo Pizza
Dua menu baru ini terdiri daripada siri Gala. Jadi ia berharga RM 8.90 setiap satu keping.
SINGLE SLICE OF PEZZO PIZZA
CARNIVAL SERIES : RM7.90
GALA SERIES : RM8.90
PROMOTIONS (FROM ANY SERIES)
3 SLICES : RM22.90
6 SLICES (14″ FULL PAN) : RM42.90
Cawangan Pezzo Pizza
Dengan setiap kepingan Pizza Pezzo, pembuat pizza artistik menyediakan pizza pada setiap hari menggunakan bahan-bahan terbaik di pasaran. Jenama Pezzo Pizza telah mengendalikan 33 kiosk di Singapura, manakala 6 kiosk di Kuala Lumpur, 3 kiosk di Johor Bahru dan hampir 50 kiosk di Malaysia Timur. Manakala 20 kiosk Pezzo di luar negara iaitu di Thailand, Myanmar, Filipina, China dan Arab Saudi.
MID VALLEY CITY, KL
Lot-TK 06
Third Floor Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala LumpurNU SENTRAL, KL
Unit: CC 10
No. 201 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala LumpurONE UTAMA, PJ
Lot LGK7, Lower Ground Floor 1, Dataran Bandar Utama,
PJU 6 47800 Petaling Jaya,
SelangorSHELL DAMANSARA JAYA, PJ
1 Jalan SS23/8, 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
TESCO TAMAN MIDAH, KL
F44&F45 First Floor, Tesco Extra Cheras, No 2, Jalan Midah 2, Taman Midah Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
ANGSANA MALL, JB
Level 1, Lot 1.17, Bangunan Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru
KLUANG MALL, JB
Lot No. GK-01, Ground Floor
Jalan Rambutan, Bandar Kluang
86000, Kluang, JohorBATU PAHAT, JB
Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Dapatkan dua menu baru Pezzo Pizza ditampilkan sempena Hari Kemerdekaan di Pezzo Pizza cawangan berdekatan anda! Esok tau! See you!