Me Time Di Hari Bayi Tollyjoy 2017

Me Time Di Hari Bayi Tollyjoy 2017. Hari Bayi adalah hari yang paling seronok bagi ibu-ibu seperti ruby. Ini kerana, ia adalah hari tanpa runsing menjaga anak dan suami. Mereka di rumah, dan ruby ke majlis hari bayi sambil belajar nutrisi ibu hamil dan menyusu. Walaupun tiada suami dan anak. Tapi tetap mencari ilmu tentang bayi. Mengisi masa lapang juga berkenaan anak. Why la!!! Hahaha. Ini lah manisnya menjadi seorang ibu dan isteri. Walau sejauh mana fikiran kita ingin berehat, me time dan travel kemana-mana. Pasti berdekatan dengan anak dan suami. Betul tak? Kalau pergi jauh, tapi nak tengok anak dan suami pun tak guna juga. Hahaha.

Dilancarkan di Malaysia pada 2015 dengan kerjasama OrphanCARE, Hari Bayi Tollyjoy merupakan hari istimewa yang dikhususkan bagi meraikan bayi serta bagi menyambut pengalaman penting ibubapa dalam memberikan yang terbaik buat si kecil mereka. Ia menitikberatkan aspek kekeluargaan, kasih sayang serta penjagaan sempurna kepada setiap kanak-kanak, termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.

Sebagai pengilang dan pemasar produk penjagaan bayi dan ibu sejak 1971, Tollyjoy telah menerima sokongan yang berterusan daripada ibubapa. Ini menjadikan Hari Bayi Tollyjoy sebagai platform yang ideal bagi menunjukkan penghargaan kami kepada ibubapa. Ia merupakan hari di mana Tollyjoy meraikan peranan penting yang dimainkan oleh ibubapa, di samping memanjakan si kecil.

Hari Bayi Tollyjoy 2017

Ruby berkesempatan hadir ke majlis Hari Bayi Tollyjoy 2017. Ini adalah kali pertama ruby hadir ke acara sebegini. Tidak terfikir ada hari bayi. Paling best ia adalah anjuran Tollyjoy. Produk Tollyjoy dari Adam kecil ruby dah guna. Pakaian, mandian, botol susu dan permainan dia. Sekarang pun masih guna produk Tollyjoy iaitu Tollyjoy baby accessories and vegetable liquid cleanser. Ni sampai mereka besar akan ruby guna. Sebab untuk membersih buah, botol susu, botol minuman ruby dan permainan Adam & Alif. Memang mudah bila ada pembersih macam ni. Masuk dalam botol spray dan spray aje. Lepas tu lap dengan kain. Simple!

“Fokus bagi Hari Bayi Tollyjoy 2017 adalah pemakanan. Kami percaya bahawa, selain daripada kasih sayang yang diberi kepada si kecil, pemakanan yang baik sejak peringkat permulaan diperlukan bagi mereka mencapai potensi yang menyeluruh,” ujar Cik Grace Ng, Pengurus, Tollyjoy Corporation.

Pengisian acara Hari Bayi Tollyjoy 2017 sangat menarik, mereka telah menjemput Doktor Rozanna M. Rosly dari Ketua Jabatan Dietatik Pusat Pakar Universiti Malaya dan Puan Noraini Hashim iaitu Pemegang Amanah OrphanCARE.

Anda adalah apa yang anda makan

Doktor Rozanna M. Rosly, Ketua Jabatan Dietatik Pusat Pakar Universiti Malaya berkongsi kebaikan nutrisi bagi permulaan hidup yang sempurna Perumpaan lama, ‘Anda adalah apa yang anda makan’ adalah benar, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan bakal serta ibu yang sedang menyusu serta bayi. Pemakanan sempurna ketika mengandung bukan sahaja penting bagi perkembangan fetus, (1) malah pengambilan makanan yang seimbang, serta diet bernutrisi juga membantu dalam membina asas yang kukuh bagi perkembangan bayi pada masa hadapan (2) .

*1 http://jn.nutrition.org/content/134/9/2169.full
*2 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4064785/

Tollyjoy Corporation dan Yayasan OrphanCARE

Puan Noraini Hashim, Pemegang Amanah OrphanCARE berkata, “Tumpuan Hari Bayi Tollyjoy adalah seiring dengan matlamat kami – memberikan setiap kanak-kanak peluang untuk disayangi serta dilindungi keluarga dan meraikan bayi dalam apa jua cara sekalipun. Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi bergabung dengan Tollyjoy dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibubapa mengenai kepentingan pemakanan dalam memastikan tempoh hamil dan bayi yang sihat.”

Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan, visi OrphanCARE adalah memberikan setiap anak yatim serta bayi terbuang di Malaysia sebuah rumah melalui program anak angkat serta program baby hatch. Menyedari perkara ini, Tollyjoy Corporation dan Yayasan OrphanCARE sekali lagi berganding bahu bagi menganjurkan dua acara menyeronokkan bagi menyambut Hari Bayi Tollyjoy 2017.

Antara yang menjadi tumpuan adalah sesi bicara istimewa yang disampaikan oleh Cik Rozanna M. Rosly, Ketua Bahagian Dietetik, Pusat Perubatan Pakar Universiti Malaya mengenai kepentingan pemakanan bagi bakal ibu, ibu yang menyusu serta bayi.

Berkongsi kepakaran beliau, Cik Rozanna berkata, “Tempoh kehamilan adalah masa dimana tabiat makan si ibu akan mendatangkan kesan langsung kepada bayi yang dikandung. Keputusan ibu untuk mengambil sayuran, bijiran serta legume, protein serta pilihan makanan yang sihat dalam jadual makan sebelum dan ketika tempoh hamil boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan, membantu memastikan mereka sihat sepanjang tempoh kehamilan serta membantu dalam proses kelahiran. Ia juga membantu dalam membina asas yang bagus bagi perkembangan bayi, memberikan mereka permulaan yang kukuh dalam kehidupan.”

Beliau juga menasihatkan bahawa bayi hanya diberikan susu ibu pada enam bulan pertama kelahiran bagi membolehkan perkembangan, pertumbuhan serta kesihatan optimum. Ibu yang menyusu juga harus menitikberatkan kepentingan nutrisi yang diambil mereka. Selepas tempoh tersebut, sejajar dengan keperluan nutrien bayi, mereka boleh diperkenalkan kepada makanan seimbang dan selamat. Para ibu dinasihatkan untuk terus menyusu jika dibenarkan.

Di Hari Bayi Tollyjoy 2017, tetamu jemputan turut disajikan dengan demonstrasi penyediaan makanan interaktif oleh Cik Rozanna di mana beliau memaparkan kemeriahan menyediakan hidangan yang sihat di rumah. Antara sajian yang dihidangkan termasuklah, Lapisan Buahan Rangup yang merangkumi tembikai susu yang dilapisi dengan oats, yogurt rendah lemak, jem strawberi serta jus tembikai; Bubur Oat Plum dan Pisang dan Smoothie Susu Soya yang dibuat dengan buah-buahan segar. Pada akhir demonstrasi para tetamu menerima buku panduan dengan resipi sihat bagi ibubapa dan bayi.

Hari Bayi Tollyjoy 2017 turut diseriakan dengan pelbagai aktivti lain termasuklah Baby Bingo dan cabutan bertuah. Pemenang bertuah membawa pulang hamper Tollyjoy.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, sila layari www.tollyjoy.com.sg, atau kekal berhubung dengan menekan butang “like” di www.facebook.com/tollyjoymalaysia

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال