Program Menari Kanak-Kanak Di The Parenthood Wellness. Assalammualaikum semua, lama tak kemaskini blog. Baru je keluar laptop dari workshop. Tambah memori lebih sikit. Terbang jugalah beberapa RM. Hahaha. Okay ruby nak kongsikan aktiviti menarik bersama anak-anak pada hari minggu yang lalu. Tapi tidaklah seceria anak-anak lain. Sebab anak ruby lelaki dan baru berusia 3 tahun dan 1 tahun. Nak mesra dengan kelas menari memang ambil masa. Pemalu pun ya juga. Hahaha.
Program Menari Kanak-Kanak Di The Parenthood Wellness
Seperti anda sedia maklum, lokasi Parenthood menjadi kegemaran seisi keluarga kerana lokasinya di dalam pusat membeli belah Sunway dan mempunyai taman permainan indoor yang membolehkan ibu bapa turut serta. Jadi kita tidak lah cemas bila anak panjat tangga, lompat sana sini dan main gelongsor bersendirian. Kita pun boleh sertai dan menggamit memori seronok menjadi anak-anak kecil.
Berkolabrasi berasama The Dance Project, Parenthood Wellness kini menawarkan kanak-kanak dan ibu bapa program menari dari usia 2 tahun hingga 12 tahun. Pelbagai aktiviti akan diadakan dalam keadaan yang seronok dan menggembirakan. Tagline program ini adalah “Fun & Fitness with Dance – Developing Healthy & Confident Kids”. Perkembangan anak-anak akan lebih baik apabila melakukan pergerakan tarian. Selain itu memupuk badan yang lebih fleksibel, mengawal emosi dan memberi stamina. Pergerakan ini juga membantu otot, perbaiki postur yang lemah, meningkatkan keseimbangan dan penyelarasan, dan memperbaiki perkembangan kardiovaskular keseluruhan.
Belajar menari juga memupuk anak-anak lebih fokus dan mendengar. Setiap langkah adalah ingatan. Maka mereka akan belajar ingat setiap langkah. Dari situ kita boleh tahu bagaimana keadaan mental dan fizikal anak. Ruby perhatikan Adam agak pemalu untuk menari dan merajuk. Tetapi cikgu sangat memahami dan memberi masa kepada dia untuk mula selesa. Bila dah selesa baru dia akan sertai tarian.
Tarian yang ruby dan anak-anak lakukan adalah Kindertots, ia sesuai untuk anak berusia 24 – 36 bulan. Masa ini Adam dan Alif boleh sertai bersama. Cikgu menggunakan lagu nursery yang sering ruby mainkan untuk Adam dan Alif. Seperti Twinkle Twinkle Little Star, Itsy Bitsy Spider dan macam-macam lagi. Jadi, bila Alif dengar lagu yang dia tahu. Dia mula nyanyi, bab menari belum lagi dia goyang-goyang. Apabila cikgu dari Kinderdance International mula menari, ambil permainan dan bergerak aktif. Dia pun ikut-ikut. Ahh comel sungguh!
Kinderdance International adalah program nombor 1 di United States dan dipercayai oleh semua ibu bapa. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1979. 38 tahun di United States dan 5 tahun di Malaysia. Apa yang ditawarkan oleh Kinderdance Malaysia?
3 program ini terdapat di The Parenthood Wellness.
Kindertots (24 -36 bulan) – Program ini akan memberi perkembangan kepada motor skil anak-anak, kreativiti, pergerakan badan dan belajar bilangan nombor, warna, bentuk dan musik.
Kinderdance (3 – 6 tahun) – Ini adalah tarian perkembangan yang membantu motor skil dan program kecergasan dalam 3 peringkat. Belajar asas Ballet, Tap, Acrobatics and Creative Movement sambil dicampurkan dengan konsep pendidikan.
Kids Yoga by Kinderdance ( 4 – 7 tahun) – Ia memberi tenaga, kekuatan dan ketenangan kepada anak kita disamping musik dan pergerakan yoga yang bagus.
Bolly Shape (7 – 12 tahun) – Ia adalah program kecergasan yang diadakan oleh The Dance Project di The Parenthood. Selama 60 minit, anak anda akan belajar menari pelbagai jenis musik. Mengikut rentak dan irama. Program ini boleh membakar lebih 800 kalori di dalam badan pada setiap sesi. Best kan? Anak-anak pasti teruja dan cergas selepas melakukan Bolly Shape.
Ingin mencuba Program Menari Kanak-Kanak Di The Parenthood Wellness? anda boleh isi butiran peribadi anda di dalam borang yang ruby kongsikan ini
http://www.123contactform.com/form-2830308/My-Form-2
Selepas Program Menari Kanak-Kanak Di The Parenthood Wellness, kita berlari ke Playland pula. Satu hari berada di sini, sudah membuatkan anak-anak gembira.