Resepi Mango Passion Fruit Crumble

Resepi Mango Passion Fruit Crumble. Resepi ini ruby belajar di bengkel memasak panasonic cubie oven dan ia adalah pengalaman yang menyeronokkan. Ruby suka makan apple crumble dan anything yang ada crumble rangup-rangup ni. Tetapi tak reti nak buat. Bila dah tahu cara dari Chef Chin Pei Ling, terus senyum nak buat sendiri nanti. Jadi, ruby kongsikan dengan anda semua resepi ini. Selamat mencuba!

Mango Passion Fruit Crumble

Mango Passion Fruit Crumble

Saiz Hidangan : 3 x Le Creuset cocottes
Masa memasak: 25 minit

Kek Asas Vanilla

  • Mentega 110g
  • Gula pasir 85g
  • 1 biji telur saiz A
  • ½ ekstrak sudu teh vanila
  • Tepung gandum 150g, ditapis
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu susu

Inti

  • 2 biji mangga besar, dipotong dadu
  • ½ cawan buah markisar
  • ¼ sudu teh serbuk kardamon
  • 1 sudu tepung jagung
  • ¼ cawan gula
  • 1 ½ sudu jus lemon

Crumble

  • 120g tepung gandum
  • 75g mentega cair
  • 40g Gula pasir
  • 3 sudu oats
  • 3 sudu kepingan almond

Cara memasak :

  1. Panaskan Oven Panasonic Cubie hingga 180 ° C
  2. Untuk membuat kek asas vanilla : Pukul (whisk) mentega krim dan gula sehingga warna kepucatan. Masukkan ekstrak vanilla dan telur. Gaul sehingga sebati. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Akhir sekali, masukkan susu. Sudipkan ke dalam tiga Le Creuset Cocottes sehingga 1/3 penuh.
  3. Campurkan semua bahan bersama-sama kecuali buah markisar.
  4. Untuk membuat crumble : campurkan semua bahan kering bersama-sama. Kemudian tambahkan dalam mentega cair sejuk. Menggunakan garpu, gaul campuran sehingga ia menyerupai crumble.
  5. Sudu beberapa isi mangga, kemudian diisi ke dalam Le Creuset Cocottes. Dibahagian atas, masukkan buah markisar. Taburkan crumble di atasnya dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Masak selama 25 minit.

Menggunung ruby punya Oat dan Almond Flakes crumble tu. Ruby memang suka sangat dengan pencuci mulut yang ada crumble. Tidak kira, apple crumble, banana crumble atau apa sahaja. Semua makanan rangup dan garing memang ruby suka. hehehe.

Selamat mencuba Resepi Mango Passion Fruit Crumble. GOOD LUCK!

www.panasonic.com

www.lecreuset.com.my

www.facebook.com/mypanasonic

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال