EZBaby Ergonomik Hipseat Carrier Murah Dan Berkualiti. Assalammualaikum semua! Ramai dah ruby tengok ibu bapa baru menimang cahaya mata. Terasa nak hamil lagi. Tapi, kita jarakkan dulu kehamilan agar badan ibu kembali sihat bertenaga. Sebab banyak tanggungjawab perlu dilaksanakan. Jadi, kita juga perlu bahagikan masa agar anak-anak dapat sepenuh perhatian. Kalau dah penat, mesti ruby sibuk mencari bantal aje. Hahahaha. Ibu bapa baru memang tidak cukup rehat dan tidur. Jika dapat tidur, ia adalah perkara paling bermakna!
Ruby ingin kongsikan pengalaman ruby, diantara keluar jalan-jalan dengan stroller atau baby carrier? Ruby paling selesa dan mudah dengan baby carrier. Sebab anak mudah tidur. Kalau bawa stroller sambil tolak troli pasaraya macam pelik pula. Dah la pergi shopping berdua dengan baby. Jika pakai baby carrier, ruby tolak troli pasaraya aje dan semua kerja berjalan lancar mengikut ketepatan masa yang ruby inginkan.
EZBaby Ergonomik Hipseat Carrier Murah dan Berkualiti
Baby carrier di pasaran memang mahal, ada harga melebihi dari kemampuan kita. Ada pula yang murah tetapi keselamatan dari kualiti produk tidak terjamin. Kemalangan semasa menggunakan baby carrier juga ada, seperti zip tertanggal dan tali putus. Tetapi untuk keselamatan anak dan keselesaan ibu bapa. Sudah semestinya pelbagai cara untuk kita ketahui kebaikan sesuatu produk. Macam ruby, ruby suka google dan menonton video youtube produk tersebut terlebih dahulu. Kemudian bila dah berkenan, ruby akan menghubungi kedai yang menjual produk tersebut. Ruby akan bertanya adakah ia mudah atau perlukan bantuan orang lain untuk memakainya. Material juga sangat penting, agar anak selesa tidur di dalam baby carrier dan tidak kepanasan.
EZBaby Carrier ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan buat ibu bapa dan bayi. Bayi boleh memakai dari usia 3 bulan sehingga usia 3 tahun. Maximum berat sehingga 20kg. Saiz lilitan pinggang bermula dari 72cm hingga 118cm. Untuk bayi, ruby sarankan ibu bapa mula pakaikan baby carrier bila bayi sudah boleh duduk. Mungkin pada usia 5 bulan macam tu. Adam dan Alif mula duduk ketika usia 5 bulan. Hehehe. Rindu pula waktu duduk dan merangkak tu. Laju je.
Gambar dibawah ini Ruby sedang menggunakan EZBaby Premium Baby Carrier dalam siri EZBaby Urban Comfort warna merah. Sekejap sahaja Alif sudah terlelap.
Video EZBaby Ergonomik Hipseat Carrier
Produk ini mengurangkan beban berat yang diletakkan pada tulang belakang dan pelvis ibu, yang membolehkan ibu mengangkat dan meletakkan bayi mereka dengan mudah. Ibu dan bapa boleh menggunakan EZBaby Carrier dan terus kekal aktif melakukan apa sahaja aktiviti sambil menjaga bayi. Ia mudah dipakai, ringan, boleh digunakan dalam pelbagai kedudukan termasuk memeluk dari sisi, memeluk dari depan, membawa belakang, dan memandang ke depan.
EZBaby Urban Comfort Series
- Mempunyai kain penutup “sleeping hood”. Ini sesuai untuk menutup ketika bayi sedang menyusu dan tidur.
- 2 rekaan penutup depan boleh ditukar khas untuk “Airy Mesh”
- Terdapat poket di bahagian sisi yang membolehkan ibu bapa menyimpan item kecil
- “Lock Button & Zipper Protection System” yang boleh mengurangkan beban bayi
- Kapas tebal dan padu melegakan tekanan pada bahagian pinggang dan bahu
- Mempunyai “Teething Pads” untuk ditampal dibahagian bahu. Pad ini boleh dibuka dan dibasuh.
- EPP Generasi ke-3
- Velcro yang kuat dan lembut (30,000 kali ujian lekatan yang kuat)
- Pengalaman geseran tahap profesional yang 50,000 kali kuat semasa dibuka dan ditutup tanpa mengubah bentuk.
- Dikilangkan mengikut standard keselamatan antarabangsa Eropah SGS EN13209 & EN17209
- 4 pilihan warna Skyblue, Red, Blue & Pink
- Material Cotton + Polyester
- Harga RM 259.00
EZBaby Urban Lite Series
- 2 rekaan penutup depan boleh ditukar khas untuk “Airy Mesh”
- Terdapat poket di bahagian sisi yang membolehkan ibu bapa menyimpan item kecil
- “Lock Button & Zipper Protection System” yang boleh mengurangkan beban bayi
- Kapas tebal dan padu melegakan tekanan pada bahagian pinggang dan bahu
- EPP Generasi ke-3
- Velcro yang kuat (30,000 kali ujian lekatan yang kuat)
- Pengalaman geseran tahap profesional yang 50,000 kali kuat semasa dibuka dan ditutup tanpa mengubah bentuk.
- Dikilangkan mengikut standard keselamatan antarabangsa Eropah SGS EN13209 & EN17209
- Dua pilihan warna Denim & Khakis
- Material Polyester
- Harga RM 219.00
Perbezaan EZBaby Urban Comfort Series dan EZBaby Urban Lite Series
EZBaby Urban Lite tidak mempunyai “sleeping hood”, “teething pads” dan Velcro lembut tetapi harga lebih murah. Pada pendapat ruby, apabila bayi sudah berusia 1 tahun, mereka sudah tidak mahu sleeping hood dan teething pads. Malah mereka lebih ingin tahu apa yang berlaku dipersekitaran.
Promosi Dari www.MyBazar.com
Berita gembira untuk ibu bapa di luar sana, ada promosi di MyBazar! Laman e-dagang terkini ini akan menawarkan harga istimewa selama 3 hari (1 November 2017 – 3 November 2017 11:59PM) bersempena pelancaran jualan produk EZBaby Premium Baby Carrier. Standby malam ini tau!
EZBaby URBAN Comfort Series : RM189 (Harga asal RM 259)
EZBaby LITE Baby Series : RM 159 (Harga asal RM 219)
Dapatkan EZBaby Premium Baby Carrier anda sekarang di MyBazar http://www.mybazar.com/search/ezbaby
PEEKABOO DISTRIBUTION (KT 0411793-P)
No.100-1,
Jalan PUJ3/2,
Taman Puncak Jalil,
Bandar Putrai Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor