Citrawarna Kuala Lumpur 2017 ‘The Sunrise, The Green & The Echo Within’. Assalammualaikum semua! Wah lama juga ruby tidak kemaskini blog ruby. Hehehe. Ruby berehat sekejap sebab banyak urusan akhir tahun perlu dilaksanakan. Pada 28 Oktober 2017 yang lalu, ruby berkesempatan membuat liputan Citrawarna di Dataran merdeka. Kali ini tema ecotourism. Lebih kepada alam semulajadi dan kehidupan bermasyarakat. Konsep kali ini adalah teater dan setiap babak meliputi kawasan menarik di Malaysia.
Citrawarna adalah program promosi pelancongan yang memperagakan kebudayaan, pakaian , tarian dan nyanyian rakyat Malaysia. Citrawarna dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) dengan kerjasama Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai pihak lain. Program Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka pada setiap tahun dan mempunyai tema tersendiri. Sejak 1999, program pelancongan bertema kebudayaan ini diadakkan bagi membuktikan bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan warna-warni.
Citrawarna Kuala Lumpur 2017 ‘The Sunrise, The Green & The Echo Within’
Citrawarna @ Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun ini dengan tema The Sunrise, The Green and The Echo Within di mana ianya menyaksikan gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakangkan kehijauan hutan hujan trapika dan laut Malaysia yang bersih. Citrawama@Kuala Lumpur 2017 telah dianjurkan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu), di. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
“Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan sebagai contoh tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran” YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bercakap di Sidang Media sempena Penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017.
Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September 2017 iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development. Turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta ekopelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan.
Kelainan penganjuran Cltrawarna kali ini ialah gabungan elemen teater tarian, muzikal dan street parade. Pada tahun 2015 dan 2016, konsep yang dipersembahkan ialah leaterikal gabungan drama tari dengan street parade. Citrawarna senantiasa tampil dengan konsep baharu, segar dan kreatif pada setiap kali penganjurannya sejak 1999.
Tema Citrawarna Kuala Lumpur
1999 – MALAYSIA TRULY ASIA
2000 – PERARAKAN CITRAWARNA MALAYSIA
2001 – LAGENDA-LAGENDA MALAYSIA
2002 – KESULTANAN MELAYU MELAKA
2003 – FESTIVAL CITRAWARNA MALAYSIA
2004 – WAVES & COLOURS
2005 – THE COLOURS OF ASIA IN MALAYSIA
2006 – BULAN CITRAWARNA MALAYSIA
2007 – MILLIONS OF COLOURS & SMILES
2008 – ALAM FLORA & FAUNA MALAYSIA
2009 – PERSEMBAHAN MUZIKAL – DI SINI HARMONI
2010 – DIKIR BARAT MEGA (GEGARAN GENDANGAN 1MALAYSIA)
2011 – 1MALAYSIA TOURISM FESTIVAL
2012 – PERARAKAN PELANCONGAN
2013 – VISIT MALAYSIA 2014 – CELEBRATION 1MALAYSIA TRULY ASIA (MEGA ENDANG)
2014 – VISIT MALAYSIA YEAR
2015 – THEATERICAL (CULTURE, NATURE, FUTURE)
2016 – MYTH & FOLKLORE
2017 – THE SUNRISE, THE GREEN & THE ECHO WITHIN
Aktiviti Sepanjang Citrawarna Kuala Lumpur 2017
Kids Eco Dash Citrawarna 2017
Terdapat beberapa acara sampingan yang telah dianjurkan untuk merancakkan lagi Citrawarna@Kuala Lumpur 2017. Antaranya ialah Kids Eco Dash Citrawarna 2017 pada 28 Oktober 2017, jam 7.30 pagi di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang merupakan acara larian khas untuk kanak-kanak berusia antara 4-12 tahun.
Chillax Zone
Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 bermula pada jam 4.30 petang di mana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di Chillax Zone (di sekitar tiang bendera Dataran Merdeka) seperti Persembahan Buskers, Permainan Rakyat seperti teng-teng, galah panjang, zero point, batu Seremban, congkak, Baling selipar, #SayangMalaysia Message dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan perasaan cinta pada Malaysia, Fiesta Trak Makanan serta Parti Mangkuk Tingkat dan Konti Radio Matic.fm.
Bring Your Own Plant
Selain itu, untuk pencinta alam di luar sana, Kementerian dengan kerjasama LOCCO dan Daun akan menganjurkan Program Bring Your Own Plant yang merupakan “meet and greet session” di mana orang ramai digalakkan untuk membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti MRT/LRT.
Fiesta Trak Makanan Citrawarna Kuala Lumpur 2017
Fiesta Trak Makanan Citrawarna@Kuala Lumpur juga diadakan untuk mengajak orang ramai merasai pengalaman membeli makanan secara “Cashless” menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST (anak syarikat Kumpulan Axiata). Ini selaras dengan perubahan zaman yang mana pengalaman membeli belah pada masa kini menggunakan telefon pintar melalui aplikasi mobile wallet. Pelbagai makanan di jual di sini. Semuanya sedap-sedap belaka.
Ruby berbesar hari dapat menyertai program Citrawarna Kuala Lumpur 2017 ‘The Sunrise, The Green & The Echo Within’ ini. Dari zaman sekolah teringin sangat nak tengok Citrawarna. Tidak sangka, ruby telah menjadi sebahagian Citrawarna bermula tahun 2016. Terima kasih Gaya Travel & MOTAC untuk peluang ini. Jumpa pada tahun hadapan! 2018 pasti lebih hebat.
Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia
www.motour.gov.my
www.facebook.com/mymotac
www.instagram.com/mymotac
Gaya Travel Magazine
www.gayatravel.com.my
www.facebook.com/gayatravel
www.instagram.com/gayatravel