Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll! Assalammualaikum semua! Sedar tidak sedar dah lebih sebulan selesai program ni. Hahaha. Program ITTP berlangsung pada 17 September 2017, sama hari ruby pergi larian Allied Against Dengue Run 2017 di Rimbayu. Memang masam lah bila sampai di program Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll. Hahaha.
Kebiasaannya program macam ni ruby selalu elak sebab sering sibuk uruskan rumahtangga dan anak-anak. Tapi, bila curi sedikit masa untuk hadir program begini. Ruby rasa masa itu sangat bermanfaat. Pada awalnya terfikir juga, program ni macam kelas antenatal ke. Hahahaha. Teknik pernafasan dan postur? Mesti boring. Huhuhu
Bila dah join, gelak mengekek tak ingat dunia. Enjoy dan happy sangat. Belajar asas Yoga dari sifu memang mudah. Beliau ajar perkara yang wajib kita lakukan. Untuk jaga pernafasan, postur, emosi, stress dan kesihatan. Perasaan bila melaksanakan pergerakan Yoga ni, ruby rasa regangan benar-benar melegakan.
Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll
Intensif Teknik Pernafasan dan Postur adalah Program Intensif 8 jam yang mengandungi teori dan interaktif . Merupakan satu-satunya Program Intensif yang sebegini di Malaysia dan diinspirasikan melalui pengalaman beliau menganalisa dan mengajar individu dan aktiviti berkumpulan dalam bidang Yoga dan Wellness selama 17 tahun .
Kebanyakan individu bernafas sebagaimana adanya dan tidak pernah bernafas dengan pola yang dilatih kerana bernafas dengan cara yang sepatutnya banyak manfaat bagi kesihatan tubuh dan minda.
Ini adalah sebahagian daripada modul ‘teknik penyembuhan ‘ semulajadi yang telah diketahui kemujarabannya supaya anda tahu cara yang terbaik untuk hidup sihat dengan memastikan keseimbangan minda, tubuh badan dan spiritual selari antara satu dengan lain.
Program ini diadaptasikan khas untuk mereka yang mahukan sesuatu yang senang diikuti dan boleh dipraktikkan sendiri di rumah dan di mana mana sahaja.Malah anda juga boleh mengajarkan teknik-teknik ini kepada anak -anak anda juga.
Teknik-teknik ini sangat berkesan kerana rata-rata pelajar yang telah mengikuti
cara ini dapat mengawal emosi dengan belajar teknik-teknik pernafasan dan postur dengan cara yang betul.
Banyak manfaat yang menguntungkan boleh didapati seperti :
- Mencegah terjadinya infeksi pada paru paru
- Melancarkan sistem peredaran darah dan menjaga keseimbangan sistem biologis tubuh secara keseluruhan.
- Meningkatkan daya ketahananan tubuh (sistem imunisasi)
- Menstimulasi hormon endorin yang menenangkan tubuh, meredakan stress, panik atau gugup.
Untuk mencapai keadaan harmoni latihan dan teknik pernafasan dan postur harus dipraktikkan secara rutin untuk menyeimbangkan energi dan melakukan penyembuhan diri secara alami dan tidak hanya bergantung kepada ubat-ubatan berbentuk dadah dan sebagainya.
Tentatif Program Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll
- 0830AM – Registration & Breakfast
- 0900AM – Musical Warm Up
- 0915AM – Feexa Nicoll Session Part 1
– ICE BREAKING GAME
– The essense of Breathing and Laughter Yoga
– Interactive session - 1230PM – Lunch & Solat
- 0200PM – Musical Warm Up
- 0215PM – Feexa Nicoll Session Part 2
– Healing Movement In Solat
– Stress Management
– Emotion & Posture - 0400PM – Tea Time
- 0500PM – Feexa Nicoll Session Part 3
– Overthinking & Energy Healing
– How To Cultivate Positive Energy
– Meditation - 0600PM – End
Persediaan Anda ke Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll
- Berpakaian selesa (berseluar)
- Stokin
- Yoga Matt
- Pen
- Buku
- Air Minuman Sendiri
- Telekung & Sejadah
- Tiada kanak-kanak dibenarkan
- Tepati masa
- Beri perhatian, lakukan semua aktiviti dan fokus
Kenali Sifu Feexa Nicoll
Telah muncul di TV9, TV3 (Nona), NTV7, TV Alhijrah, Bernama dan juga majalah suratkhabar tempatan seperti Berita Harian Star, Kosmo
*Her World, Hijabista, Majalah Wanita, MIDI, Humairah dan sebagainya *
Feexa Nicoll memiliki Diploma Pengurusan Pentadbiran dari Stamford Kolej (Pitman UK) dan juga Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Siswazah Pengajian Pengurusan dari Institut Pengajian Komersial UK.
Beliau juga merupakan Associate Imej Konsultan bertauliah yang disahkan oleh Emage Style Consultancy dan juga ahli gabungan di AICI ( Persatuan Perunding Imej Antarabangsa) .
Beliau juga mempunyai certificate dari IITTI (Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa Kanada)
Bayaran Program Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll
Harga Asal : RM899
Harga Promosi : RM386 – akan tamat pada bila-bila masa!
Setiap peserta akan meneriam goodie bag bernilai RM350 setiap seorang!
Hubungi : +60196586883 / +60103623269
“ALWAYS KEEP YOUR EYES OPEN, WHATEVER YOU SEE, CAN INSPIRE YOU” – Feexa Nicoll