Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 | Assalammualaikum semua! Ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 ni. Adakah ia sama dengan pencarian harta karun yang lain? Kebanyakan sedia maklum terdapat beberapa perlumbaan pencarian harta karun di dunia ini.
Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0
Tourism Malaysia, melalui Secretariat Shopping Malaysia telah menganjurkan satu acara media bertajuk “Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0”, yang diadakan pada 25 November 2017. Objektif utama penganjuran acara ini adalah dua : Pertama, untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi membeli belah, dan kedua, untuk menyerlahkan aksesibiliti setiap pusat membeli-belah melalui pengangkutan awam, terutamanya oleh sistem MRT baru.
Penyertaan dalam acara ini dibuka kepada orang ramai dan SSM (Secretariat Shopping Malaysia) akan menjemput Influencers tempatan, media dan beberapa penulis blog dari negara-negara ASEAN yang terpilih untuk turut serta, untuk membantu menjana publisiti untuk daya tarikan dan kemudahan membeli-belah di sini.
Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 meliputi kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpur City Centre (BBKLCC), Jalan Tuanku Abdul Rahman (BARRA), Jalan Sultan Ismail, Sunway Putra Mall, Pasar Seni, Sunway Velocity dan MyTown Shopping Centre.
Setiap peserta akan dikehendaki melengkapkan tugasan khas dengan melawat pusat membeli belah yang mengambil bahagian dengan hanya menggunakan pengangkutan awam (LRT / Monorail / MRT). Kami perlu mengambil gambar dan dikongsikan ke platform media sosial.
Pengalaman Kami Di Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0
Ruby cuba ingat kembali pengalaman manis sepanjang acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0. Ini adalah Shopping Hunt pertama kali Ruby sertai. Sebelum ini Ruby pernah sertai
- GSC 100Plus Treasure Hunt 2010
- #AABC 2nd Anniversary Photo Hunt di Bangkok 2015
- Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013
- 1Utama Wonder Food Adventure 2013
- Allianz Amazing Hunt 2014
- Putrajaya Treasure Hunt 2013
dan banyak lagi. Setiap pencarian harta karun ni memang lain caranya. Mungkin kena masuk beberapa kali baru faham cara setiap treasure hunt. Ruby pernah join pencarian harta karun jenis mencari makanan, jenis bergambar, jenis kena buat aktiviti dan jenis memandu seluruh Klang Valley, Putrajaya dan Semenangjung Malaysia.
Team No 11, Team Name : SHOPAHOLIC
Kami dianggotai oleh 4 orang blogger. Marou dari www.budakbandunglaici.blogspot.com, Dboy dari www.dboystudiomy.com , Kak Halimah dari www.keunggulanwanita.com. Ini adalah pertama kali kami bergandingan dan ruby diberi mandat sebagai Kapten. Hahaha. Memang berat tugasan sebagai Kapten yang pertama kali join Miss SHOPhia Shopping Hunt. Cuba aje lah. Sebab Ruby berharap ahli kumpulan membantu satu sama lain. Selain itu kami ada DBoy yang pernah menyertai program ini pada musim pertama.
15 pusat membeli-belah kami perlu kunjungi dan lakukan semua tugasan. Kami bermula dari Kompleks Kraf – Suria KLCC – AvenueK – Pavilion Kuala Lumpur – Fahrenheit 88 – Lot 10 – Sungei Wang Plaza – Plaza Low Yat – Quill City Mall – SOGO Kuala Lumpur – Gulatis – Harisons KL – Pasar Seni – Sunway Putra Mall – Sunway Velocity Mall – MyTOWN Shopping Centre. Kami hanya mampu buat sehingga SOGO sahaja. Kemudian pulang ke MyTOWN.
Pengangkutan awam yang kami guna adalah GO KL City Bus, MRT, Monorail dan LRT. Semua pusat membeli belah boleh diakses menggunakan semua pengangkutan awam. Cuma! Ya ada Cuma! Cuma, kami kekurangan masa dan keadaan stamina Ruby yang tidak berapa ok. Dicampur dengan hujan lebat. Ruby kekejangan kaki selepas selesai tugasan di Plaza Low Yat. Ketika itu menuju ke Monorail.
Tahniah kepada semua pemenang. Ruby tidak memenangi apa-apa sebab kami tidak cukup masa untuk sampai ke garisan penamat. Dapat medal untuk buat kenangan. Jumpa di Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 nanti k. Hahaha.
www.instagram.com/malaysia.truly.asia
www.twitter.com/tourismmalaysia
www.facebook.com/malaysia.travel.my
www.youtube.com/tourismmalysia