8 Sebab Kenapa Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Hebat. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby nak berkongsi tentang peti sejuk. Ya peti sejuk! Hahaha. Dah lama tidak membebel berkenaan produk elektrik. Sepanjang menjadi isteri dan ibu ni. Memang penting peti sejuk ni. Masa bujang dulu, takda peti sejuk pun tak apa. Kalau ada pun, ruby simpan air dan nugget je. Itu pun makan kadang-kadang. Masak pun jarang-jarang. Masa hidup bujang, makan kat kedai je. Jimat, pantas dan dapur rumah pun sentiasa bersih. HAHAHA.
Tapi bila dah berkahwin, memasak dan persediaan bahan masakan ni amat penting. Ia adalah nombor satu dalam perkahwinan. Nak ambil hati suami dan anak-anak adalah dari masakan. Masak je apa sahaja. Pasti mereka suka dan makan berulangkali. Ahh bahagianya. Cuma, ruby berangan nak peti sejuk yang lagi best lepas ni. Nak Mitsubishi LX Grande. Harap-harap suami ruby baca la artikel ruby tulis ni. Hikhikhik
8 Sebab Kenapa Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Hebat
1. Supercool Chilling Case Untuk Daging, Ikan & Ayam
Bab ni ruby suka, sebab dengan fungsi dan bahagian yang disediakan begini. Ayam, Ikan dan Daging tersedia. Jadi, ruby boleh masak bila-bila masa! Serius! Contohnya masa awal pagi anak belum bangun, semangat nak memasak. Sekali ayam, ikan atau daging beku! Alamak lupa nak defrost malam tadi. Kebiasaannya nak defrost sempurna dari jam 12am hingga 6am. Kalau masak lauk yang masih beku, boleh keracunan tau. Masak untuk anak-anak dan suami perlu jaga kesihatan mereka juga. Jangan skip bahagian penting ni.
2. Ruang Sayuran Berlampu Kuning
Ruby ingatkan semua peti sejuk sama je. Ada ruang transparent pasti untuk sayuran. Sumbat je semua. Esok tengok dah layu. Hahaha. Sebab kita dah stop proses fotosintesis sayur tu. Ruang pula sempit, tapi dengan Mitsubishi LX Grande pasti ruby dapat menjaga sayuran dengan baik sekali. Barulah syok memasak sayur. Meriah dengan lada benggala, sawi, karot dan macam-macam lagi.
3. Automatic Ice Maker
Ini paling senang dalam dunia. Tidak perlu nak tadah air atau simpan dalam peti beku. Malah tidak perlu bergaduh diantara suami isteri jika bekas ais kosong. Anda boleh tekan di touch panel untuk ON/OFF Ice Maker. Hebat kan? Bekas ais, penutup tangki, pam air, tangki air dan saluran paip semua boleh ditanggalkan untuk dibasuh. Lepas tu lap dan pasang balik di tempat asal. Voila!
4. Lebih Ruang
Peti sejuk ni setinggi 180CM! Lebar 90 CM. Anggaran tinggi dan lebar begitulah. Tapi ruby nak anda bayangkan betapa luasnya peti sejuk tu. Menawarkan ruang penyimpanan dalaman yang besar sebanyak 630L. WOW! Belum lagi buka pintu dan bahagian simpanan yang lain. Peti sejuk ini mempunyai 3 ruang simpanan
- Refrigerator Compartment
- Ada 3 bahagian simpanan di 2 pintu. Boleh letak telur, botol air, botol jem roti, botol mayonaise, serum mekap? Hehehe. Ruby suka letak face mask can produk kecantikan di dalam peti sejuk.
- Kemudian 3 ruang terbuka di atas, yang ini anda boleh simpan makanan yang dah siap diproses. Macam salad, kek dan baki makanan semalam. Hehe.
- Wide Chilled untuk anda simpan keju, yogurt dan marjerin.
- Super Cooling. Ini adalah bahagian best yang ruby suka. Simpan Ayam, Ikan dan Daging macam di pasaraya. Tidak beku dan boleh masak bila-bila masa. Ini kerana suhu di ruang ini dari -3°C hingga 0°C sahaja. Teknologi sub-zero ini mampu memberi bahan masakan bertahan selama 5 hingga 7 hari. Tapi kebiasaannya kita beli ayam, daging dan ikan mesti terus masak dalam 1-2 hari camtu kan?
- Vegetable Compartment
- Bahagian ini paling best, sebab ruang yang sidediakan besar! Ada dua bahagian. Satu ruang atas untuk simpan buah-buahan dan sayuran bersaiz kecil. Di bahagian bawah untuk sayuran berdaun dan besar.
- Laci mempunyai kelembapan yang lebih tinggi daripada petak peti sejuk utama dan sangat sesuai untuk mengekalkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar untuk lebih lama
- Laci sayuran berteknologi “Vitamin Factory” Mitsubishi Electric dimana lampu LED dipasang bertindak pada klorofil sayur-sayuran dengan merangsang proses fotosintesis memelihara pengurangan gula agar ia mengekalkan kesegaran sayuran untuk tahan lebih lama.
- Freezer Compartment
- Ruang peti beku juga luas dan mempunyai dua bahagian. Jadi anda boleh mempunyai ruang untuk ais krim dan ruang makanan sejuk beku. Hehehe.
5. Akses Touch Panel & Kunci Touch Panel 10 Saat
Touch Panel di bahagain pintu peti sejuk dengan kaca berkualiti tinggi. Mudah dicuci dan boleh jadi cermin untuk ibu di dapur. hehehe. Touch panel inilah yang membantu anda untuk set suhu, ON/OFF ice maker dan macam-macam lagi. Untuk lock atau unlock touch panel, anda hanya perlu press 10 saat untuk kunci. Yelah nanti anak main pula touch panel tu. Tapi ia bukan untuk lock dari buka peti sejuk tau. Haha
6. Tidak Perlu “Defrost” Peti Sejuk
Bahagian ni memang best, sebab rupanya kegusaran ruby untuk “defrost” peti sejuk secara mingguan tidak perlu lagi! Yay! Kebiasaannya bila ais mula membentuk di ruang beku atau ruang bawah peti sejuk memang mengganggu. Yelah nak simpan bahan masakan jadi ruang sempit. Nak defrost cepat tidak boleh gunakan peralatan tajam. Nanti bocor penyejat (cooling coil), maka banyaklah wang ringgit dikeluarkan untuk baiki peti sejuk tu. Wuwuwuwuw. Ruby defrost dengan letak kurangkan suhu peti sejuk, lepas tu letak air panas dalam bekas. Bias ais tu mencair sendiri. Nanti ketulan ais akan jatuh. Tapi proses begini akan buat air mengalir di atas lantai dan bau tak best. Kalau nak buat proses ni, perlu jauhkan anak-anak dikawasan sekitar. Tergelincir pula nanti.
7. Jimat Elektrik dengan Sistem Neuro Inverter
Bila peti sejuk besar, ada macam-macam fungsi hebat. Mulakah serabut fikirkan bil elektrik kan? Jangan risau. Teknologi Neuro Inverter mengingati corak hidup anda dan sentiasa memantau suhu dalam peti sejuk dan menyesuaikan kuasa dan kelajuan pemampat yang sesuai, menghasilkan operasi yang optimum dan lebih senyap.
Sistem pintar yang merendahkan penggunaan tenaga keseluruhan. 3 proses berkaitan membuat pelbagai operasi yang secara automatik menyesuaikan diri dengan gaya hidup kita. Dari Pemampat Inverter ke Sistem Fuzzy Neuro kepada Multi Fans dan proses ini terus berulang.
8. Rekaan esklusif Glass Black & Glass Silver
Warna memang memainkan peranan. Tambahan untuk dapur serba mewah dan luas. Jika anda suka tema dapur berwarna putih, Mitsubishi LX Grande Glass Silver memang sangat sesuai untuk dapur anda. Manakala untuk Mitsubishi LX Grande Glass Black amat sesuai untuk anda suka tema kabinet dapur hitam dan merah atau hitam putih? Boleh gayakan peti sejuk baru anda dengan pelbagai cara kan?
Video Mitsubishi LX Grande
Harga jualan Mitsubishi LX Grande bernilai RM 5,959 untuk kedua-dua warna. Harga ini amat berpatutan untuk fungsi hebat, pelbagai manfaat dan kebaikan. Mengikut harga pasaran jenama lain yang menawarkan kehebatan begini adalah bernilai RM 12,000. Tetapi Mitsubishi LX Grande hanya bernilai RM 5,959 sahaja. Dapatkan segera!