Baby Shark Doo Doo Doo Kini Dalam Versi Bahasa Melayu Iaitu Bayi Yu Doo Doo Doo

Baby Shark Doo Doo Doo Kini Dalam Versi Bahasa Melayu Iaitu Bayi Yu Doo Doo Doo. Assalammualaikum semua! Comel tak tajuk ruby tu? Ruby pun tidak sangka akan menulis tentang Baby Shark ni. Sebab ia hanya perkara yang biasa di lakukan melihat anak ruby menonton dan menghafal lagu serta tarian Pinkfong. Kalau nak tantrum anak redha, play video Pinkfong pasti senyap la anak tu. Teruja tengok video Baby Shark dan Pinkfong! Nursery Rhymes yang lain. Im A Little Teapot, Twinkle Twinkle Little Star,  Itsy Bitsy Spider dan lain-lain. Bila anak suka, secara automatik, ibu bapa akan cuba hafal lirik. Kan?

Baby Shark Doo Doo Doo Kini Dalam Versi Bahasa Melayu Iaitu Bayi Yu Doo Doo Doo

Kalau ke pasar raya, pasti anak ruby akan nyanyi. Selepas itu ada parent lain tegur “my son use to sing that song everyday!”. Hahaha. Kami ketawa dan ruby pun jawab “and suddently we know all the lyric and end up singing together right?”. Hahahaha. “Yes, yes, yes the lyrics is so catchy till we can memorize!!”. Tidak sangka anak apabila anak nyanyi, ruby berkenalan dengan ibu lain di pasar raya Village Grocer. Hahaha.

Video tular ‘Baby Shark’ kini dalam versi Bahasa Malaysia – Bayi Yu Astro dan Pinkfong bawakan kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan ke Malaysia. Astro kini menjalinkan kerjasama bersama Pinkfong, merupakan salah satu pembikin lagu kanak-kanak terkenal yang menghiburkan kanak-kanak di Malaysia. Pinkfong, merupakan inspirasi SmartStudy yang popular dengan tarian dan nyanyian video ‘Baby Shark’. Fenomena terbaru dalam animasi kanak-kanak ini telah mendapat lebih dari 1.5 bilion tontonan dalam talian di seluruh dunia.

Astro dan Pinkfong

(Dari kiri – kanan) Ryan Lee, Pengasas Bersama dan Naib Presiden Kanan SmartStudy (Pinkfong); Agnes Rozario, Naib Presiden Pengurusan Bahagian Kandungan Astro; Pinkfong; dan Grace Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Go Shop di pelancaran rasmi kerjasama Astro dan Pinkfong dan pengenalan “Baby Shark” versi Bahasa Malaysia berjudul “Bayi Yu”

Agnes Rozario, Naib Presiden Pengurusan Bahagian Kandungan Astro, “Astro sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi para pelanggan kami, dan kerjasama Astro Bersama Pinkfong mengukuhkan lagi usaha kami dalam menawarkan pelanggan kami dengan lebih banyak kandungan edutainment. Kami telah membina asas pangakalan kanak-kanak yang utuh menerusi kandungan kanak-kanak yang asli dan berlesen, dan kini kami lebih teruja dengan adanya Pinkfong di sisi.”

Ryan Seungkyu Lee, Pengasas bersama dan Naib Presiden Kanan, SmartStudy (Pinkfong) “Ia sungguh menyeronokkan untuk melihat lagu-lagu dan video muzik Pinkfong mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para peminat di seluruh dunia, seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan pesat syarikat ini. Di Pinkfong, kami percaya bahawa apabila pembelajaran dilakukan di suasana yang menyeronokkan, ia akan mendorong kepada kanak kanak menjadi lebih focus.

”Kami juga bercadang untuk menghasilkan kandungan ekslusif yang dilokalisasikan khas untuk peminat Malaysia. Dengan ‘Bayi Yu’, kami harap dapat menarik rakyat Malaysia, sepertimana ‘Baby Shark’ berjaya menjadi satu fenomena tular di seluruh dunia. Dengan kerjasama ini, kami teruja untuk bekerjasama lebih rapat dengan Astro untuk menyampaikan pengalaman 360° menerusi kandungan yang menarik dan barangan-barangan Pinkfong untuk seisi keluarga.”

Pinkfong di saluran Astro Best

Kerjasama antara Astro dan Pinkfong akan menyediakan 70 lagu, termasuklah “Bayi Yu”,
lagu popular “Baby Shark” versi Bahasa Malaysia dan empat lagu baharu menerusi saluran
Astro Best. Pelanggan Astro boleh membeli video muzik Pinkfong yang menjadi kegemaran
anak-anak dengan harga RM10 sahaja untuk lima (5) hari tontonan.

Bermula 2018, rakyat Malaysia boleh menjangkakan perkembangan senarai video muzik Pinkfong di on demand. Bukan itu sahaja, tahun depan akan menyaksikan kehadiran video musik Pinkfong dalam Bahasa Mandarin, termasuk matematik, cerita dongeng bermoral dan peribahasa Cina

Astro merupakan platform yang membawakan kandungan video muzik Pinkfong, menyedari akan kepentingan kandungan pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak dan keluarga, dan bercadang untuk menawarkan lebih banyak pengalaman Pinkfong yang boleh dinikmati sekeluarga – biarpun dari segi event mahupun kandungan.

Pinkfong Merchandise Bayi Yu Doo Doo Doo Esklusif di Astro GoShop

Go Shop membawa barangan eksklusif Pinkfong ke Malaysia termasuklah mainan Pinkfong dan buku-buku bunyian dengan lingkungan harga antara RM50 – RM80.


Jom sertai #BabySharkChallenge

Orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Pinkfong dengan menyertai #BabySharkChallenge anjuran Astro. Caranya adalah, muat naik video anda bersama anak- anak anda yang sedang melakukan tarian Baby Shark di Instagram atau Facebook dan gunakan kata kunci #BayiYu #BabyShark #SchoolsOut #BabySharkDanceWithAstro dan tag @astrocircle. Pastikan profil Instagram anda ditetapkan kepada awam supaya kami dapat melihat anda! Pemenang akan dimaklumkan melalui Facebook.

Sekitar Acara Fun Escapade di 1Utama

Pelanggan boleh membeli lagu-lagu dan video muzik Pinkfong di saluran Astro 481 untuk RM10.00 dengan tempoh tontonan lima hari, atau lawati laman web Astro First untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sambungkan PVR anda untuk memuat turun dan menonton Pinkfong on demand, bila-bila masa dan di mana sahaja. Tambahan, anda boleh memesan barangan eksklusif Pinkfong termasuklah plush toys dan buku bunyian menerusi aplikasi Go Shop atau di laman web. Jangan lupa untuk menyertai #BabySharkChallenge Astro untuk memenangi barangan eksklusif. Pinkfong. Lawati laman web Astro Circle untuk maklumat lanjut.

www.facebook.com/astrocirclemy
www.astro.com.my/astrocircle
www.pinkfong.com
www.youtube.com/pinkfong

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال