Guna GRAB Rewards di Kota Kinabalu, Sabah. Assalammualaikum semua! Tidak habis lagi dengan cerita percutian ruby ke Sabah. Hehehe. Jika kelmarin ruby kongsikan pengalaman dan tips menaiki AirAsia. Hari ini insyaAllah ruby kongsikan berkenaan GRAB di Kota Kinabalu Sabah dan Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa (STAR). Hehehe. Semua family trip ini mesra kanak-kanak. Jadi, kurang la sikit kelam kabut.
Guna GRAB Rewards di Kota Kinabalu, Sabah
Sebelum terbang ke Sabah, ruby terfikir. Ada ke GRAB di Sabah? Hahaha. Sebab tidak pernah dengar rangka promosi di Sabah. Malah, di dalam aplikasi GRAB tidak boleh “Enter pick-up point” dan “drop-off point” untuk lokasi sejauh Sabah. Ruby di Semenanjung Malaysia. Setelah lama ruby tengok Grab, ruby cuba guna “Select location from map” dan bawa pin ke lokasi yang ruby nak pergi. Ia berfungsi dengan baik! Jadi, ruby boleh anggarkan berapa ringgit diperlukan ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah.
Sebab ruby bercuti dengan suami dan anak-anak. Mereka pula pertama kali bercuti sejauh ini. Jadi, ruby taknak stress dengan bagasi banyak, susu anak, makanan mereka dan passport mereka. Ruby guna GRAB Rewards. Masa tunggu bagasi, ruby simpan wallet siap-siap dalam bag. Hanya pegang telefon pintar. Kemudian ruby cari GRAB sambil berjalan keluar dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Dalam masa 1 minit ruby dah dapat pemandu GRAB. Cuma kena pastikan kereta mereka besar. Sebab ruby ada 2 dewasa, 2 kanak-kanak, 2 troli bagasi dan 2 bag pack. Kereta pertama, Perodua Axia dan ruby mesej minta maaf. Kemudian cancel tempahan.
GRAB di Sabah
Sejak GrabCar diperkenalkan di Lembah Klang pada tahun 2014, GrabCar, telah memperluas operasinya ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan pada 25 Ogos 2016 di Melaka dan Kota Kinabalu. Jadi anda tidak perlu risau untuk plan percutian. Anda boleh plan percutian dengan aman!
Grab Rewards
Sejak Grab Rewards diperkenalkan, banyak jenama menyertai dan paling seronok adalah apabila anda dapat menebus mata ganjaran dengan mata terkumpul anda. Mata terkumpul pula sangat mudah untuk dapat. Anda hanya menaiki GRAB dan kumpul mata ganjaran. Sedar tidak sedar, mata ganjaran ruby hampir 5K.
Jalan-jalan guna GRAB Rewards di Kota Kinabalu, Sabah
Mudahkan percutian apabila Grab ada? Tidak perlu sewa kereta atau van seperti dulu. Hehehe. Jadi, plan percutian anda sekarang lebih mudah! Barulah seronok dan tiada pembaziran. Next ppercutian kemana kita? Ke Sabah lagi? InsyaAllah! Tak puas makan seafood dan shopping ikan bilis.
www.grab.com/my
www.instagram.com/grabmy
www.facebook.com/grabmy