Triumph Malaysia Find The One In Every You

Triumph Malaysia Find The One In Every You | Assalamualaikum semua! Minggu lepas ruby telah hadir ke pertunjukan fesyen koleksi musim luruh/sejuk Triumph Malaysia “Find The One In Every You”. Sejak Triumph melaksanakan kempen Find The One, banyak perkara ruby tahu tentang pakaian dalam / bra / coli ni. 

Bukannya pergi beli dengan hanya pilih rekaan, warna dan jenis cup. Tetapi kita perlu tahu ukur lilit badan kita dan cara penjagaannya. Ukur lilit badan akan berubah kalau kita tidak jaga pemakanan dan bersenam. Elok setiap kali beli pakaian istimewa ini terus ukur dan cuba. Baru lah selesa.

Triumph Find The One In Every You


Triumph Malaysia Find The One In Every You

Buat tahun yang ke-5 berturut-turut, Triumph Malaysia dengan bangganya menganjurkan Pertunjukan Fesyen tahunannya yang bertemakan ‘Find The One In Every You’. Koleksi Triumph Musim Luruh/Sejuk 2017 yang dipaparkan dalam Pertunjukan Fesyen 2017 ‘Find The One in Every You’ memaparkan rasa kemewahan dan hasil kerja jahitan yang terbaik. 

Pakaian dalam yang ditonjolkan semasa pertunjukan fesyen tersebut bukan sahaja direka untuk memenuhi kehendak setiap lapisan umur, bentuk, saiz dan masa tetapi juga memenuhi semua permintaan seorang wanita di era ini. Yang pasti, sama ada anda berada di pejabat, di rumah, di gim atau sedang bersosial, Triumph akan membantu anda ‘Mencari Yang Satu Untuk Setiap Anda.’

Antara koleksi baru di pentas peragaan tahun ini adalah koleksi pakaian dalam premium yang dihiasi penuh dan yang direka dengan kain renda berbunga meregang yang menakjubkan dan sulaman yang sesuai dengan namanya, iaitu Florale. Pelbagai pakaian dalam yang menakjubkan ini menyertai keluarga Triumph di bawah siri Essence dan Triaction, melengkapkan tawaran yang sedia pelbagai bagi setiap keperluan pakaian dalam anda untuk apa jua acara.


Sheryl Wong, Pengarah Komersial Triumph Malaysia dan Singapura berkata: “Pada tahun ini, kami menumpukan perhatian kepada kemahiran inovatif kami. Setiap koleksi mempunyai cerita tersendiri dan inovasi kami di Triumph terbukti dalam siri Triaction kami. Kami menawarkan coli sukan yang baru dan inovatif serta pakaian dalam yang pastisesuai untuk aktiviti kardio dan studio -supaya anda boleh bergerak memberi salutasi kepada matahari sewaktu bersenam yoga atau mengangkat tayar di latihan ‘bootcamp’ dengan selesa dan rasa senang.

Belaiu juga menekankan bahawa koleksi pakaian dalam musim ini menawarkan gaya dan bentuk yang moden yang menonjolkan lengkungan menarik. Evolusi reka bentuk yang inovatif, muatan tepat dan yang berfungsi memberikan keselesaan bagi setiap wanita. Walau bagaimanapun, ciri klasik masih dikekalkan, seperti perincian dan sentuhan artistik Triumph yang indah untuk pakaian dalaman harian boleh dilihat dalam koleksi ikonik Essence: kontemporari, anggun dan melekap tanpa cela.”

Pertunjukan Fesyen 2017 ‘Find The One In Every You’ juga akan menonjolkan koleksi perayaan jenama itu. Koleksi Aqua Festive diilhamkan dariseni hiasan zaman ‘Art Nouveau’ yang menampilkan sulaman yang tebal dan mewah dengan sedikit kilauan bak bulan bersinar. Koleksi ‘Beauty-Full Butterfly Glam’ pula menawarkan sokongan maksimum dan keselesaan yang tiada tandingannya dengan sayap bersudut 45 darjah dan tambahan 12 sentimeter tinggi bagi panel sisi. 

Jenis coli ‘Wire Magic’, yang memberi pengalaman memakai yang paling semulajadi dan selesa akan memberikan sokongan yang anda perlukan. ‘Invisible’ pula adalah coli kemeja T, kain jacquard yang dihiasi dengan renda bunga halus di sisi cawan dan sayap sisi, manakala ‘Magic Spacer Cups’ ditingkatkan dengan kelembutan, lebih ringan, mudah bernafas dan keselesaan.


“Tidak dapat diragukan lagi bahawa pertunjukan fesyen pada tahun ini akan menjadi luar biasa. Fokus kami pada tahun ini adalah untuk mempesonakan pelanggan kami dengan pakaian dalam yang inovatif dan indah,” kata Sheryl.

“Setelah berada di Malaysia selama 45 tahun dan di seluruh dunia selama 131 tahun, kami yakin bahawa semua tawaran kami mencerminkan fungsi yang tidak kurang dari kesempurnaan dan reka bentuk yang sangat menarik,” katanya.

Pertunjukan Fesyen 2017 ‘Find The One For Every You Fashion Show’ yang dinanti-nantikan melaungkan pelbagai inovasi Triumph yang akan dipaparkan maju ke hadapan. Memang sudah dijangka bahawa orang ramai kagum dengan tarikan, gaya dan keyakinan oleh model yang melangkah di atas pentas peragaan dengan pakaian dalam yang mesti dimiliki dan amat mustahak yang memberi peluang kepada wanita untuk ‘Mencari Yang Satu Untuk Anda.’

Mengenai Triump Malaysia

Triumph International adalah salah satu syarikat yang terbesar pakaian dalam intim di dunia dengan 2,000 kedai dan 40,000 pelanggan borong di seluruh dunia. Pengedaran globalnya meliputi 120 negara dan kehadiran dalam taliannya mempunyai sebuah pusat carian ‘Find the One’ yang direka khas. 

Sejak tahun 1886, Triumph telah menghasilkan pakaian dalam yang menjadikan penampilan wanita kelihatan hebat dan merasakan yang terbaik. Selama lebih dari 131 tahun, jenama ini telah menjadi pakar ketepatan ukuran dan juga mahir dalam mencipta reka bentuk feminin dan produk inovatif untuk semua majlis, bentuk dan saiz. 

Pada tahun 2017, Triumph menyasarkan usaha membantu 3.5 juta wanita dalam ‘Find The One’ – coli yang tepat untuk mereka. TRIUMPH adalah tanda jenama dagangan berdaftar Triumph Firm Group.

Semoga anda semua dapat memiliki coli yang selesa dan sesuai dari Triumph Find The One In Every You.

www.facebook.com/triumphMY/

www.youtube.com/TriumphMalaysia

www.my.triumph.com

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال