Wardah White Secret Rahasia Kulit Cerah Bercahaya. Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi produk kosmetik Wardah yang telah mula dijual di pasaran Malaysia melalui Watsons pada bulan Jun 2017. Baca blog ruby di https://ruby.my/2017/05/wardah-inspiring-beauty. Kini, Wardah kembali lagi dengan produk seterusnya iaitu White Secret. Untuk pengetahuan anda, Wardah Beauty mempunyai rangkaian produk untuk setiap peringkat usia. Pada usia 14 tahun anda boleh mula menggunakan Set Wardah Nature Daily.
Manakala apabila usia menginjak ke 17 tahun, anda boleh mula menggunakan Set Wardah Lightening Series. Kemudian Set Wardah C-Defense untuk anda yang ingin menambah penjagaan kulit dengan formula Vitamin C. Manakala Set Wardah Acne Series khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat. Set White Secret pula khas untuk ruby. Ini kerana ia khas untuk usia 25 tahun hingga 35 tahun. Jika anda berusia lebih 35 tahun, jangan risau! Ini kerana Wardah mempunyai produk anti penuaan iaitu Set Wardah Renew You.
Wardah White Secret Rahasia Kulit Cerah Bercahaya
Produk penjagaan wajah dan kosmetik Wardah sentiasa menjadi perhatian umum kerana ia adalah jenama yang mendapat pengesahan terawal di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1995, Wardah komited menghasilkan produk natural, tiada bahan kimia merbahaya dan HALAL. Maskara Wardah adalah maskara yang boleh dipakai ketika solat. Tidak perlu ditanggalkan dan ia Halal. Wardah mula mendapat pensijilan Halal pada tahun 1999. Selama 5 tahun proses untuk mendapatkan pengesahan HALAL adalah 111sangat mengagumkan. Ini dapat membantu wanita tampil cantik dimana-mana aja. Seluruh dunia tahu tentang produk Wardah.
Kini White Secret menjadi pilihan ruby, bersesuaian dengan keadaan kulit ruby yang memiliki dark spot, tona tidak sekata, selaran matahari dan kulit sedang “breakout”. Pakai makeup terbaik sekali pun tidak sekata juga. Sebab ruby perlu rawat kulit ruby. Nak pergi pakar estatik, ia terlalu mahal dan mungkin beberapa kali rawatan di perlukan. Kemudian pergi lagi travel dan main panas. Hahaha. Jadi, solusi ruby adalah menggunakan produk yang mudah di bawa travel. Sambil travel, kita boleh mencerahkan wajah juga kan? Selama 7 tahun Wardah menjalankan uji kaji dan siri White Secret adalah rahasia kulit cerah bercahaya.
Rankaian Wardah White Secret
Manakala Wardah White Secret Pure Treatment Essence adalah produk terbaru dari rangkaian White Secret! Belum dijual di Watsons lagi! Tetapi jangan risau, ruby akan review keberkesanan produk ini dan akan berkongsi dengan anda semua!
Ini Rahasia Ku Step By Step
Perkongsian dari wakil Wardah Beauty iaitu Cik Sabrina menerangkan kandungan Halal White Secret, cara penggunaan dan hasilnya. Hehehe.
Sesi Memanjakan Diri bersama Fleuri Flowers & Wardah White Secret Exfoliating Lotion
VLOG Wardah Intimate Session
Ruby akan melaksanakan tugasan Wardah White Secret 30 Days Challenge. Ikuti ruby di instagram dan facebook k. Dapatkan produk White Secret Rahasia Kulit Cerah Bercahaya di Watsons!
www.watsons.com.my/search?text=wardah
www.wardahbeauty.com
www.instagram.com/wardahbeauty_my
#inirahasiaku