30 Hari Cabaran Wardah White Secret

30 Hari Cabaran Wardah White Secret | Assalammualaikum semua! Alhamdulillah sudah lama ruby teringin mendapat kulit wajah cerah berseri. Bukan kulit putih melepak tau, tapi cerah berseri. Bukan senang untuk mengamalkan semua pantang larang. Sebab ruby suka travel dan berjemur. 

Tapi nak cantik tanpa pakai mekap yang tebal. Hahaha. Jadi, ruby mencuba Wardah White Secret selama 30 hari. Ternyata ia sangat berkesan dan ruby suka dengan hasilnya. Jom baca perkongsian ruby seterusnya agar setiap wanita yang membaca penulisan ini juga ingin tampil cantik seperti ruby dan duta-duta Wardah.

30 Hari Cabaran Wardah White Secret


30 Hari Cabaran Wardah White Secret

Produk pencerahan kulit sangat hangat di pasaran, tetapi yang benar-benar bagus untuk kegunaan muslimah pasti susah untuk dimiliki. Produk yang halal pastinya terjaga cara penghasilannya dan tidak di cuba ke atas haiwan. Malah ia dari estrak tumbuh-tumbuhan. Anda masih ingat blogpost ruby yang ini? https://www.ruby.my/2017/12/wardah-white-secret-rahasia-kulit-cerah.html 

Ketika itu adalah kali pertama ruby mencuba Wardah White Secret di sesi penerangan produk. Selama 7 tahun Wardah menjalankan uji kaji dan siri White Secret adalah rahasia kulit cerah bercahaya. Sekarang jika sesiapa bertanya “ruby pakai skincare apa?”, “ruby guna produk apa?”, “cerah dah sekaran, guna apa?” Inilah rahasia ku! Wardah White Secret. Hehehe.

Regimen penjagaan wajah dari Wardah White Secret terdapat 8 jenis produk, yang dijual di Malaysia hanya 7 produk sahaja. Ruby cukup kan koleksi Wardah White Secret dengan membeli di Watsons secara dalam talian dan ambil di Watsons AEON AU2 Setiawangsa. Hehehe

Produk Wardah White Secret

    1. White Secret Pure Brightening Cleanser 150ml RM15.50
    2. White Secret Facial Wash with AHA 100ml RM15.50
    3. White Secret Exfoliating Lotion 150ml RM36.50
    4. White Secret Exfoliating Scrub 50g RM12.50
    5. White Secret Day Cream SPF35 30g RM41.50
    6. White Secret Intense Brightening Essence 17ml RM50.50
    7. White Secret Night Cream 30g RM49.50
    8. Wardah White Secret Pure Treatment Essence

Cara-Cara Menggunakan Wardah White Secret Pada Waktu Siang

  1. White Secret Pure Brightening Cleanser 150ml RM15.50
  2. White Secret Facial Wash with AHA 100ml RM15.50
  3. White Secret Day Cream SPF35 30g RM41.50

Cara-Cara Menggunakan Wardah White Secret Pada Waktu Malam

  1. White Secret Pure Brightening Cleanser
  2. White Secret Facial Wash with AHA
  3. White Secret Exfoliating Scrub (amalkan 2 minggu sekali sahaja) ATAU White Secret Exfoliating Lotion
  4. White Secret Intense Brightening Essence
  5. White Secret Night Cream

Perubahan Kulit Setelah 30 Hari Cabaran Wardah White Secret

Gambar di atas sebelum menggunakan Wardah White Secret, kulit wajah ruby breakout dan pakai mekap pun tidak kemas. Nampak perbezaannya, tona tidak sekata mengakibatkan mekap jadi tidak sekata.

Gambar di bawah adalah gambar harian ruby menggunakan Wardah White Secret. Dalam masa satu minggu boleh nampak hasilnya.

Jadi, apa yang terjadi kepada wajah ruby setelah 30 hari? Pastinya ramai yang tertanya-tanya. Adakah kulit ruby menjadi semakin cantik atau semakin hodoh? Hahaha. Saksikan video 30 hari ruby bersama Wardah White Secret ini

Video 30 Hari Cabaran Wardah White Secret!

 

Selama 30 hari ruby menggunakan Wardah White Secret memang ia memberi kesan yang sangat bagus. Tona sekata, tiada lagi selaran matahari, tiada lagi kulit berbelang-belang kerana hijab dan ruby kurang pakai mekap. Hehehe. Selepas 30 hari, ruby masih terus menggunakan produk Wardah White Secret dan yang paling kerap ruby restock adalah White Secret Facial Wash with AHA. Sebab suami ruby pun menggunakan pencuci muka yang sama. Dapatkan Wardah White Secret di semua cawangan Watsons di seluruh Malaysia!

www.watsons.com.my/search?text=wardah
www.wardahbeauty.com
www.instagram.com/wardahbeauty_my

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال