Formulasi Terkini Anmum Materna Rendah Lemak Dan Tanpa Gula Tambahan

Formulasi Terkini Anmum Materna Rendah Lemak Dan Tanpa Gula Tambahan. Assalammualaikum semua! Ruby ingin kongsikan tentang Anmum Materna. Walaupun ruby dah tutup kilang untuk hamil lagi dan tidak hamil pun sekarang, tetapi informasi ini sangat bagus untuk kita semua. Boleh dikongsikan bersama dikalangan ahli keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja! Para suami pun boleh ambil tahu. Kan?

Formulasi Terkini Anmum Materna Rendah Lemak Dan Tanpa Gula Tambahan


Formulasi Terkini Anmum Materna Rendah Lemak Dan Tanpa Gula Tambahan

 

Gula Tambahan

Gula tambahan sering ada di dalam pelbagai produk makanan / minuman. Tetapi untuk ibu hamil. ia adalah sesuatu yang patut dihindarkan! NO! Risiko kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan adalah seperti kenaikan berat badan berlebihan, gula darah tinggi (Gestational Diabetis Mellitus) dan tekanan darah tinggi (pre-eclampsia) sewaktu kehamilan. Manakala untuk bayi adalah kelahiran pra-matang, berat lahir yang lebih tinggi, kanak-kanak membesar dengan kecenderungan untuk memakan makanan manis, meningkatkan risiko obesiti dan gangguan kesihatan mental dan kelakuan. Risiko lain termasuk kanak-kanak membesar dengan mengalami alahan asma. Gula tambahan boleh diketahui dengan nama-nama yang berlainan seperti:

  • Gula Perang
  • Pepejal Sirap Jagung
  • Dekstrosa
  • Fruktosa
  • Glukosa
  • Pepejal Sirap Glukosa
  • Maltosa
  • Maltodekstrin
  • Gula Putih

Rendah Lemak

Cuba mengambil makanan yang berkhasiat, rendah lemak dan gula, supaya Ibu boleh mendapat nutrisi penting di samping mengekalkan berat badan kehamilan yang sihat. Anmum™ Materna dengan Mind-Q Connect mengandungi nutrien penting untuk menyokong Ibu dan perkembangan janin. Ia merupakan satu-satunya susu pra-natal TANPA GULA TAMBAHAN dan rendah lemak, supaya Ibu boleh menikmati susu ini dengan sokongan untuk mengekalkan berat badan kehamilan yang sihat!

Berat Ibu Ketika Hamil & Perkembangan Bayi

Langkah pertama adalah untuk mengetahui berapa berat badan yang harus dicapai ketika hamil – berdasarkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebelum hamil. Contohnya, jika Ibu mempunyai berat badan 55kg dan ketinggian 1.65m sebelum hamil, BMI Ibu adalah 20.2, maka Ibu sepatutnya mencapai berat badan dalam lingkungan 11.5kg dan 16kg sepanjang kehamilan.

Rujuk kepada carta ini untuk mengetahui berat badan yang yang harus dicapai semasa hamil:

Perkembangan bayi yang kita semua tidak tahu :

  1. Jantung bayi berdenyut dua kali lebih pantas berbanding jantung ibu
  2. Si manja membesar 10,000 ganda pada bulan perama
  3. Dalam 13 minggu terakhir kehamilan, berat otak si manja anda bertambah tiga kali ganda
  4. Dari minggu ke 26 akan memberi respon melalui pergerakan apabila terndengar bunyi yang kuat
  5. Si manja boleh bertindak balas pada sentuhan pada minggu ke 8
  6. Dalam tempoh 28 hari, 3 bahagian asas otak si manja telah terbentuk dan lebih kurang 250,000 sel otak terbentuk dalam masa 1 minit!

Chit Chat Bersama Dr Raman Subramaniam & Pakar Nutrisi Anmum Materna

Ketika hamil, badan anda juga mengalami perubahan yang mengagumkan. Anda berpeluh dengan lebih, tekanan darah bertambah, pernafasan semakin laju dan berbagai lagi perubahan badan yang anda akan alami, semuanya untuk menyokong perubahan mengagumkan si manja yang sedang membesar.

Menurut Dr Raman, Consultant Obstetrics & Gynaecology di Fetal Medicine and Gynaecology Center, Kuala Lumpur. Perubahan ibu hamil bukan sahaja dari hormon, bentuk badan dan pemakanan sahaja. Tetapi ia adalah keajaiban bagaimana tuhan memberi ibu hamil kekuatan sehingga 40 minggu dari zaman berzaman. Water retention, berat naik, hidung kembang dan macam-macam yang kita sering mengadu ia adalah untuk menstabilkan keadaan ibu yang sedang hamil. Bagaimana kita nak membawa kandungan jika perut besar tetapi badan kecil? begitulah sebaliknya.

Kemudian perubahan hormon yang sedang berlaku membuatkan kulit ibu glow. Itu paling ruby suka. Hehehe. Banyak perkongsian Dr Raman yang ruby simpan kemas untuk rujukan ruby. Nanti ruby kongsikan dengan anda di dalam artikel berlainan.

Anmum Materna Rendah Lemak Dan Tanpa Gula Tambahan adalah satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak, kini boleh didapati dalam bentuk sachet pek untuk dinikmati dengan mudah.

*Jenama susu pra-natal No.1 berpandukan Retail Audit for Health Food Drinks Category untuk 12 bulan berakhir Julai 2016 di Semenanjung Malaysia (Copyright © 2016, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)

**Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ dibawah Piawaian Codex 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian makanan antarabangsa yang selaras dan kod amalan. Di bawah Peraturan Makanan-Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan-bahan pemanis. Di bawah Piawaian Makanan Australia New Zealand Kod-Piawai 1.1.2, Sirap Glukosa, Maltodekstrin dan produk-produk serupa adalah ditakrifkan sebagai ‘gula’.

Pengalaman Jihan Muse & Ng Kar Yoon

Sesi perkongsian ini sangat menarik, ini kerana tiap ibu melalui pengalaman hamil berbeza. Kadang-kadang ruby tidak faham kenapa ada ibu yang marah sangat bila pengalaman hamil kita lagi rumit. Bagi mereka, mereka lagi rumit. Tapi yelah, perasaan kita tersentuh apabila orang membeza-bezakan keadaan kita. Sebolehnya kita nak pinjam telinga mereka untuk dengar luahan hati kita. Sakit kita, penat kita, perubahan badan kita. Banyak perkara nak dicerita dan perlukan pendengar yang natural listener.

Pengalaman Jihan Muse yang sedang sarat hamil 36 minggu juga membuat ruby rasa wow kuatnya Jihan! Beliau seorang pengacara dan pelakon komedi. Malah sebelum berkahwin memang dah nampak dia aktif. Setelah berkahwin pun masih aktif. Kemudian hamil. Ketika hamil, pasti selebriti akan stop karier mereka buat sementara waktu. Ramai takut untuk aktif, risau kepenatan, keguguran dan kelahiran pramatang. Tetapi Jihan berjaya melalui semua trimester dengan kekal aktif.

Jihan sendiri membuatkan ramai wanita hamil sedar, kehamilan bukan penyakit yang anda hanya perlu duduk terlantar di rumah. Lakukan aktiviti kegemaran anda dan enjoy while it last. Memandangkan karier Jihan sebagai anak seni, beliau meneruskan aktiviti mengacara, travel dan berlakon. Jika anda bekerja atau penulis blog yang perlu travel. Go for it! Jihan juga melalui ujian dimana ketika usia kandungan melepasi 12 minggu trimester pertama, Jihan disahkan gastrik dan perlu melakukan pembedahan segera. Nyawa ibu atau anak perlu diselamatkan? Jihan tawakal melakukan pembedahan dan alhamdulillah ibu dan kandungan selamat sehingga hari ini!

Manakala Ng Kar Yoon berkongsi pengalaman hamil beliau yang kerap muntah. Sehingga 35 minggu masih muntah-muntah. Jadi, kerisauan seorang ibu hamil pasti ada. Cukup ke nutrisi untuk bayi? Kesihatan ibu pula macam mana? Pada trimester pertama muntah-muntah 24 jam. Trimester kedua kadang-kadang. Trimester ketiga kembali muntah-muntah 24 jam lagi. Kesian kan? Semoga ibu kekal sihat dan bertenaga. Bila kerap muntah, memang lembik satu badan. Apa yang Ng Kar Yoon boleh terus memberi nutrisi kepada diri dia dan anak adalah minum susu Anmum Materna Rendah Lemak Dan Tanpa Gula Tambahan.

Tips Untuk Ibu Intoleransi Laktosa

Menurut Dr Raman, ibu yang intoleransi laktosa (Lactose Intolerance) boleh amalkan susu soya kerana ia dari sumber sayuran. Kebanyakan ibu vegetarian mengamalkan susu soya kerana apabila mereka minum susu selain susu saya akan berlaku alahan, sakit perut dan cirit-birit. Selain itu anda boleh dapatkan nutrisi dari sumber Protein. Jika anda bukan seorang Vegetarian, anda boleh amalkan Anmum Materna sikit-sikit. Sekurang-kurangnya nutrisi dari Anmum Materna bermanfaat untuk ibu dan anak.

Experience Extraordinaire Activities


Periksa tekanan
Teknik mengangkat barang di atas lantai ketika hamil
Berpeluang merasai bagaimana hamil. Bag itu seberat 5kg!
Saiz bayi ketika trimester 1,2 & 3

Kreatif Resepi Untuk Kekal Amalkan Susu Anmum Materna

Kita yang tidak intoleransi laktosa pun akan jelak dengan susu. Mesti bosan kena paksa diri minum susu. Demi anak, kita amalkan juga walaupun hakikatnya sepanjang hidup minum susu ketika sarapan pagi pada hari minggu sahaja. Hahaha. Jadi anda boleh campur susu Anmum Materna ke dalam resepi smoothie. Gantikan bahan resepi dari produk tenusu kepada susu Anmum Materna. Buat untuk saiz hidangan ibu hamil sudah memadai. Hehehe.

Cara Penyediaan Anmum Materna

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Ruby tidak hamil, tetapi sudah mempunyai 2 anak lelaki yang super aktif. Sihat bijak dan sudah berusia 4 dan 2 tahun. Ruby amalkan Anmum 1 sachet setiap hari 2 kali. Ruby ada GDM semasa hamil, jadi ruby minum susu Anmum Materna separuh sachet pada waktu sarapan dan sebelum tidur. Dulu susu Anmum memang manis gilerrr. Sekarang dengan formulasi baru siap ada bungkusan sachet. Anda semua beruntung. Rugi tak amalkan Anmum Materna ketika hamil. Ruby suka perisa coklat. Kadang suka perisa asli. Ikut mood, asalkan minum susu!

Harga Anmum Materna Rendah Lemak Dan Tanpa Gula Tambahan

Anmum Materna hadir di dalam pek yang mempunyai 7 sachet. Mempunyai 2 perisa yang sangat digemari oleh ibu hamil. Setiap sachet perisa asli adalah 36 gram, manakala perisa coklat 42 gram. Setiap pek bernilai RM 19.90. Selain sachet yang sesuai untuk travel dan dibawa kemana aje, Anmum Materna mempunyai bag-in-box 650 gram perisa asli dan coklat. Satu kotak bernilai RM 42.00

Ramuan yang terdapat di dalam Anmum Materna adalah Susu Tepung (Susu Lembu), Maltodekstrin, Inulin, Lemak Susu Kompleks (Susu Lembu), Sukrosa, Mineral (Kalsium Karbonat, Magnesium Oksida, Ferik Pirofosfat, Zink Oksida, Kalium Iodida), Asid Dokosaheksanoik (DHA) daripada Minyak Unisel, Vitamin (Natrium Askorbat, Vitamin E Asetat, Niasinamida, Vitamin A Asetat, Kalsium Pantotenat, Vitamin D3, Piridoksina Hidroklorida, Tiamin Mononitrat, Riboflavin, Asid Folik, Vitamin B12), Bifidobacterium lactis. Mengandungi pengemulasi (Lesitin Soya) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Mengandungi bahan-bahan perisa yang dibenarkan. Semua aditif makanan adalah daripada sumber tumbuhan dan sintetik.

Anda boleh membeli Anmum Materna Rendah Lemak Dan Tanpa Gula Tambahan sekarang di Lazada (http://www.lazada.com.my/anmum-official-store/) dengan diskaun 15% dengan kod N15MUM. Promosi berakhir pada 31 January 2018.

www.anmum.com
#AnmumMaterna
#ExperienceExtraordinaire

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال