Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018. Assalammualaikum semua! Siapa peminat produk dari jenama Anchor? Haaa mesti tahu senarai produk tenusu Anchor, agak mustahil jika yang tidak tahu jenama ni. Hehehe. Ruby mula tahu berkenaan jenama ini semasa ibu ruby sibuk membuat kuih muih dan kek. Cheese, Cream Cheese, Butter, Culinary Cream dan Whipping Cream wajib ada di rumah untuk siap sedia jika ingin mula membuat kek dan pastri.

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Pertama kali ruby ke KDU Glenmarie dan teruja dengan kawasan fakulti Hospitality, Tourism & Culinary Arts. Untuk bahagian masakan semua berada di bahagian bawah bangunan dan semua peralatan lengkap tersedia. Kenapalah ruby tidak nampak seronoknya memasak pastri, kek, makanan dan juadah lain semasa habis SPM dulu. Yang paling ruby seronok adalah tengok dapur yang sangat luas. Hehehe.

Anchor Food Professionals (AFP – dahulunya dikenali sebagai Fonterra Foodservices) telah sekian lama membekalkan jenama produk tenusu terkenal dari New Zealand, Anchor kepada industri perkhidmatan makanan di Malaysia. AFP juga berdedikasi dalam membangunkan bakeri tempatan dan juga saluran HORECA, melalui inovasi produk dan penghasilan resipi. Oleh yang demikian, AFP menganjurkan “Anchor Food Professionals Pastry & Culinary Challenge 2018” sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekaligus mengangkat piawaian profesional bagi bakeri tempatan dan industri kulinari.

Pertandingan ini merupakan yang ketiga dianjurkan untuk industri oleh AFP, dan juga yang pertama untuk menampilkan Cabaran Kulinari (dengan penglibatan Chef bagi Masakan Panas). Pemenang terdahulu telah berpeluang untuk bertanding dalam pertandingan Fonterra peringkat global yang diadakan di Australia, sekaligus memberikan pendedahan peringkat antarabangsa yang berharga dalam meningkatkan lagi martabat mereka sebagai chef. Memenangi kategori tersebut merupakan suatu kebanggan dalam kalangan peserta di samping meletakkan mereka di tahap yang lebih tinggi kerana pertandingan tersebut dipandang tinggi dalam industri dan diadili oleh panel juri yang dianggap terbaik dalam industri.

Terdapat 3 kategori (Kulinari, Kek dan Pastri) untuk 4 Saluran

  • Pastri Terbaik – Saluran Bakeri (13 Mac) – 4 finalis
  • Kek Terbaik – Saluran Bakeri (14 Mac) – 8 finalis
  • Kek Terbaik – Saluran Hotel (15 Mac) – 8 finalis
  • Kulinari Terbaik – Saluran Hotel (16 Mac) – 7 finalis

Finalis berbeza setiap hari, dari saluran berbeza, dengan penyampaian hadiah setiap hari 

Hadiah – Setiap kategori pertandingan akan mempunyai pemenang bagi:

  • Tempat Pertama, Emas – Hadiah bernilai RM5,000 + Trofi + Sijil
  • Tempat Kedua, Perak – Hadiah bernilai RM3,000 + Trofi + Sijil
  • Tempat Ketiga, Gangsa – Hadiah bernilai RM2,000 + Trofi + Sijil

Kategori-Kategori Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

KATEGORI – KULINARI

Tema – Daratan dan Laut di Malaysia (Land and Sea of Malaysia)

Peserta WAJIB menyediakan satu menu 3 Hidangan (3 Course Menu) berinspirasikan tema dengan olahan Hidangan Perancis Moden. Penggunaan produk Anchor dalam kesemua menu 3 hidangan adalah wajib. Resipi yang dihasilkan mestilah menggunakan sekurang-kurangnya 3 produk Anchor termasuklah Mentega Anchor, Krim Masakan Extra Yield Anchor, kategori Keju Diproses atau Asli Anchor

  • 1 SUP, berat maksima setiap sup 250ml
  • 1 HIDANGAN PEMBUKA SELERA PANAS/SEJUK, berat maksima setiap pembuka selera 200gram
  • 1 HIDANGAN UTAMA

Terdapat ramuan ‘MISTERI’ yang akan diumumkan kepada peserta semasa pertandingan; ia perlu digunakan dalam kedua-dua Hidangan Pembuka Slera Panas/Sejuk dan Hidangan Utama.

KATEGORI – PASTRI

Peserta diwajibkan menyediakan:

  • Croissant tersendiri chef (Chef’s signature croissant)

Croissant asli tanpa inti untuk diadili dari segi lapisan, haruman dan rasa bagi adunan tepung yang ditapai dan juga tekstur produk yang telah siap.

  • Pastri Danish seperti berikut

Peserta boleh menggunakan satu adunan tepung tunggal atau yang berbeza untuk kesemua jenis pastry Danish yang disediakan. Peserta disarankan untuk menginovasi adunan tepung berperisa atau Lapisan Mentega Anchor berperisa.

Setiap chef diberikan masa 5 jam untuk menghasilkan kesemua produk menggunakan produk Anchor iaitu Anchor Cream Cheese, Anchor Butter Sheet, Anchor Butter, Anchor UHT Milk, Anchor Whipping Cream dan lain-lain.

KATEGORI – KEK

Peserta WAJIB menyediakan 2 jenis kek menggunakan kompisisi berbeza: (Setiap resipi mesti mengandungi sekurang-kurangnya sejumlah 30% Anchor Whipping Cream & Anchor Cream Cheese dari keseluruhan berat kek).

  • 1 JENIS KEK PENUH (Tema: Mangga) 800gm – 1000gm berat setiap kek
  • 1 JENIS KEK INDIVIDU (Tema: Strawberi) 80gm – 100gm berat setiap kek

PANEL JURI Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

  • Chef Jean Francois Arnaud (Ketua Juri – Pastri)
  • Chef Nazeri Ismail (Pastri)
  • Chef Arthur Heng (Pastri)
  • Chef Gerhard Albrecht (Ketua Juri – Kulinari)
  • Chef Fami Taufeq (Kulinari)
  • Chef Sabri Hassan (Kulinari)

Pemenang Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Pastry Challenge : Pastries Category | Bakery

  • EMAS – Tan Chee Kit, Grainloaf Sdn Bhd, Penang

Pastry Challenge : Cake Category | Bakery

  • EMAS  – Yong Yi Yuan, Bake Culture Brunei
  • PERAK – Loh Qi Yuan, Moonlight Cake House Sdn Bhd
  • GANGSA – Yeoh Kean Loon, Dolce Dessert

Pastry Challenge : Cake Category | Hotel

  • EMAS – Gan Terk Yeong, Sofitel Kuala Lumpur Damansara
  • PERAK – Nyon Pei Shan, Intercontinential Kuala Lumpur
  • GANGSA – Tan Shong Yee, Double Tree by Hilton KL

Culinary Challenge : Culinary Category | Hotel

  • EMAS – Nigel Walter Lazaroo, The Face Suites Platinum Victory Resort
  • PERAK – Muhammad Ikhwan Bin Mustafar, One IFC Hotel
  • GANGSA – Muhammad Khidhir Bin Md Augustli, Hotel Istana

Pemenang Anchor Food Professionals Pastry Challenge : Cake Category | Hotel

EMAS – Gan Terk Yeong, Sofitel Kuala Lumpur Damansara

PERAK – Nyon Pei Shan, Intercontinential Kuala Lumpur

GANGSA – Tan Shong Yee, Double Tree by Hilton KL

Ruby bertemu dengan sahabat chef iaitu Chef Ichiro Wong. Tahniah sekarang sebagai Advisory Chef at Fonterra Brands Malaysia

Tahhniah buat semua pemenang dan jumpa lagi di Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2019!

www.anchordairy.com/my

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال