Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional | Assalammualaikum semua, pada hari jumaat yang lepas ruby dan suami berkesempatan ke Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional di Dewan Tun Razak, PWTC. Kami berhasrat mencari rumah di luar bandar sebab kos kehidupan di Klang Valley ni sangat mahal dan suami ruby sering kerja luar. Jadi kalau kekal menyewa di sini bakal papa kedana. Hahaha. Tapi, alhamdulillah nasib baik ada skim rumah pertamaku. Jadi, ruby pun selalu tengok pameran rumah di pasaraya dan banyak kali melawat showroom rumah-rumah, tetapi masih tidak berkenan di hati. Kawasana, keluasan, nama pemaju dan sistem keselamatan tidak berjaya memikat hati ruby dan suami.
Jadi, ruby ada terbaca Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional. Senang la nak mencari rumah mengikut negeri dan jenis rumah teres dua tingkat. Hehehe. Banyak rumah tersedia untuk kita pilih dan beli. Dapat 3 pilihan rumah impian. Happy betul masa tengok rumah tu di bahagian hujung (corner lot), ada balkoni, pencahayaan dan pengudaraan bagus. Boleh bercucuk tanam. Ke arah menjadi isteri solehah dan ibu mithali.
Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional – Ke Arah Sejuta Impian
Ekspo ini adalah Ekspo Perumahan TERBESAR di Malaysia.
Lokasi: Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC, Kuala Lumpur
Tarikh: 24 Mac hingga 1 April 2018
Selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah, rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40), akan mendapat manfaat daripada lebih daripada 600,000 rumah yang akan dipamerkan di “Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian , Alami Gaya HidupSejahtera “, Edisi Nasional, ekspo rumah terbesar di seluruh negara yang diadakan di bawah satu bumbung.
- Golongan B40 iaitu isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860
- Golongan M40 iaitu isi rumah yang berpendapatan purata bulanan antara RM3,860 hingga RM8,319.
Ekspo “Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian”, yang menjadi bukti komitmen Kerajaan untuk menyampaikan agenda perumahan nasionalnya, dianjurkan oleh pelbagai agensi perumahan Persekutuan dan Negeri termasuk Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), dan Kerajaan Negeri.
Perasmian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional
Ekspo edisi kebangsaan, yang bermula dari 24 Mac – 1 April 2018 menampilkan rumah dari pelbagai agensi, termasuk 267,640 rumah PR1MA yang direka dengan gaya hidup dan ciri komuniti yang disediakan untuk rakyat Malaysia M40. Sebahagian daripada rumah ini berharga serendah RM150,000. Diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pembukaan ekspo dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari Sabtu, 24 Mac 2018.
“Kerajaan memahami keperluan rakyat setiap peringkat pendapatan. Ekspo ini adalah kesaksian visi, usaha dan komitmen Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah bagi majoriti penduduk di negara ini, “kata Dato ‘Abdul Mutalib Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA.
“Kami menggesa orang ramai untuk mengambil kesempatan untuk menyertai kami di pameran ini yang akan bertindak sebagai pusat sehenti ke arah memiliki harta untuk pembeli rumah. Kami sedar bahawa tidak mudah membuat keputusan untuk membeli rumah. Namun program di Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional akan menjadi tempat terbaik untuk memulakan perjalanan pemilikan rumah itu, ” katanya.
“Terdapat pelbagai pilihan rumah yang sesuai untuk setiap peringkat pendapatan di pameran ini. Terdapat lebih daripada 100 pameran yang dikategorikan mengikut Negeri dan kategori produk untuk memudahkan pengunjung. Kami amat menggalakkan semua warga Malaysia melawat Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian, Alami Gaya HidupSejahtera, Edisi Nasional, ” kata Dato ‘Abdul Mutalib Alias.
Bagaimana Memohon Rumah PR1MA di Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional
Ruby dan suami berkenan dengan rumah PR1MA di luar negeri seperti Lumut, Perak. Seremban, Negeri Sembilan dan Gambang, Pahang. Apa yang ruby lakukan pada hari jumaat adalah :
1. Check CCRIS di kaunter Central Credit Reference Information System (CCRIS). Isi borang, bagi Kad Pengenalan dan bayar RM 10 utk mereka print report.
2. Pergi ke ruang pameran Bank Islam dan buat semakan gaji dan komitmen. Bila dah tambah tolak bahagi. Nanti dapat berapa kemanpuan harga rumah yang anda boleh cari. Jika 300,000. Banyak la rumah boleh dilihat-lihat. Hehehe. Skim Rumah Pertamaku masih ada. Tak perlu bayar apa-apa.
3. Pergi ke pameran rumah PR1MA dan tengok lakaran rumah tersebut. Tanya berkenaan keluasan, harga berapa, rumah di kawasan mana, corner lot berapa harga, jiran atas bawah ke? Rumah dah siap ke. Berapa banyak unit yang masih ada? Tanya je. Jangan malu ya.
4. Setiap pameran rumah PR1MA ada kaunter untuk scan lucky draw. Sambil lihat rumah, sambil scan QR code. InsyaAllah anda menang. Amin! Senang je kan? Bawa bag sesiap untuk masukkan segala pamplet ya. Hehehe
5. Submit permohonan anda melalui kaunter PR1MA yang disediakan atau secara dalam talian atau melalui aplikasi. Mudah kan?
Jenis Rumah
- Teres Satu Tingkat
- Teres Dua Tingkat
- Bertingkat Apartment (750 sqf – 1000 sqf)
- Bertingkat Kondominium (1000 sqf ke atas)
- Bandar Kluster
Keselamatan
- Pengawasan CCTV 24 Jam
- Pegawai Keselamatan
- Komuniti Berpagar
- Komuniti Berpengawal
Kemudahan Awam & Prasana Sosial
- Masjid
- Surau
- Taman Permainan
- Tadika / Taska
- Dewan Komuniti
- Akses ke Lebuhraya
- Pengangkutan Awam
- Lapangan Terbang
- Klinik Kesihatan
- Hospital
- Balai Polis
- Balai Bomba
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
- Pusat Pengajian Tinggi
- Pusat Membeli-Belah
- Kedai Serbaneka
- Stesen Minyak
Facebook Live Sekitar Majlis Perasmian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
Tentatif Program Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional, Cabutan Bertuah & Persembahan Selebriti
Sementara itu, pengunjung boleh memenangi hadiah cabutan bertuah yang termasuk dua buah rumah PR1MA, sebuah kereta baru, baucar perjalanan serta barangan rumah dan gaya hidup di Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional. Caranya mudah sahaja dan pasti anda teruja untuk menyerai dua jenis cabutan bertuah. Cabutan bertuah kecil ketika anda mendaftar. Manakala cabutan bertuah besar melalui scan QR Code di semua ruang pameran PR1MA. Lebih kurang 30 booth anda boleh melawat! Enjoy!
Cabutan Bertuah Harian akan diadakan tiga kali sehari sepanjang ekspo, manakala Cabutan Bertuah Hadiah Utama akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, pada 24, 25, 31 Mac dan 1 April. Semoga bertuah!
Anda juga akan dihiburkan oleh selebriti jemputan seperti Dato Hattan, Ella, Tomok dan Marsha. Sila rujuk gambar program dibawah untuk anda plan lawatan ke Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional
Muat Turun Aplikasi PR1MA
Anda boleh hantar permohonan rumah PR1MA di kaunter PR1MA yang disediakan Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional, laman sesawang utama PR1MA dan melalui aplikasi PR1MA. Muat turun sekarang di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pr1ma.hubs.mobile&hl=en ATAU https://itunes.apple.com/my/app/pr1ma/id1113892387?mt=Sehingga kini, acara Ekspo Jualan Perumahan itu juga telah sampai kepada rakyat di seluruh negara termasuk Kedah, Perak, Terengganu dan Sabah, dan akan terus menjadi tuan rumah di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis sepanjang bulan April.
https://www.pr1ma.my
https://www.facebook.com/PR1MAHomes
https://www.instagram.com/pr1mahomes
https://www.youtube.com/pr1mahomes