Sini Ada Ayam! Nando’s Malaysia Kini Berusia 20 Tahun

| |

Sini Ada Ayam! Nando’s Malaysia Kini Berusia 20 Tahun. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi dengan anda kisah ruby dan Nando’s Malaysia bersempena ulang tahun ke-20 mereka. Sejak kenal Nando’s, memang terus jatuh cinta. Ayam peri-peri memang dah terus jatuh cinta, tetapi ruby suka pilihan hidangan sampingan yang sentiasa diperbaiki. Tidak pernah bosan dengan Nando’s.

Sini Ada Ayam! Nando’s Malaysia Kini Berusia 20 Tahun

Masih ruby ingat pertama kali ruby mengenali Nando’s ketika tahun 2004, masa tu ingin mencari kerja sampingan dan bekerja separuh masa. Tetapi kawan ruby yang dapat pekerjaan itu di cawangan Nando’s Bukit Bintang. Ruby nak kerja di cawangan Nando’s Suria KLCC sebab mudah untuk berulang alik pergi kerja. Sayangnya Nando’s Suria KLCC dah ramai pekerja separuh masa. Jadi, ruby bekerja di Delifrance Bistro di hadapan Nando’s. Hari-hari dapat lihat Nando’s pun dah seronok. Restoran itu sentiasa penuh dengan pelanggan dan ayat ni “Welcome to Nando’s” sentiasa didengari. Sekarang dengar BOM DIA! Selamat sejahtera! Jadi ruby reply Ola! Obrigado!

Nando's Malaysia Kini Berusia 20 Tahun

Nando's Malaysia Kini Berusia 20 Tahun
Mac Chung Lynn, Founder and Group CEO of Nando’s Malaysia & Singapore

Ayam Diperap 24 Jam

Sebaik sahaja restoran itu ditubuhkan di Malaysia, PERi-PERi Nando’s menjadi popular kerana setiap pelanggan mengalami kepedasan yang begitu enak. Nando’s menanam cili PERi-PERi sendiri dengan bantuan lebih daripada 1,400 petani bebas di Afrika Selatan. Mengadun keajaiban kecil dengan cili PERi-PERi, bawang, minyak zaitun, herba, lemon segar, bawang putih dan garam menghasilkan senjata rahsia jenama ini yang tiada tandingannya, iaitu sos PERi-PERi Nando’s.

Nando's Malaysia Kini Berusia 20 Tahun
Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Malaysia

“Kami memang teruja untuk mencapai detik penting ini di Malaysia. Apabila kami mula-mula memperkenalkan diri, saya percaya kami telah menarik perhatian para penggemar ayam di luar sana. Kami adalah unik serta menawarkan perisa baru kepada orang ramai dan ini menjadi satu pengalaman yang menarik untuk semua orang. 20 tahun telah berlalu dan kami masih menyemarakkan selera peminat kami yang menakjubkan di samping menarik minat beberapa pelanggan baru juga. Cili kecil ajaib kami yang dipanggil PERi-PERi adalah puncanya kerana ia adalah intipati serta sumber kepedasan kami dan ia benar-benar unik kepada Nando’s.” kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Malaysia.

Mengutamakan rasa diikuti dengan kepedasan, sos PERi-PERi Nando’s tidak bersifat pedas secara langsung seperti sos cili lain. Ayam-ayam itu diperap dalam sos selama 24 jam dan kemudian dilumur dengan pilihan tahap kepedasan bermula daripada Lemon & Herb hingga ke Super Hot. Jenama yang hampir mencapai status kultus di Malaysia turut menawarkan sos PERi-PERi yang boleh dibeli oleh peminat untuk kegunaan di kediaman mereka, kerana adakalanya, satu dos PERi-PERi amat diperlukan.

Fakta-fakta Menarik mengenai PERi-PERi

Nando's Malaysia Kini Berusia 20 Tahun

  • Cili PERi-PERi adalah unik kepada Nando’s
  • 42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg dipenuhisetiap tahun – jumlahnya adalah lebih daripada satu bilion cili!
  • Setiap kilang cili menghasilkan kira-kira 300 cili yang dipilih dengan tangan dan dipetik satu demi satu
  • Mereka juga diasingkan dengan tangan dan dikeringkan secara semula jadi di bawah sinaran matahari Afrika
  • Cili PERi-PERi mengandungi ‘capsaicin’ yang memberikan kesan “terasa baik” – anak mata anda akan membesar dan kadar metabolisme anda akan meningkat apabila anda merasakan peningkatan endorfin
  • PERi-PERi juga kaya dengan Vitamin A, B dan C

Nando's Malaysia

Nando’s Malaysia Sepanjang 20 tahun

1. Cawangan Pertama di Jalan Telawi Bangsar pada tahun 1998
2. Dihidangkan pada 4 tahap kepedasan tersendiri mereka – Lemon & Herba, Mangga
& Limau, Sederhana, Pedas & Ekstra Pedas
3. Sehingga March 2018, sebanyak 75 cawangan Nando’s di seluruh Malaysia dan yang terkini adalah di The Waterfront, Desa Park City
4. Acara tahunan Nando’s Malaysian Griller’s Challenge (2018 adalah tahun ke-7 acara ini akan berlangsung)
5. Malaysia’s Hottest Battle 2012

 

Nando's Malaysia
Suami ruby adalah pemenang Malaysia’s Hottest Battle 2012, DSLR dan 1 tahun kontrak sebagai Nando’s Chicken Dance Ambassador. Ruby jadi pasukan sorak di luar pagar. Wakakaka. Kenangan masa ni memang tidak boleh lupa. Sebab DSLR memang dalam wish list ruby. Kemudian setelah menang kamera ni, ia membuat ruby bersemangat untuk terus menulis blog. Sekarang dah tahun 7 Nando’s Malaysian Griller’s Challenge. Hehehe. Permulaan yang bagus kan? Baca di sini https://ruby.my/2012/06/gembira-menang-grand-prize-canon-dslr-dan-jam-adidas-di-nandos-we-grill-champions-macho-kai/

6. Nando’s Art Initiative (2018 adalah tahun ke-11 acara ini akan berlangsung)
7. Menu Baru yang sentiasa memikat hati pelanggan
8. Sos Peri-Peri yang boleh dibeli dimana-mana! Boleh dinikmati di rumah juga!
9. Kempen ayam yang mencuit hati, anda boleh lihat iklan Nando’s sangat kreatif. Sini Ada Ayam! di cawangan Nando’s Sg Wang Plaza papan tanda. Kalau naik Monorail mesti nampak. Tahun bila iklan tu ya? Lupa dah!
10. Hashtag Social Media yang kreatif! #cluckers #WeGrillTheChampion #TrySomethingNew #MengakuJeLah #CutiCutiAyam
11. Nando’s PERi-Vilege Card
12. Nando’s PERi-Vilege Apps
13. Nando’s Online Delivery
14. Nando’s Food Voucher! Seronok bila dapat baucar makanan dari Nando’s.

Sejarah Nando’s

Restoran ini diasaskan pada tahun 1987 di pinggir bandar Johannesburg Rosettenville apabila jurutera audio kelahiran Portugis, Fernando Duarte dan rakan usahawannya, Robert Brozin untuk membeli makanan Portugis yang dipanggil Chickenland. Setelah mencuba ayam, dimasak dalam piri piri, sos cili Portugis yang terbuat dari lada dengan nama yang sama di Mozambique, mereka membeli restoran itu untuk kira-kira 80,000 rand (bersamaan dengan kira-kira £ 25,000 (RM 135,085.27) pada masa itu).

Mereka menamakan semula restoran Nando selepas anak sulung Fernando. Selepas dua tahun, restoran itu mempunyai empat cawangan: tiga di Johannesburg dan satu di Portugal. Menjelang 2013, kira-kira 1,000 cawangan Nando berada di 35 negara.Pada tahun 2010, majalah Advertising Age menamakan Nando sebagai salah satu daripada 30 jenama pemasaran terhangat di dunia.Sehingga Julai 2014, kumpulan restoran Nando akhirnya dimiliki oleh ahli perniagaan Afrika Selatan Dick Enthoven dan keluarganya. Anak lelaki Enthoven, Robby Enthoven, bertanggungjawab memperluaskan rangkaian Nando di United Kingdom

Selamat Ulang Tahun Ke-20 Nando’s Malaysia!

https://www.facebook.com/NandosMY/
https://www.instagram.com/nandosmy/

Previous

Mudah Mengamalkan Halia Dengan CAROMA Bentong Ginger

PS4 Eksklusif Game Bulan Mac

Next

27 thoughts on “Sini Ada Ayam! Nando’s Malaysia Kini Berusia 20 Tahun”

  1. congratulation and happy birthday to Nandos.. lama tak makan nandos. tiba tiba jadi craving pula. masih ingat taste nandos ni yang masam masam pedas.. uuiihh… time ni baca blog nandos memang salah… hahahaha

    Reply
  2. Di mana ada ayam??? I nak makan Nando’s sekarang juga. Termiss this event because I was not around in KL. Ni nanti lunch nak terjah Nando’s la. OMG!!!! Congrats Ruby, camera baru and Saiful Nando’s Chicken Dance Ambassador terbaek!!!! Nanti kita pergi makan Nando’s together ya.

    Reply
  3. Didn’t know Nandos has been here for 20 years. It’s my family’s favorite restaurant because the grilled chicken taste very delicious. I love their Peri-Peri sauce too.

    Reply
  4. OMG…20 years already? And I only started eating Nandos like for 10 years. But needless to say that I am a super fan of Nandos…as in I am all in for their chicken and their signature sauces.

    Reply
  5. Wahhh 20 tahun sudah usianya, bg sy ianya sudah cukup lama bertapak di Malaysia. Nandos kelebihan dia bukan hanya perapannya cukup enak bahkan sos juga antara trademark kenapa org memilih nandos

    Reply
  6. Selamat ulang tahun Nando’s Malaysia yang ke 20 dan menjadi satu penyaji hidangan ayam paling di gemari rakyat Malaysia dan terus memberi service dan citarasa yang terbaik buat rakyat Malaysia… Lama sangat tak makan Nando’s ni hehehehe rindu ayam dan sos uniknya…

    Reply
  7. Wah..dikeringkan di bawah panas mentari Afrika ye! Memang tak pernah kecewa dengan Nandos. Kalo pi Mid Valley, ad Kenny Rogers dan depannya Nandos. Hujung2 mesti pilih Nandos jugak. hahaha. Selalu makan yg mild taste je. Nak pedas sgt br letak sos. Dah boleh beli bawa balik sos Peri-peri, bolehlah makan ayam kat rumah dengan lazatnya!

    Reply
  8. Tahniah nandos dah 20 tahun! Wah hebat husband ruby siap dapat dslr..kak irra berangan nak ada dslr tak tercapai lagi..sebab just berangan tapi tak usaha pon dapatkannya..muahahah… Nak kena cuba makan nandos ni..nak rasa peri peri tu..jangan gelak kak ira xpenah makan nandos???

    Reply
  9. Wah Nando’s dah 20 tahun. Tahniah Nando’s. Tak pernah berpeluang makan di Nando’s sebab area Seremban ni tak tahu Nando’s ada area mana. Teringin juga nak makan di Nando’s sebab ramai kata makanannya best best belaka

    Reply
  10. wahhhhhh bestnya menang dslr !! memang best kan…. nandos memang dulu dulu selalu lepak ngan suami makan hehehehehe selalunya dengan alamanda.. 2 tahun honey moon ngan husband tiap minggu la makan nandos hahahaha sebelum ada anak la, lepas ada anak macam jarang lak nak p nandos

    Reply
  11. Dah 20 tahun Nando’s di Malaysia, satu pencapaian yang membanggakan.
    Ros pernah makan di restoran nando’s Johor Bahru, sekitar tahun 2015. Itulah kali pertama masuk nando’s. Pergi dengan kawan-kawan. Ayam nando’s memang sedap, dengan pilihan beberapa sos yang ada. Aihhh nanti nak pergi lagilah.

    Reply
  12. nando sedap! aida pernah gi sekali.
    nak repeat lom berkesempatan. sos nyer yg pelbagai. wow! menarik.
    ayam dia pun berperisa. yes la kan, ruby. perapan tu sebati hingga ke dalam-dalam.
    terbaik lah 🙂
    hmmm mcm mau ke nandos mlm ni lah. takde pe plan mlm ni hi hi…

    Reply
  13. Tudiaaaa…20 tahun ada 75 cawangan..satu pencapaian yang membanggakan..suka Nandos..lama x terjah ni..lepas ni boleh terjah dah..bestnya husband Ruby..menang Nando’s Malaysian Griller’s Challenge 2012..hadiah pun berbaloi DSLR..tahun ni apa lah hadiah diorang kan

    Reply
  14. Wah.. Dah 20 tahun dan nandos.. Tahniah Nandos..

    Kita tak pernah cuba nandos lagi sbb kat sini takde.. Tapi selalu tgk kwn2 upload gmbr makan kt nandos.. Blogger2 makan sini.. Macam best je rasa dia.. Mcm rasa ayam tandori ke? Huhu..

    Reply

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.