Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Amy Nurtinie dinobat sebagai Ikon Wanita Melayu 2018 | Assalammualaikum semua, hari ini ruby ingin berkongsi tentang kemenangan pertandingan ratu cantik. Pertandingan ini lain dari yang lain. Ini kerana ia adalah Pencarian Wanita Melayu 2018. Wanita Melayu pada zaman sekarang lebih hebat. Ini kerana, mereka mempunyai taraf pendidikan tinggi, cantik dan pandai memasak! Mana nak dapat pakej lengkap macam tu di zaman moden? Ruby ada cerita senarai peserta yang menyertai Pencarian Wanita Melayu 2018 Plaza Shah Alam #PVM2018. Tahniah kepada Amy Nurtinie kerana memenangi dan terus bergelar sebagai Ikon Wanita Melayu 2018.

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Amy Nurtinie Abd Aziz atau lebih mesra dipanggil sebagai Tini telah berjaya melalui semua sesi di dalam program Pencarian Wanita Melayu 2018. Tini juga memenangi cabaran memasak semasa program ini berlangsung. Ini lah calon Ikon Wanita Melayu yang kita semua cari. Cantik, tinggi, pandai memasak dan sopan santun. Jawapan kepada persoalan siapa Ikon Wanita Melayu tahun ini terjawab apabila pengacara majlis Karl Shafek mengumumkan nama Amy Nurtinie Abdul Aziz sebagai Ikon Wanita Melayu 2018. Amy Nurtinie mencuri tumpuan juri-juri jemputan Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) dengan peratusan markah tertinggi pada hari finale berlangsung.


Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Kemenagan Amy Nurtinie dikongsi bersama ibu dan ayahnya yang turut hadir memberi sokongan

Tinie membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels, Gold Chain with Pendant bernilai RM5000, jam tangan Ice Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Merapati Tinie sebagai saingan, Nur Fatihah Sazali bergelar Naib Juara Pencarian Wanita Melayu yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00

Pendaftaran Pencarian Wanita Melayu musim kelima bersama penaja utama Habib Jewels dan Ice Watch bermula Januari lalu mendapat lebih 200 penyertaan online yang rata-ratanya dating daripada wanita Melayu pelbagai latar bidang kerja dan pengalaman. Sebanyak 3 peringkat uji bakat diadakan dan hanya 30 peserta dipilih ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 21 April lalu. Tahun ini 12 peserta dipilih ke peringkat akhir berlangsung cukup meriah dengan kehadiran para penaja, bekas pemenang Pencarian Wanita Melayu dan penyokong peserta finalis yang turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh Ismail Izzani.

Antara penaja lain yang menyumbang dalam PWM2018 adalah Elianto Makeup, Butik D’Qapas, Parca Apparel, Anytime Fitness, Arco.MY, OC (Original Classics), NR Cosmetic, Ashira Kasih Exclusive, Ani Catering & Wedding Planner, Satay Station, Shaiful Azli Affaley, Loreal by Naluri dan Chriszen Official.

Sesi Pertama : Pakaian Tradisional Dunia 

Sesi Kedua : Soalan Dari Juri 

Sesi Ketiga : Memperagakan pakaian dan barang kemas Habib Jewels

Sesi Keempat : Memperagakan pakaian dan jam tangan Ice Watch 

Senarai Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018


Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2018

Ikon Wanita Melayu 2018 : Amy Nurtinie Abdul Aziz

Naib Juara : Nur Fatihah Sazali

Tempat Ketiga : Alya Iman Abdul

Miss Personality : Huda Saber

Miss Photogenic : Siti Raihana Rahamat

Miss Social Media : Nur Ezzeyanti Natasha Norazman

Tentang Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam

Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Nasiron.

Tentang Plaza Shah Alam

Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.

Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guaman dan lain-lain. Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.

www.facebook.com/PencarianWanitaMelayu
www.plazashahalam.com
www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM
www.instagram.com/plazashahalam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال