Bufet Ramadan 2018 Semarak Rasa Melting Pot Cafe Hotel Concorde KualaLumpur

Bufet Ramadan 2018 Semarak Rasa Melting Pot Cafe Hotel Concorde Kuala Lumpur. Assalammualaikum semua! Kali ini ruby ingin kongsikan bufet ramadan yang menjadi pilihan ramai. Kalau tiba bulan Ramadan, Melting Pot Concorde KL pasti penuh dengan tetamu. Mana tidaknya, hidangan yang disediakan saban tahun sentiasa sedap dan tidak mengecewakan. Malah apabila makan di hotel, kita lebih selesa dan santai bersama keluarga. Kadang-kadang tidak sedar jam dah 10 malam. Hahaha.

Bufet Ramadan 2018 Semarak Rasa Melting Pot Cafe Hotel Concorde Kuala Lumpur

Ruby pernah hadir ke bufet ramadan Concorde KL pada tahun 2014, boleh baca di https://ruby.my/2014/07/buffet-ramadhan-2014-concorde-kl/. Lagi beberapa hari Ramadan bakal menjelma, Hotel Concorde Kuala Lumpur turut menyediakan promosi Bufet Ramadan ‘Semarak Rasa’ yang akan mempamerkan pelbagai hidangan menarik masakan klasik kampung dan kegemaran.

Promosi akan bermula pada 17 Mei hingga 14 Jun 2018 di Melting Pot Café. Berkongsi hidangan berbuka puasa bersama adalah tradisi yang indah. Bukan sahaja bufet Ramadan memberikan anda dan orang tersayang berkumpul, tetapi ia memberikan momen kebersamaan. Dari hidangan tradisional kampung ke kegemaran antarabangsa, keluarga anda akan menghargai iftar dengan makanan lazat ini. Kira-kira 150 hidangan akan dihidangkan setiap malam selama 30 hari!

Selain dari hidangan masakan kampung ini, pengunjung boleh merasai pelbagai hidangan sepanjang masa yang popular di Melting Pot seperti sup gearbox, sup tulang rawan, sup ekor, ikan bakar percik dan nasi briyani kambing. Sepanjang bulan Ramadan nanti, chef AKAN menyediakan tiga jenis bufet menu yang berbeza setiap hari.

Chef Dzulkarnain Salleh, Chef Rogayah Sharif dan Chef Azizah Abdul Malik

Sepanjang Bufet Ramadan 2018 “Semarak Rasa” Melting Pot Cafe Hotel Concorde Kuala Lumpur, 3 chef ini akan memberi kepuasan hidangan iaitu Chef Dzulkarnain Salleh, Chef Rogayah Sharif dan Chef Azizah Abdul Malik. Pada tahun ini, Chef telah menambah daya tarikan yang baru dengan makanan laut. Ketam goreng berempah, udang galah goreng berempah, lala goreng tiga rasa dan lala kam heong style.

Juadah Berbuka Puasa Bufet Ramadan 2018 “Semarak Rasa” Melting Pot Cafe Hotel Concorde Kuala Lumpur

Antara hidangan kampung yang istimewa dan tidak boleh dilupakan ialah ikan keli berlado, udang sambal tempoyak, siput sedut lemak cili api, siput sedut daun selasih, gulai urat lembu berserai, asam pedas ekor lembu bunga kantan, ayam masak ros, kurma telur, ikan patin masak tempoyak, pucuk manis dengan keledek, nangka lemak ikan bilis, dan daging dendeng kering berlado.

Pembuka Selera : Kerabu Udang Thai, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu Hati Ayam, Kerabu Limau Bali, Kerabu Mangga, Kerabu lsi Kerang, Kerabu Ayam Berkerisik, Kerabu Udang, Aneka Ulam, Sambal Belacan, Budu, Air Asam, Tempoyak, Cincaluk, Kerepek Pisang, Kerepek Ubi Pedas, Kerepek Ubi dan Papadom

On Ice Display : Green Shell Mussels, Fresh Flower Crab, Fiery Red Prawns, Tobasco, Cocktail Sauce, Lemon Wedges dan Wasabi

Sup Panas : Sup Gearbox, Sup Tulang Rawan, Sup Ekor, Sup Perut, Cream of Pumpkin Soup dan Bubur Lambuk

Hidangan Panas Malay Cuisine : Nasi Putih, Nasi Briyani, Kari Kepala Ikan, Ekor Asam Pedas Bunga Kantan, Lamb Shank Stew, Siput Sedut Daun Selasih, Paru Goreng Berlado, Gulai Urat Lembu Berserai, Sambal Udang Tempoyak, Kambing Masala, Daging Dendeng Kering Berlado, Ayam Lemak Pucuk Ubi, Sambal Kepah Minang, Daging Masak Kicap, Kailan Goreng Cili bersama Ikan Masin dan Pucuk Manis dengan Keledek

Hot Steamer : Steamed Fish with Ginger  dan Assorted Dim Sum

Carving Station : Kambing Panggang bersama Nasi Briyani

Teppanyaki : Udang, Ikan Salmon, Ayam, Daging Lembu dan Sotong

Live cooking : Lala Goreng Berlada

Action Station : Capati with Sambal Sardin, Roti John, Murtabak Ayam dan Ketam Goreng Berempah

Pemanis Mulut : Onde-onde, Kuih Lapis, Kuih Seri Muka, Kuih Talam, Kuih Talam Keladi, Kuih Keria, Kuih Cara Manis, Kuih Kaswi, Pulut Inti, Serawa Durian, Bubur Pulut Hitam, Bubur Jagung, Cream Caramel, Sago Gula Melaka, Pelbagai Kek, Pelbagai Pastri Perancis dan Buah-buahan

Goreng-Goreng : Cucur Kodok, Cucur Udang, Cucur Ikan Bilis dan Cekodok Plsang

Minuman : Sirap Bandung, Air Soya, Air Tebu, Teh Tarik!!!

Harga Bufet Ramadan 2018 Semarak Rasa Melting Pot Cafe Hotel Concorde Kuala Lumpur

RM 148.00 seorang dewasa
RM 74.00 seorang kanak-kanak (5 tahun – 12 tahun)

15% Diskaun pada 17 May hingga 20 May 2018 dan 11 Jun hingga 14 Jun 2018 iaitu RM 125.80 seorang dewasa, manakala kanak-kanak RM 62.90

21 May – 10 Jun 2018

RM 148.00 seorang dewasa
RM 74.00 seorang kanak-kanak (5 tahun – 12 tahun)

Jom Bufet Sahur Di Melting Pot Concorde Kuala Lumpur

Bagi mereka yang ingin ‘sahur’ (makan pagi), jom ke Melting Pot Hotel Concorde Kuala Lumpur untuk makanan yang terbaik. Antara kegemaran tempatan yang akan dihidangkan termasuk bubur lambuk, mee mamak, nasi lemak, bubur jagung, pelbagai sandwic dan banyak lagi.

RM 55.00 seorang dewasa

Waktu Hidangan :
Ahad hingga Khamis : 3.00am – 5.30am
Jumaat dan Sabtu : 11.00pm – 5.30am

Untuk tempahan, hubungi Melting Pot secara terus pada talian langsung +603 2717 2233. Sebarang pertanyaan untuk acara persendirian,  anda boleh menghantar e-mel ke [email protected].

Ulasan Ruby Tentang Bufet Ramadan 2018 Semarak Rasa Melting Pot Cafe Hotel Concorde Kuala Lumpur

Jika ke Concorde KL, masakan ketika pada bulan Ramadan memang terbaik. Semua hidangan yang disediakan memang sedap. Menggamit memori masakan mak masa zaman ruby sekolah dulu. Kalau berbuka tu pasti ada udang tempoyak, lala, ikan keli sambal, roti john, asam pedas, capati, onde-onde dan buah mata kucing. Huwaaa. Kita memang tidak boleh ulang kenangan masa dulu, tapi dengan hidangan berbuka puasa dari Melting Pot Cafe ni boleh buat ruby tersenyum. Air mata pun meleleh seronok. Rindu bulan Ramadan! Jemput datang ke Melting Pot Cafe pada bulan Ramadan ya! Selesa dan Makanan Enak

 

Selamat Berbuka Puasa

Concorde Hotel Kuala Lumpur
2 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: +603 2717 2233

www.facebook.com/concordehotelkualalumpur

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال