Mission Supersoft Original Wraps

Mission Supersoft Original Wraps. Assalammualaikum semua! Alhamdulillah misi untuk mengamalkan pemakanan yang sihat lagi jimat akan tercapai! Hahaha. Sebab ruby dah jumpa satu wrap. Wrap ini bernama Mission Supersoft Original Wraps. Nama produk dari Mission Foods Malaysia ini seakan-akan kena pula dengan tema diet kita kan. Adakah ia satu kebetulan atau penjenamaan produk ini memang hebat? Hehehe. Ruby ada pengalaman sadis bila buat wrap. Mesti  sambal tu menembusi wrap. Dah la kita nak balut kemas dan kalau boleh nak wrap kekal warna cerah bersih. Tapi ada tompok-tompok sambal. Adududu. Sudahnya ku layurkan di atas kuali leper wrap tu. Nampak macam burned skit la. Hahaha.

Mission Supersoft Original Wraps

Wrap kegemaran rakyat Malaysia kini lebih baik! Dengan menggunakan formula Supersoft yang lebih lembut, Mission Foods telah memberi penambahbaikan kepada wrap aslinya dengan melancarkan wraps asli lebih lembut atau lebih dikenali sebagai Supersoft Original Wraps. Wraps yang telah ditambahbaik ini kini lebih lembut dan mudah dibentuk, dengan tekstur cair di mulut bahkan ia lebih fleksibel untuk menyatukan semua bahan kegemaran anda.

Dikeluarkan oleh salah sebuah pengeluar tortilla, roti leper, dan tepung jagung terbesar di dunia, Supersoft Original Wraps yang lebih lembut ini bakal meningkatkan lagi kelarisan produk wraps dari Mission menyertai varian lain seperti 6-Grain, Bijirin Penuh, Bawang dan Kucai, Bawang Putih dan Kentang, kesemuanya akan ditambahbaik dengan formula Supersoft.

Mission Supersoft Original Wraps #softandstrong

Untuk mengetengahkan sifat lembut tetapi kuat bagi produk terbaharu ini, Mission Foods Malaysia melancarkan kempen untuk meraikan wanita bertemakan #softandstrong. Dikuasakan oleh personaliti besar dalam industri, kempen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan April dan meraikan sifat-sifat kewanitaan pada wanita sambil menonjolkan kekuatan dalaman mereka.

“Mission Foods sentiasa membuat peningkatan dan inovasi yang berterusan bagi memastikan kami terus memenuhi cita rasa dan membawakan idea untuk memberi inspirasi kepada pengguna kami. Supersoft Original Wraps terbaharu ini memberikan kami peluang untuk berhubung dengan pengguna wanita pada peringkat yang lebih dalam dan meraikan sifat mereka yang lemah lembut namun kuat, kerana ciri-ciri inilah yang ada dalam produk baharu kami,” kata Randall Tan, Pengurus Jenama, Mission Foods Asia Selatan.

Demo Masakan Dari Ning Baizura, Linora Low dan Francisca Turner

#Softandstrong telah menyatukan tiga nama besar – penyanyi ikonik Malaysia, Ning Baizura, personaliti kecergasan yang begitu berinspirasi Linora Low, dan usahawan berjaya di sebalik jenama Frankitas, Francisca Turner. Ketiga-tiga mereka ini adalah contoh sebenar wanita yang telah menghadapi dan mengatasi kesukaran dalam kehidupan untuk berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing

Sebagai permulaan pelancaran bersempena Hari Wanita Antarabangsa, ketiga-tiga personaliti ini berkongsi inspirasi dan petikan mengenai maksud #softandstrong kepada mereka. Mereka juga masing-masing telah mencipta empat resipi setiap seorang yang dimuatkan di dalam buku resipi Mission Foods, yang diberikan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dan Singapura dengan setiap pembelian produk-produk Mission Foods.

Resepi Passionfruit Crispy Layered Crepe dari Ning Baizura

Pada pelancaran kempen tersebut, Ning Baizura, yang turut dikenali sebagai salah satu daripada 3 Diva Malaysia telah menunjukkan demonstrasi penyediaan pencuci mulut kegemarannya, Passionfruit Crispy Layered Crepe. Walaupun diangkat sebagai salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia.

Ning turut melancarkan koleksi minyak wanginya sendiri dan akan membuka sebuah restoran, dan sangat berbangga menjadi seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki berusia 5 tahun. Ning turut berkongsi betapa pentingnya bagi gadis dan wanita muda untuk mengenalpasti kekuatan di dalam diri mereka sambil kekal dengan sisi kewanitaan masing-masing.

“Ia agak mencabar untuk memiliki nilai kelembutan dan kekuatan pada masa yang sama. Saya sangat gembira apabila terpilih sebagai salah seorang wakil untuk memberitahu kepada wanita di luar sana bahawa sekiranya saya boleh melakukannya, anda juga boleh,” kata Ning.

Resepi Wrap Kebab Ayam dari Linora Low

Bagi Linora Low, seorang penyampai radio, pengacara dan seorang pengamal pemakanan dan gaya hidup yang sihat, kempen ini amat bermakna baginya kerana ia menyuarakan misinya untuk menyebarkan mesej mencintai diri sendiri dalam kalangan wanita.

“Wanita biasanya disalah tafsir sebagai simbol jantina yang lemah kerana mereka lembut dan sensitif, tetapi kelembutan sebenarnya adalah kekuatan bukan kelemahan. Wanita boleh memindahkan gunung (melakukan perkara yang berat) dan bangkit sebaik sahaja minda ditetapkan dan ia adalah sisi lembut yang memberi kita empati untuk menjadi baik dalam keadaan kita menjadi kuat,” kata Linora ketika mendemonstrasi resipi Wrap Kebab Ayam.

Linora turut membakar hirisan wraps untuk menjadikannya lebih ranggup dan menambah rasa untuk resipi salad kegemarannya.

Resepi Murtabak Telur Gaya Bogor dari Francisca Turner

Francisca Turner yang merupakan pengasas Frankitas, sebuah jenama fesyen antarabangsa, menggambarkan perjalanannya sebagai seorang usahawan satu pengalaman yang mengubah hidupnya.

“Sebagai seorang usahawan anda memerlukan minda dan disiplin yang kuat tetapi anda juga perlu tahu bila untuk menjadi lembut – cukup untuk melentur, tetapi tidak mematahkan,” ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengulangi salah satu petikan yang dikongsi bersama dalam kempen ini.

Pada majlis pelancaran, Francisca berkongsi resipi kegemaran keluarganya, Murtabak Telur Gaya Bogor yang menggunakan kelembutan dan kekuatan membungkus kesemua bahan bahan dengan sempurna semasa digoreng.

Harga Mission Supersoft Original Wraps

Mission Supersoft Original Wraps ini yang dijual 8 keping dalam satu pek bernilai RM 7.90 sahaja.  Turut dijual bersama perisa lain (Mission Potato Wraps, Mission Wholegrain Wraps, Mission Garlic Wraps, Mission Onion & Chives, Mission Curry Wraps dan Mission 6 Grain Wraps) ia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya utama.

Mengenai Mission Foods

Mission Foods merupakan anak syarikat GRUMA, S.A.B. de C.V. GRUMA yang memulakan operasinya di Mexico pada tahun 1949. GRUMA merupakan peneraju global dalam pengeluaran tepung jagung dan ‘tortilla wrap’ dengan operasinya di Amerika Syarikat, Mexico, Amerika Tengah, Venezuela, Eropah, Australia, China dan Malaysia.

Dengan sokongan teknologi dan sumber global GRUMA, Mission Foods telah berkembang menjadi pengeluar terbesar bagi produk tortilla wrap dengan pengeluaran mencecah suku daripada keseluruhan jualan roti nipis atau flatbread di dunia dan juga menawarkan pilihan lengkap bagi tortilla wrap yang bermutu tinggi untuk memenuhi citarasa semua – dari tortilla tepung dan jagung yang terasa kesegarannya, sehinggalah pilihan lain seperti gandum penuh (whole wheat), multi-grain dan bebas-lemak yang juga popular.

www.missionfoods.com.my/en
www.facebook.com/missionfoodsmalaysia
www.instagram.com/missionfoods.my

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال