Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang acara yang ruby hadir baru-baru ini. Ruby tiba sahaja di dalam dewan, ruby lihat ramai pelakon veteran dan penyanyi veteran yang pernah menceriakan ruby ketika membesar. Selebriti yang hadir ini banyak berjasa kerana memberi inisiatif murni dalam menyampaikan dialog dan lirik kepada kita semua. Kita semua membesar dengan televisyen dan radio. Sedikit sebanyak selebriti ini lah yang memberi impak dalam kehidupan kita.
“Eh uncle tu dulu pelakon drama”, “eh uncle tu penyanyi lagu yang mak suka”, “eh aunty wan maimunah”. Ya Allah terus rasa sebak sebab rindu dengan lakonan dan nyanyian mereka. Mereka sudah berusia dan uzur. Tetapi senyuman mereka masih terpahat di ingatan ruby. Mereka semua kekal bersahabat sehingga hari ini. Tiada yang lama, maka tiada yang baru. Beruntung pelakon dan penyanyi muda zaman sekarang, anda ada sebab anda diinspirasikan dari mereka yang lama.
Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”
Memetik kata-kata Hukama’,
“Seandainya kita dikurniakan kawan yang setia, maka berbahagialah! Kerana kita telah dikurniakan kekayaan dunia yang paling kekal”.
Pelancaran Album Khas Nada Seni Ritma Negara “Kawan Setia” ini berhasrat memperingati setiap daripada kita akan peri pentingnya memupuk nilai-nilai kesetiaan dari dalam diri sendiri sebelum memandang ke luar mencari-cari siapakah kawan yang mahu setia dengan kita. Pucuk pangkalnya, diri sendirilah terlebih awal perlulah menyemai nilai-nilai kesetiaan itu. Jika ingin keikhlasan dalam persahabatan dan kekal selamanya, kita lah perlu mulakan dulu.
Justeru itu, pada Majlis Pelancaran Album Khas Nada Seni Ritma Negara ‘Kawan Setia’ ini, sejumlah besar warga Penggiat Seni Tanahair yang memerlukan sumbangan terutamanya golongan veteran telah diundang. Selain itu, Insan-Insan Seni, Seniman, Budayawan, Karyawan, Sasterawan, sehinggalah kepada para Penggiat Media Seni Tanahair juga dijemput bagi memeriahkan majlis agar mengeratkan siratulrahim sesama manusia.
Sesungguhnya, Iangkah ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak Kerajaan yang tidak pernah putus terhadap Insan-lnsan Seni khususnya dari lubuk hati terdalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor. Dari semasa ke semasa, keprihatinan itu diteruskan melalui pelbagai program dan inisiatif.
Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”
Pelancaran Album Khas ini adalah rentetan daripada pelbagai program yang telah dilaksanakan bagi mengiktiraf sumbangan lnsan-Insan Seni. Antaranya termasuklah Dialog Penggiat Seni TN50 bersama YAB Perdana Menteri pada tahun Ialu yang mendapat sambutan dl luar jangkaan; dan Majlis Berbuka Puasa lstimewa Ramadhan 2017 di Seri Perdana, Putrajaya. Tidak cukup dengan itu, dua siri program umrah telah dikhaskan kepada Penggiat Seni Tanahair iaitu Program Umrah Penggiat Seni I pada Januari Ialu, dan Program Umrah Penggiat Seni II pada penengahan April baru-baru lni.
Seandainya kita peka dengan Iafaz ucapan YAB Perdana Menteri, hampir setiap ucapan besar beliau tidak lupa untuk menyulamkan bait-bait petikan yang terilham daripada nukilan Para Penggiat Seni. lni sebenarnya adalah tanda penghargaan yang amat tinggi oleh YAB Perdana Menteri terhadap para Penggiat Seni Negara bagi yang memahami.
Datuk DJ Dave – Kawan Setia
Rentetan penghargaan ltu, makanya pada Perhimpunan Agung Umno 2017 lalu, YAB Perdana Menteri telah sekali lagl memetik bait-bait yang amat bermakna daripada lagu yang dipopularkan oleh Biduan Tersohor Tanahair, Datuk DJ Dave – Kawan Setia :
‘Sukarnya mencari kawan yang setia, yang sanggup menolong di masa kau susah. Kawan waktu senang, tak payah kau cari-cari, di mana saja mudah kau jumpa. Kawan yang setia ibarat cahaya, menjadi penerang masa kegelapan, Dia tak tergamak membiarkan kau sendiri Nasibmu pasti akan dibela”.
Dalam ucapan YAB Perdana Menteri pada Persidangan itu, Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dikategorikan sebagai memiliki kesetiaan seorang kawan yang dlcari-cari.
Komposer – S. Atan
Sehubungan itu tercetuslah ilham di pihak Pejabat Penasihat Perdana Menteri – bersama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih – untuk memperkembang lagi hasrat YAB Perdana Menteri melihat nilai-nilai kesetiaan dlsemai di kalangan masyarakat Negara kita ini. Lalu, seorang Tokoh Muzik Berpengalaman, S. Atan telah dipelawa sebagai komposer.
Maka terhasillah sebuah Album Khas dengan penuh ketelitian. Dua (2) buah Iagu: Kawan Setia dan NegaraKu Tercinta, adalah ciptaan S. Atan telah digubah semula. Susunan muzlk yang sesuai melengkapkan komposisinya. Setiap satunya dilringi tujuh (7) tambahan instrumen, antaranya ialah piano, akordian, dua gitar lead, satu gitar bass, biola, dan percussion. Ia bukan sekadar menghimpunkan semula Iagu-Iagu lama, tetapi telah menampilkan sentuhan baru yang memanfaatkan rakaman muzik secara live.
Selain susunan muzlknya digubah kemball, Datuk DJ Dave juga telah merakam semula vokal bagi kedua-dua Iagu itu. Bahkan Iirik bagi Iagu Negaraku Tercinta telah diperkemas secara bersama dengan Penasihat Kepada YAB Perdana Menteri Yang Berbahagia Datuk Seri Profesor Dr. Khairil Annas Jusoh agar relevan dengan perkembangan masyarakat di Negara tercinta ini.
Ringkasnya, Album Khas Nada Seni Ritma Negara ‘Kawan Setia’ ini menampilkan dua (2) buah Iagu: Kawan Setia (Ciptaan: S.Atan / Lirik: Haron Abdul Majid) dan Negaraku Tercinta (Ciptaan: S.Atan / Lirlk: DJ Dave, Zai, DSKAJ). Album lnl turut diiringi penghasilan sebuah Klip Video Khas yang mentafsirkan inti makna Kawan Setia pada lensa tersendiri.
Video Pelancaran Album Khas Nada Ritma Negara “Kawan Setia”
Selebriti – Selebriti Yang Hadir
Jika anda masih ingat dengan pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi ini, pasti anda tersenyum melihat kehadiran mereka ke majlis ini. Semoga usaha murni ini berterusan dan diberkati. Semoga nawaitu keprihatinan mumi YAB Perdana Menteri Mala sia Dato’ Sri Najib Tun Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, melalui usaha-usaha Pejabat Penasihat Perdana Menteri dan Yayasan Perdana Ummah ini akan membawa impak positif kepada Seni Negara. Paling terutama. moga-moga kelahiran album yang turut dikelola oleh Yayasan Mustika Kasih ini akan memperolehi keberkatan daripadaNya – melampaui apa yang dihasratkan secara manusiawi, lnsyaAllah.