Pengalaman Mencuba Raclette Fête Dan Keju Eropah. Assalammualaikum semua! Ruby ingin berkongsi tentang keju dan keju ini sangat istimewa kerana ia berasal dari Eropah. Kebiasaannya ruby hanya membeli keju Mozzarella, Parmesan dan Cheddar sahaja. Tetapi disaat ruby mencuba keju eropah, ruby baru faham kenapa keju ni unik dan sedap. Sumber dari susu apa dan berapa lama ia disediakan amat membuat ruby teruja ingin tahu tentang keju.
Sedikit info ruby ingin kongsikan tentanf keju yang biasa kita semua makan. Mozzarella adalah keju yang tidak berumur panjang dan oleh itu, ia lebih lembut. Ia kebanyakannya digunakan dalam pizza. Ia agak kenyal & mudah dicairkan di dalam ketuhar. Dibuat dari susu lembu atau kerbau air, ia berasal dari Itali. Parmesan di sisi lain biasanya berusia 3-8 bulan, yang menjadikannya agak keras dalam tekstur. Inilah sebabnya, ia digunakan terutamanya dalam salad & spageti. Parmesan terkenal kerana ia kaya rasa Umami. Dibuat daripada susu lembu, ia berasal dari Itali & berbentuk segi empat. Keju Cheddar mempunyai asal-usul di Somerset, England & berusia lebih 12-16 bulan. Ia berwarna putih kekuningan & biasanya rapuh dalam tekstur. Ia adalah keju yang susah dan tajam yang digunakan dalam keju panggang, sandwic.
Pengalaman Mencuba Raclette Fête Dan Keju Eropah
Jika satu-satunya keju cair yang anda pernah cuba ialah ketika menikmati piza atau roti bakar, ini bermakna banyak lagi yang perlu anda tahu mengenai keju cair ini. Tetapi apabila ia berkaitan dengan keju cair, tidak semua keju sama – sesetengahnya mencair lebih baik daripada yang lain, membolehkan teksturnya terurai, dan membangkitkan rasa dan citarasa.
Cef Pierre Gay, seorang artisan dan pakar keju yang berasal dari Perancis bukan sahaja mahir tentang keju tetapi juga merupakan seorang guru dan pakar mengenai keju telah berkongsi pengetahuannya mengenai keju Eropah pada parti Raclette yang dianjurkan bersama oleh Organisasi Tenusu Antara Perancis (CNIEL) dan Kesatuan Eropah (EU), untuk mempromosikan kelebihan dan kehalusan keju Eropah.
“Raclette merupakan konsep baharu di Malaysia dan bagi negara yang sangat sukakan keju, ini adalah pengalaman yang pastinya rakyat Malaysia tidak mahu ketinggalan” jelas Cef Pierre Gay.
“Raclette merupakan keju yang diperbuat daripada susu lembu dan dipanggang atau dicairkan di bawah haba sehingga cair, sedikit rangup dan biasanya diparut ke atas kentang, sayur-sayuran rangup atau daging kering” kata Cef Pierre Gay.
Cef Pierre Gay, Meilleur Ouvrier de France (MOF)
Chef memberitahu apabila melihat keju yang dicairkan dan diparut atau dikikis ke atas makanan merupakan sebahagian daripada pengalaman rangsangan deria bagi Raclette. Cef Pierre Gay merupakan pemilik Pierre Gay Fromagerie – salah sebuah rumah keju tertua di Annecy, Rhone-Alps di timur Perancis. The Fromagerie yang terkenal di rantau ini dengan kejunya telah dibuka pada 1935, dan Pierre mengambil alih syarikat tersebut daripada bapanya pada 1989. Dedikasi dan usaha Pierre selama ini berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai Meilleur Ouvrier de France (MOF) pada 2011, pengiktirafan tertinggi di dalam bidangnya.
Dia turut berkongsi rahsia mengenai pemilihan keju yang betul untuk Raclette iaitu kelembapan keju itu sendiri “Sekiranya keju tersebut mempunyai kelembapan yang tinggi, ia akan mencair dengan lebih baik. Lazimnya keju Eropah lebih sesuai untuk Raclette seperti keju Raclette, Emmental dan Comte. Sebaik sahaja keju mencair, ia akan mengeluarkan rasa yang berkacang dan manis”
Dengan misi untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kepelbagaian jenis keju Eropah dan cara terbaik untuk menikmatinya, Cef Pierre Gay memberi pandangan mengenai dunia keju Eropah pada Parti Raclette baru-baru ini di Cocott @ KL. Cef menggunakan keju Raclette yang dicairkan dalam mesin Raclette yang besar, kemudian dilapis di atas daging kering dan lain-lain makanan sampingan yang semestinya menggembirakan para tetamu.
“Keju Raclette adalah keju cair yang terbaik dan keju utama yang digunakan dalam raclette dan fondue. Mempunyai bau yang kuat tetapi sedap, tahap pH Raclette memberikan titik cair yang sempurna menghasilkan cecair yang berserabut tetapi masih mengekalkan bentuk yang sama” katanya.
Raclette Fête Dan Keju Eropah
Rakan-rakan media dan tetamu juga berpeluang mencairkan keju dan menikmati keju Brie, Reblochon, Fourme D’Ambert, Comte, Saint Nectaire, Gouda dan Scamorza di atas mesin Raclette bersama dengan sayur-sayuran mentah dan juga yang telah dimasak seperti hirisan lada Benggala, cendawan butang, tomato, jagung, hirisan bawang, nanas, kentang bakar, lobak merah dan kacang pis yang dimasak, hirisan buah pear, epal hijau dan anggur tanpa biji, bersama beberapa jenis daging seperti kambing, daging lembu, ayam dan sosej salai. Hidangan juga disertakan dengan roti baguette, hirisan seperti bawang kecil, timun, dan rempah seperti garam, lada hitam dan kepingan cili.
Dianggap sebagai salah satu makanan yang boleh dipelbagaikan di dunia, keju juga boleh dimakan begitu sahaja, digabungkan bersama wain yang berkualiti atau dicampurkan ke dalam apa juga hidangan – dari sejuk ke panas, manis hingga pedas, dari pembuka selera hingga pencuci mulut – kebanyakan resipi keju hanya memerlukan beberapa bahan tambahan untuk menjadikannya hebat. Dengan kawalan kualiti dan peraturan yang ketat di Eropah, keju Eropah sentiasa berkualiti tinggi, dan merupakan produk keju terbaik yang sentiasa tersedia untuk pengguna di Malaysia.
Raclette yang merupakan konsep baharu di Malaysia adalah cara terbaik untuk menikmati keju Eropah dan boleh dilakukan dengan mudah di rumah untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga, memberikan hidangan keju tradisional yang segar dan menyeronokkan. Rancang Parti Raclette anda sendiri dan bersedia untuk cair dengan keju Eropah yang terbaik di dunia.
Keju Di Seluruh Dunia
Sebanyak 195 negara terdapat di dunia. Pelbagai jenis keju juga tersedia. Setiap benua mempunyai jenis keju berlainan, susu berlainan dan rasa berlainan. Keju terhasil dari susu. Pelbagai cara menghasilkan susu tetapi sumber susu adalah dari haiwan seperti lembu, kerbau, unta, yak gurun, biri-biri dan kambing. Raclette adalah keju yang simpan selama 2 tahun. Bayangkan bagaimana proses menghasilkan keju ini. Ruby teringin nak tengok proses pemprosesan dan penjagaan keju. Lagi lama lagi sedap. Betul tak?
Video Ketika Ruby Mencuba Raclette Fête Dan Keju Eropah
Setelah mencuba keju-keju dari Eropah dengan cara berlainan selain dari memasak bersama pasta, ruby teruja mencuba keju dengan Raclette Grill. Seronok bila dapat mencuba keju-keju ini dan ruby semakin tahu perbezaan setiap rasa. Ada yang ketika panas sedap dan ketika sejuk menjadi terlalu masin. Ada yang boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu dicairkan. Malah ruby maka cheese dengan makanan kegemaran ruby iaitu sayuran, cendawan dan ayam. Deria rasa ruby semakin bagus dalam pemilihan keju juga semakin meluas. Sekarang, keju cheddar, parmesan dan mozzarella terlalu biasa! Hahaha! Buat anda semua, selamat mencuba Raclette Fête Dan Keju Eropah