Pereka Dalaman Profesional Daripada Atap.co

Pereka Dalaman Profesional Daripada Atap.co | Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi satu platform laman sesawang yang boleh membantu anda untuk mencari Pereka Dalaman Profesional untuk lakukan reka dalaman kediaman idaman anda. Bukan senang ingin mencari Pereka Dalaman yang faham keinginan kita, terutama bab bajet kewangan yang kita ada. Kalau murah, pasti nak kerja yang ikut jadual dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Pengubahsuaian dan dekorasi kediaman bukan untuk setahun dua, kalau boleh sepanjang hayat bersama keluarga masih sesuai. Jadi, kita boleh teruskan rutin harian dengan aman tenang. Balik rumah pun selesa.

Pereka Dalaman Profesional Daripada Atap.co

Pereka Dalaman Profesional Daripada Atap.co

Atap.co mengumpulkan Pereka Dalaman Malaysia dan ia adalah platform terbesar dan dipercayai untuk Pereka Dalaman dan Pemilik Harta Tanah. Laman web yang disediakan adalah selamat bagi pemilik harta tanah untuk mencari, dan mengupah firma reka bentuk dalaman yang telah disahkan untuk kesahihan dan legitimasi.

Pereka Dalaman adalah individu yang mempunyai idea kreatif bagi memberi kediaman anda mempunyai pengudaraan, pencahayaan, perabot, lampu chandelier, hiasan dinding, karpet, kabinet, langsir dan lain-lain. Reka bentuk dalaman adalah kombinasi seni dan sains untuk menyerikan bahagian dalam kediaman, pejabat, taman luar kediaman dan ruang yang anda inginkan kelainan.


Konflik Yang Sering Dihadapi Oleh Pereka Dalaman

  • Sering dikatakan mahal kerana kos perundingan, kos pengubahsuaian dan kos perjalanan
  • Pemilik Harta Tanah batalkan temujanji tanpa memikirkan kos perjalanan Pereka Dalaman
  • Perbualan tergantung diantara Pemilik Harta Tanah yang mengambil masa berbulan-bulan
  • Bayaran lambat dari Pemilik Harta Tanah
  • Tidak mengetahui butiran lanjut tentang Pemilik Harta Tanah. Warna yang diminati, konsep dan tema
  • Sering dianggap bahawa pereka dalaman adalah arkitek dan kontraktor binaan rumah.

Pereka Dalaman Profesional Daripada Atap.coPereka Dalaman Profesional Daripada Atap.coPereka Dalaman Profesional Daripada Atap.co

Salah Faham Yang Sering Dihadapi Oleh Pemilik Harta Tanah

  • Mudah percaya dengan iklan tanpa melihat portfolio syarikat Pereka Dalaman
  • Lebih mempercayai Pereka Dalaman yang disyorkan oleh rakan-rakan dan saudara mara
  • Tidak berani bertanya harga
  • Inginkan diskaun lebih
  • Tidak melakukan penyelidikan tentang rekaan yang diingini
  • Hanya suka mengikut trend rekaan dari gambar di internet dan social media tanpa memikirkan keluasan kediaman
  • Tidak melakukan perbandingan diantara syarikat Pereka Dalaman.
  • Ingin murah sehingga menggunakan kontraktor binaan rumah warga asing untuk dekorasi rumah. Aiyo!

Manfaat Mendapatkan Pereka Dalaman Profesional Daripada Atap.co

  1. Pemilik harta tanah boleh menyemak imbas portfolio pereka dalaman ataupun gambar-gambar bilik serta projek yang telah siap direnovasi.
  2. Kemudian anda boleh meminta sebut harga dari pereka dalaman pilihan atau menghantar permintaan am anda melalui Atap.co.
  3. Anda akan menerima sebutharga dan cadangan reka dalaman daripada beberapa pereka dalaman. Kemudian, anda boleh bandingkan cadangan-cadangan tersebut dan memilih pereka dalaman yang sesuai.

Bagi mencapai suasana yang lebih sihat dan lebih estetis yang menyenangkan bagi anda menggunakan ruang itu dengan lebih efektif. Pereka dalaman adalah seseorang yang merancang, menyelidik, menyelaras, dan menguruskan projek tersebut. Reka bentuk dalaman adalah dalam pelbagai rupa yang merangkumi pembangunan konseptual, perancangan ruang, pemeriksaan tapak, pengaturcaraan, penyelidikan, berkomunikasi dengan pihak berkepentingan sesuatu projek, pengurusan pembinaan, dan pelaksanaan reka bentuk.

Pereka Dalaman Profesional Daripada Atap.coPereka Dalaman Profesional Daripada Atap.co

Cara Menggunakan Platform Pereka Dalaman di Atap.co

  1. Daftar di Atap.co melalui link akaun facebook, google+ atau email anda
  2. Inspo Baord untuk anda muat naik gambar rekaan yang anda impikan
  3. Cari Pereka Dalaman Profesional di www.atap.co/malaysia/en/professionals
  4. Mudahkan carian anda dengan menapis pilihan idea. Pilih negeri, kawasan, pengubahsuaian yang diinginkan dan lihat gambar-gambar idea dari pelbagai syarikat pereka dalaman. Klik disini www.atap.co/malaysia/en/ideas
  5. Mudahkan carian anda dengan melihat projek yang sedang berlangsung dan telah selesai. Tapis projek anda dengan saiz keluasan kediaman, pejabat, pangsapuri, banglo, kondominium, semi-D, rumah kedai, pusat beli-belah, bangunan pencakar langit, teres, rumah bandar dan lain-lain. Kemudian masukkan nilai harta tanah dan pilih bajet projek anda di www.atap.co/malaysia/en/projects
  6. Masih tiada idea untuk pengubahsuaian kediaman anda? Anda boleh baca penulisan dari perunding pereka dalaman di www.atap.co/malaysia/en/advice
  7. Mohon sebut harga di www.atap.co/malaysia/en/quote-request?hl=ms#!


Pengalaman Ruby mencari pereka dalaman memang tidak seronok dulu, sebab masa tiga tahun lalu tiada platform seperti Atap.co. Beruntung anda semua boleh membuat perbandingan rekaan, harga dan idea dari konsultan tersedia untuk anda pilih. Teringat masa ruby mencari pereka dalaman untuk bahagian dapur. 

Ketika itu memang jimat bajet, ruby nak buat satu-satu bahagian rumah dahulu. Ruby mulakan bahagian dapur. Setelah mengalami situasi yang tidak berapa seronok, ruby tidak meneruskan lagi deko rumah. Tunggu anak-anak dah sekolah rendah nanti baru kembali menghias rumah dengan bantuan Atap.co. Hehehe.

www.atap.co/malaysia/en
www.facebook.com/atapdotco/
www.twitter.com/atapdotco
www.instagram.com/atapdotco

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال