Food Discovery Bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM). Assalammualaikum semua! Wah sedar tidak sedar program ini telah berjaya dan ruby belum kongsikan bersama anda semua betapa ruby seronok sangat dapat sertai Food Discovery bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM). Ruby dapat pandu uji Tiguan Highline, Beetle Sport, Vento Highline, Golf Sportline dan Passat Comfortline Plus secara bergilir-gilir dengan kak hanny dari www.diarymama.com
Food Discovery Bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Seawal jam 6 pagi ruby sudah bersiap untuk hantar anak ke playschool dan bergegas ke Volkswagen Sri Hartamas. Jam 8 pagi ruby sudah tiba dan ruby dijamukan dengan hidangan kuih tradisional. Sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan adalah sangat penting, agar pemanduan lebih fokus dan selamat.
Kemudian Cik Isabella dan Encik Ryan memberi penerangan tentang perjalanan sepanjang hari tersebut. Kereta apa akan ruby pantu, nombor giliran, GPS, keselamatan, siapa marshall dan aktiviti. Terdapat 5 kereta keseluruhannya iaitu :
- Tiguan Highline
- Bettle Sport
- Vento Highline
- Golf Sportline
- Passat Comfortline Plus
3 Driving Course
Sepanjang memandu kenderaan Volkswagen, ruby hanya tahu kereta ini kereta buatan eropah, ruang kabin yang senyap dan jimat minyak. Tetapi bab pandu uji keselamatan dan kehebatan sistem brek, memang ruby tidak pernah cuba. Ruby kan perempuan, memandu pun cermat je. Hahaha. Tetapi kita perlu tahu tentang fungsi ini agar kita lebih bersedia. Jika anda perasan, tidak selamanya kita pandu cermat kan? Ada kalanya laju juga. Maka, serasi tak keadaan kereta kita pandu untuk sebarang keberangkalian? Macam topik serius!
Ruby berkesempatan memandu kereta jenama pesaing. Ruby dapat rasakan perbezaan pengendalian stering dari sesebuah kenderaan.
Jenama HC vs Volkswagen Passat : Ruby dapat rasakan betapa tegap pemanduan, stering berat dan selamat ketika membuat pusingan kecemasan. Walaupun Volkswagen Passat tu panjang dan besar, kita sebagai pemandu mampu mengawal kenderaan sepenuhnya. Ruby pandu kereta lagi satu dan rasa terlalu ringan ketika memegang stering membuat pusingan kecemasan. Fuh berdebar!
Volkswagen Vento vs Jenama TV : Mencuba untuk break kecemasan dan mengejut, memang sukar untuk para wanita lakukan. Tetapi apabila sekali sudah melakukan, rasa nak cuba semua break dari kereta Volkswagen. Sebab pijak break, pulas stering ke kanan dan terus berhenti. Itu sangat bagus. Sebab kebanyakan kemalangan jalan raya adalah sebab break yang tidak cekap. Kereta terbabas dengan lebih teruk. Takutnya!
Jenama MCX5 vs Volkswagen Tiguan : Kedua-dua kereta ini adalah SUV. Ramai yang takut-takut untuk memandu kenderaan SUV kerana risau keluasan dan lebar kenderaan ini di atas jalan raya. Sesuatu kenderaan perlu serasi dengan diri kita. Agar kita boleh pandu dengan cermat dan selamat. Volkswagen Tiguan mempunyai break yang cekap dan keselesaan penumpang tiada bandingannya. Walaupun besar, semasa membuat selekoh dan break ia dapat dikawal dengan baik! Bagusnya!
Walau apa pun keadaan, sila pakai tali pinggang keledar!
Nam Wah Kopitiam in Pekan Batu 18, Hulu Langat, Selangor
Perjalanan pertama kami ke kopitiam popular oleh komuniti berbasikal Lembah Klang. Selain itu, Orang Asli, Melayu dan Cina dari kawasan sekitar ini sering dilihat menghirup kopi O atau makan nasi lemak. Nam Wah juga sangat popular untuk roti bakar Kaya & Butter, roti kukus, telur ayam kampung separuh masak dan minuman barli buatan sendiri.
Nam Wah Kopitiam juga menghasilakn kaya sendiri. Pelanggan mereka dari Singapura amat meminati kopitiam ini. Mungkin kerana selesa dengan keadaan kedai yang bersih dan udara luar yang segar. Hidangan lain yang terkenal termasuk ayam kari mereka, ia sangat sesuai dimakan bersama roti Hainan mereka.
Nasi Lemak : RM 1.60
Roti Bakar Butter : RM 2.20
Roti Bakar Steam : RM 1.60
Barli Sebotol : RM 3.40
Telur Ayam Kampung : 2.60
Nam Wah Kopitiam Batu 18
40, Batu 18, Hulu Langat,
43100 Selangor Darul Ehsan
Elda’s Farmhouse Di Semenyih
Permata tersembunyi jauh dari hiruk-pikuk kota, dengan suasana kampung santai yang menyenangkan. Elda’s Farmhouse dinamakan sempena dirinya, Kak Elda. Restoran ini juga adalah berkonsep penginapan rumah dan mempunyai dapur peribadi. Elda’s Farmhouse menggunakan ladang dan peralatan kampung sebagai sebahagian daripada hiasannya. Apa yang membuatkan Elda’s Farmhouse sentiasa mendapat kunjungan adalah kerana pengalaman tiap tetamu disini. Kami selesa seharian di sini. Tambahan aunty Elda memasak menggunakan bahan-bahan dari hasil tanamannya. Sesuatu yang istimewa adalah, tetamu tidak tahu apa yang akan dihidangkan di meja! Hehe.
Masak Bersama Aunty Elda
Setelah kekenyangan makan masakan aunty Elda, demo memasak sambal udang turut diadakan. Semua bahan adalah organik dan sangat mudah! Tips juga diberikan oleh aunty Elda sebab ruby kan muda lagi bab memasak ni. Sebagai contoh kalau tidak mahu minyak bergelumang dalam sambal udang, tarik-tarik ke tepi sambal dan udang. Nanti anda akan lihat minyak berkumpul di tengah kuali. Kemudian senduk RM 1 lebih hebat dari yang mahal tau. Hahaha. Aunty sangat mesra, nanti nak tanya resepi ikan halia tu. Sampai sekarang ruby mengidam.
Elda’s Farmhouse
LOT 470A, Jalan Bangi Lama
Semenyih
www.facebook.com/eldafarmhouse
Lee Wah Popiah
Perniagaan keluarga diteruskan selama tiga generasi, ini adalah sangat otentik kerana seseorang boleh mendapatkan makanan pembuka yang popular di Malaysia dimana-mana aja. Tetapi dari Lee Wah Popiah, bahan-bahan segar yang digunakan akan membuka selera anda. Sengkuang kepada kacang asas yang digunakan dan isi kandungan lain hanya penyedap. Tetapi, rahsia sebenar adalah di kulit popiah buatan sendiri, ia mempunyai tekstur yang kenyal dibandingkan dengan yang biasa dijual. Selain itu, tampalan cili mereka memberikan rasa keseluruhan. Yummy! Popiah istimewa ini hanya terdapat di rumah mereka di Tanjung Sepat!
Isi kandungan Lee Wah Popiah
- Kulit popiah buatan sendiri
- Sambal belacan
- Daun salad
- Kacang Goreng
- Taugeh
- Sengkuang special
- Bawang goreng
- Timun
Milky Whey Cheese
Pelancaran Anissa Iwan ke dunia pembuatan keju bermula pada tahun 2012, di rumah asalnya di Jakarta, Indonesia. Setelah mengembara secara meluas di Eropah, dia kagum dengan rasa dan pelbagai keju yang terdapat di sana. Bagaimanapun apabila dia kembali ke Asia, dia mendapati bahawa keju tidak begitu pelbagai. Dirangsang untuk memburu Mozzarella yang baik, Anissa memutuskan untuk membuatnya sendiri. Belajar melalui internet, buku dan menghadiri kelas.
Tetapi pengetahuannya berkembang sepenuhnya apabila dia mendapati forum pembuat keju dalam talian. Pada tahun 2014, suami Anissa berpindah ke Malaysia, di mana beliau meneruskan perniagaannya. Klien tetapnya adalah penduduk tempatan atau Asia, dan mereka pergi ke rumahnya untuk membeli. Sejak menjual keju di bazar tempatan, Milky Whey telah meningkatkan perniagaannya dengan pesat. Sekarang Anissa sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat teh tempatan untuk bekerjasama diantara teh dan keju. Dia juga boleh mengajar cara membuat keju kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar.
Online order : +60166220361
www.facebook.com/milkywheycheese
Terima kasih Volkswagen Malaysia kerana sudi menjemput ruby ke Food Discovery Bersama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM). Buat anda yang ingin mencuba pandu uji kenderaan Volkswagen, kunjungi bilik pameran berdekatan anda!
www.volkswagen.com.my
www.facebook.com/VolkswagenMalaysia
www.instagram.com/volkswagenmalaysia