Jom Berbuka Puasa Di Iftar@KL 2018

Jom Berbuka Puasa Di Iftar@KL 2018. Assalammualaikum semua! Sedar tidak sedar, dah 7 tahun rupanya program Iftar@Kuala Lumpur ni. Ruby tahu program ni melalui rakan-rakan facebook yang sertai berbuka puasa di sini. Pada mulanya ruby fikir, ala untuk orang bujang boleh la join. Ruby ada anak kecil dan suami, agak sukar untuk ke Dataran Merdeka. Risau keselamatan anak-anak dan keselesaan mereka. Tapi! Sangkaan ruby meleset apabila pelbagai usaha telah disediakan. Tempat solat, makanan berbuka, kaunter bayaran zakat, agihan bubur lambuk, belajar mengaji dan macam-macam lagi. Jadi, kenapa perlu risau apabila kita membuat amal ibadat bersama keluarga. Iftar@Kuala Lumpur dilakukan pada sabtu dan ahad setiap hujung minggu bulan Ramadan. Bagus kan?

Jom Berbuka Puasa Di Iftar@KL 2018

Berbuka puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam suasana senja telah menarik kehadiran pengujung tempatan dan antarabangsa sejak ia dilaksanakan enam (6) tahun yang lepas yang pada mulanya dilaksanakan 2012 – 2014 menerusi program Festival Ramadan dan dijenamakan semula Iftar@KL pada 2015.

Iftar@KL 2016 telah berjaya menarik kehadiran khalayak keseluruhannya seramai 17,250,600 orang khalayak merangkumi khalayak di lokasi, khalayak media, paparan blog dan media sosial oleh para blogger yang menulis tentang Iftar@KL 2016. Manakala kehadiran pelancong tempatan berjumlah 66,080 orang manakala seramai 16,520 orang kehadiran pelancong luar negara yang terdiri dari pelancong timur tengah, negara Asean, Korea Selatan, China, Jepun, Sepanyol, Itali, Jerman, Belanda, Amerika Syarikat serta Perancis.

Manakala Iftar@KL 2017 pula menyaksikan peningkatan jumlah pengunjung sepanjang enam (6) hari setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadan ialah seramai 93,588 orang pengunjung termasuk pengunjung luar negara seperti Brunei, Thailand, Singapura, Indonesia, Kazakhstan, Korea Selatan, UAE, dan Kanada.

Tahun Ke-7 Iftar@KL 2018

Bagi tahun ke-7 ini, Iftar@Kuala Lumpur 2018 yang akan berlangsung di bulan Ramadan 1439H sebanyak enam (6) kali pada tarikh 26&27 Mei 2018, 2&3 Jun 2018, 9&10 Jun 2018 (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad). Urus setia telah berusaha melakukan penambahbaikan penganjuran yang diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Iftar@KL 2018 bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti. Urus setia berusaha membawa Iftar@KL 2018 sebagai satu program keperluan pelancongan secara islamik dan platform menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Seni dan Budaya di peringkat Antarabangsa.

Aktiviti Di Iftar@KL 2018

Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum. Melalui program seumpama ini, umat Islam digalakkan untuk mengejar ganjaran dan kenikmatan bulan yang penuh berkat.

Kelainan pengisian IFTAR@Kuala Lumpur 2018, sebanyak lima belas (15) komponen pengisian aktiviti berbanding empat belas (14) aktiviti pada tahun 2016 & 2017 yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersama Rakan Pengajuran Bersama (NBOS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia

Agensi Yang Terlibat Sepanjang Iftar@KL 2018

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Masjid Jamek Kampong Bharu, Alam Flora, Food Truck Entrepreneurs dan Sukarelawan Budaya JKKN serta Voluntourism di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu :

Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk, Pameran Bubur Lambuk, Produk Pakej Umrah, Tadarus Al-quran, Sukarelawan, Klinik Tahsin Al-Quran, Jualan Food Truck, Kaunter Zakat, Mobile CTC, Kaunter Sumbangan, Majlis Berbuka Puasa (Iftar), Solat Berjemaah (Maghrib, Isyak dan Terawih), Bicara Ramadan (Ramadan Talk), Konsert Ramadan dan Moreh.

Voluntourism Di Iftar@KL 2018

Bagi anda yang meminati untuk menjadi sukarelawan sepanjang program Iftar@KL 2018, ada boleh hubungi nombor yang tertera di poster.

Selebriti Yang Terlibat Sepanjang Iftar@KL 2018

Melalui program ini juga, akan dihiburkan oleh Kumpulan Nasyid terkenal Tanah air iaitu Kumpulan Hijjaz, UNIC, Raihan dan artis-artis nasyid yang lain manakala penceramah terkenal akan dijemput untuk memeriahkan program sepanjang iftar@Kuala Lumpur 2018 berlangsung iaitu Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, YBhg. Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias, YBhg. Dato’ Ustaz Badlishah Bin Alauddin, YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan PU Azman.

Mengenai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

JKKN ialah sebuah agensi di bawah Kementerian pelancongan dan Kebudayaan yang bukan sahaja menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia malah menyemarakkan nilai-nilai murni, semangat perpaduan, penyelidikan, kerohanian, dan mengetengahkan majlis-majlis Ilmu yang berlandaskan kecintaan kepada Negara.

Melalui Iftar@Kuala Lumpur 2018, bulan Ramadan dijadikan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam memupuk nilai-nilai murni terutama masyarakat kota.

www.jkkn.gov.my
www.facebook.com/mysenibudaya

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال