Ramadan Raya Bersama Chef Wan

Ramadan Raya Bersama Chef Wan. Assalammualaikum semua! Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana ruby dapat bertemu dengan chef idol ruby iaitu Chef Wan. Misi untuk bergambar terlaksana jua! Ruby memang suka dengan cara Chef Wan berkongsi resepi dan ketika rancangan masak-masak. Sebab nampak beliau begitu ikhlas dan nak semua penonton faham. Selain daripada berkongsi resepi, Chef Wan akan selitkan dengan tips dan kisah pengalaman hidup beliau sebagai tukan masak antarabangsa.

Ramadan Raya Bersama Chef Wan


Ramadan Raya Bersama Chef Wan

Pada bulan Ramadan, ruby sekeluarga akan membuat kuih tart nanas dari resepi chef. Malah itu adalah perniagaan ibu ruby dari 1980-an. Bayangkan lah dari ruby malas menggengtel inti nanas, sekarang ruby pula ternanti-nanti bulan Ramadan. Sebab nak buat kuih raya. Hehehe. Bulan Ramadan dan Syawal pastinya adalah bulan yang paling dinantikan kerana banyak juadah tersedia. Pelbagai resepi akan dicuba. Malah, mereka yang tidak pandai masak pun akan pandai memasak. Google je resepi, pasti terpapar. Hehe

Gabungan yang sempurna, peneraju roti leper Mission Foods dan produk tenusu terbesar Emborg telah bergabung melancarkan kempen #perfecttogether bersama lagenda kulinari, Cef Wan. Kempen #perfecttogether ini menjanjikan kelainan kreativiti resipi hasil daripada gabungan kedua-dua produk jenama ini dengan pelbagai cara yang lazat dan menyenangkan.

Sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelangnya Hari Raya, Cef Wan akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya yang akan digabungkan bersama produk Mission Foods dan Emborg. Sebanyak 10 resipi #perfecttogether mudah dan cepat boleh didapati secara dalam talian dalam bentuk video yang boleh ditonton oleh pengguna sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja mereka berada.

Kolaborasi bersama Mission Foods dan Emborg

“Kolaborasi bersama Mission Foods dan Emborg untuk kempen ini benar-benar merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan berinspirasi. Ramadan dan raya segala-galanya mengenai keluarga, sahabat dan orang tersayang untuk berkongsi makanan sama ada ketika bersahur atau pun sewaktu berbuka puasa. Oleh itu, resipi-resipi ini dihasilkan bersama gabungan bahan-bahan terbaik daripada Mission Foods dan Emborg. Kedua-dua produk ini benar-benar #perfecttogether” kata Cef Wan, seorang tukang masak antarabangsa yang terkenal dan juga merupakan “khazanah” negara.

Baru-baru ini, satu sesi ramah mesra bersama media telah diadakan sempena pelancaran kempen #perfecttogether. Para tetamu berpeluang menjadi orang pertama untuk mendalami kempen tersebut dan tidak ketinggalan demonstrasi masakan oleh cef selebriti, Cef Wan sendiri. Antara resipi yang menjadi pilihan ialah wraps murtabak kambing, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang. Dalam demonya, Cef Wan turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan. Penonton menjadi saksi makanan yang dibuat menggunakan Mission Foods dan Emborg mudah, berkhasiat dan enak – menjadikannya makanan ideal untuk Ramadan di mana masyarakat lebih cenderung meminimumkan masa untuk memasak ketika Ramadan.

Wraps Murtabak Kambing


Piza Tuna Pedas Dan Ikan Bilis


Wraps Tat Keju Kelapa Dan Pisang


Kerjasama #perfectogether dari Mission Foods dan Emborg

“Kerjasama #perfectogether dari Mission Foods dan Emborg menggabungkan tekstur dan campuran bahan-bahan berkualiti, pelengkap antara satu sama lain. Kepelbagaian produk Mission juga adalah kanvas yang sempurna untuk menghasilkan apa juga jenis resipi Malaysia, dari Naan hinggalah Supersoft Wraps dan kerepek jagung ranggup yang kaya dengan pelbagai perisa. Produk-produk Emborg seperti Cook & Bake, keju Cheddar Topping, mentega dan krim memasak menambahkan lagi keenakan rasa di dalam setiap masakan” kata Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan.


Bercakap mengenai kerjasama tersebut, Kennet Paulsen, Country Manager untuk Emborg berkata, “Kami sentiasa mencari cara dalam usaha meningkatkan pengalaman para pengguna untuk menikmati produk kami dan kolaborasi #perfecttogether antara Emborg dan Mission Foods pastinya cara sempurna untuk menjayakan usaha ini. Pengguna menikmati produk Emborg yang paling baik kualitinya dan kini kami menggabungkan dengan produk Mission Foods dalam resipi yang lazat sepanjang Ramadan dan Hari Raya yang menjelang tiba.”

Jangan ketinggalan, kempen akan bermula Mei ini dan ia pastinya akan membangkitkan selera anda dengan resipi yang mudah disediakan untuk sekeluarga. Kesemua siri resipi ini juga akan dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Misssion Foods Malaysia, Emborg dan media sosial Cef Wan untuk dinikmati semua.

Mengenai Mission Foods

Mission Foods merupakan anak syarikat GRUMA, S.A.B. de C.V. GRUMA yang memulakan operasinya di Mexico pada tahun 1949. GRUMA merupakan peneraju global dalam pengeluaran tepung jagung dan ‘tortilla wrap’ dengan operasinya di Amerika Syarikat, Mexico, Amerika Tengah, Venezuela, Eropah, Australia, China dan Malaysia. Dengan sokongan teknologi dan sumber global GRUMA, Mission Foods telah berkembang menjadi pengeluar terbesar bagi produk tortilla wrap dengan pengeluaran mencecah suku daripada keseluruhan jualan roti nipis atau flatbread di dunia dan juga menawarkan pilihan lengkap bagi tortilla wrap yang bermutu tinggi untuk memenuhi citarasa semua – dari tortilla tepung dan jagung yang terasa kesegarannya, sehinggalah pilihan lain seperti gandum penuh (whole wheat), multi-grain dan bebas-lemak yang juga popular.

www.missionfoods.com.my/en
www.facebook.com/missionfoodsmalaysia
www.instagram.com/missionfoods.my

Mengenai Emborg

Emborg merupakan jenama milik keluarga yang diasaskan pada tahun 1974 di Eropah. Dengan Emborg, anda mendapat produk makanan mesra keluarga yang bermutu tinggi di samping mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi pada harga yang berpatutan. Emborg menawarkan kepelbagaian produk dari seluruh dunia, dari produk tenusu seperti krim, mentega dan keju sehinggalah sayuran sejuk beku seperti jejari kentang (French Fries) dan sayuran organik. Untuk kesemua produk, kami mementingkan kualiti yang tinggi. Produk-produk dihasilkan dengan mengutamakan khasiat, menjadikannya menyelerakan dari segi rasa – dan masih pada harga yang berpatutan.

www.emborg.com
www.facebook.com/EmborgMalaysia
www.instagram.com/emborgasia

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال