Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim. Assalammualaikum semua pembaca ruby.my. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling ruby nantikan dan tertunggu-tunggu. Bila makin hampir, makin lahir perasaan rindu kepada saudara mara dan kenangan masa kecil. Ruby tidak pasti sama ada anda juga mengalami keadaan itu, ia sesuatu yang membuatkan kita berasa rendah diri dan tercari-cari cara untuk mendekatkan diri kita dengan kenangan itu.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Bila dah bergelar isteri dan ibu, bulan Ramadan paling ruby sibuk. Sebenarnya sebelum bulan Ramadan juga sudah sibuk memikirkan persiapan raya. Nak ruby kongsikan apa aktiviti ruby sepanjang bulan Ramadan untuk persiapan raya? Nanti ruby kongsikan pada artikel seterusnya ya. Bahagian paling sukar untuk ruby sepanjang bulan Ramadan adalah perancangan untuk membahagiakan suami, anak-anak, keluarga emak ruby dan keluarga mentua. Ruby mempunyai 3 orang adik beradik perempuan, dua daripada kami sudah berumahtangga dan satu lagi berhijrah ke Johor untuk bekerja di sana.

Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Sepanjang bulan Ramadan, ruby sentimental skit. Rasa nak jumpa semua ahli keluarga. Kemudian berbuka bersama, solat berjemaah, bersedekah, buat kenduri moreh dan tahlil. Seronok bila berkumpul dengan semua ahli keluarga. Sebab masa ruby bujang dulu, tiap hari boleh memasak dengan emak, kami berniaga di Bazaar Ramadan. Pakcik saudara, makcik saudara juga selalu datang berbuka bersama. Meriah betul suasana. Kalau bulan Ramadan, makanan paling best. Macam-macam ada! Kadang kena perli, “dah masuk Isyak ni, tak habis lagi makan?”. Hahaha! Betul tak Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim?

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Balik Kampung Mentua Di Kuantan, Pahang

Bila berumahtangga, keluarga menjadi semakin besar. Maka plan untuk pulang ke kampung juga sering berubah. Jika dulu, plan sentiasa tidak menjadi apabila cuti pekerjaan tidak lulus. Sekarang, tidak balik kampung sebab kenderaan sedia ada tidak boleh mendaki Genting Sempah dan perjalanan jauh. Ruby berpeluang memandu Volkswagen Passat Comfortline PLUS selama 3 hari 2 malam. Ia memori yang sangat indah. Sebab berpeluang berbuka puasa bersama keluarga suami di kampung. Anak ruby paling gembira, dapat bermain dengan sepupu, bergurau dengan Atok dan Wan. Ruby pula teruja dengan Bazaar Ramadan di Kuantan. Murtabak besar-besar dan persekitaran bersih.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Menjahit Pakaian Raya Sekeluarga

Ruby beruntung kerana memiliki keluarga yang serba boleh. Hahaha. Ruby sekeluarga akan menghantar kain ela kepada angah. Adik ruby ni ada perniagaan menjahit pakaian, setiap kali seminggu sebelum bulan Ramadan pasti ruby dah hantar kain kepada dia. 2 pasang baju melayu untuk setiap seorang hero ruby. Kemudian 2 pasang baju kurung kedah untuk ruby. Dijangka siap dua hari sebelum raya. Yahoo. Jadi bab pakaian raya dah selesai. Sebab ruby suka sedondon. Kalau nak beli pakaian yang dah siap jahit dan sedondon warnanya memang susah. Sebab pernah buat masa tahun pertama perkahwinan. Cari pakaian di Jalan TAR dan warna yang sedondon tiada. Kami beraya baju warna warni. Hahaha.

Dengan cara ini ruby dapat eratkan siratulrahim sesama adik-beradik. Sambil itu, menambah pendapatan dia. Alhamdulillah.

Salam Aidilfitri Dari Ruby Sekeluarga!

Berniaga Kuih Raya

Emak ruby masih bekerja dan tinggal bersendirian. Kami kadang-kadang berjumpa, sebab mak di Damansara sahaja. Cuma, ruby rasa sangat jauh dengan mak ruby sebab ruby terlalu sibuk uruskan keluarga ruby. Masa bulan Ramadan ni ruby uruskan perniagaan kuih raya emak, kami jadi kerap berjumpa dan setiap kali jumpa, ruby mesti teringat kenangan beraya sebelum berkahwin. Tidak perlu runsing fikir kewangan pulang ke kampung, kemas pakaian hanya pakaian ruby sahaja. Segalanya mudah. Jumpa saudara mara, peluk dan cium pipi. Ahh rindunya.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim
Pelanggan Tetap. Hehe. Terima kasih kak Sal, Bob dan Rina

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Hubungan Baik Industri Digital

Anda semua sedia maklum, ruby adalah penulis blog. Setiap tahun, ruby akan manfaatkan pada bulan Ramadan ini untuk eratkan siratulrahim bersama syarikat rakaman, selebriti dan rakan-rakan media. Inilah tanda penghargaan dari mereka kepada ruby dan tanda sokongan ruby kepada mereka. Pelbagai acara diadakan dah diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Semoga kehidupan kita diberkati dan dimurahkan rezeki!

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Tips Pemanduan Bersama Volkswagen Passat Comfortline PLUS

Kenderaan memang sangat penting. Ia ibarat diri kedua kita, sama penting dengan nyawa kita. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang kita sayang. Dekatkan keluarga kita yang jauh. Jadi, bagaimana persiapan anda untuk kekal ceria, bersemangat dan jaga keselamatan penumpang ketika pulang ke kampung? Ruby ingin kongsikan dengan anda, tips yang ruby sering lakukan walaupun kereta Volkswagen Passat Comfortline PLUS adalah sangat hebat dengan fungsi elektroniknya.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Apabila elektronik sensor dan paparan skrin kenderaan Volkswagen tidak menunjukkan sebarang masalah, anda sudah selesai satu bab iaitu persediaan kenderaan. Jika dulu, ruby akan cek minyak hitam, minyak gear, minyak brek, bateri kereta, tekanan tayar, tukar wiper dan lampu secara manual. Sekarang apabila fungsi elektronik memudahkan untuk memberi tanda amaran jika ada kekurangan. Maka terus hantar ke Volkswagen Service Center yang dipercayai.

Selain dari itu, lakukan semakan terakhir sebelum pulang ke kampung. Perjalanan pulang ke kampung memang seronok kepada penumpang. Tetapi memenatkan kepada pemandu. Jadi, ruby akan sediakan snek kudapan untuk kami sekeluarga. Ada asam buah prune, gula-gula, keropok, minuman bertenaga dan susu untuk anak-anak ruby. Sebab kanak-kanak kalau diberi susu, mereka mudah tidur. Bagasi dan buah tangan untuk ibu bapa di kampung juga sudah masuk ke dalam ruang bonet. Sediakan child car seat ISOFIX untuk anak-anak dan Buckle Up!

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

VLOG Tradisi Ramadan Bergaya Raya

Penjimatan Minyak Bagi Volkswagen Passat Comfortline PLUS

Untuk pengetahuan anda bahawa 1 kali isian minyak penuh untuk Volkswagen Passat Comfortline PLUS adalah sebanyak 66 Liter dan bernilai RM 120 bagi RON 95. Penggunaan bahan api juga dapat dikesan dari cara pemanduan kita.

  • Urban l/100km: 7.1
  • Extra-urban l/100km: 4.9
  • Combined l/100km: 5.7
  • Co2 emission combined, g/km: 129

Jimat sehingga RM15,000 apabila anda menempah Volkswagen Passat Comfortline PLUS sebelum 30 Jun 2018.

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Seperti yang anda mahukan. Sekarang, untuk masa yang terhad sahaja, Passat 1.8TSI boleh didapati dengan penjimatan sebanyak RM15,000 sebelum 30 Jun 2018. Ciri-ciri peralatan Passat 1.8TSI:

  • 1.8TSI langsung menyuntik enjin turbocharged
  • 7 kelajuan DSG (Direct Shift Gearbox)
  • Push start button
  • 6 beg udara
  • Brek letak kereta elektronik
  • Sistem penyaman udara ‘Climatronic‘ dengan kawalan suhu 3 zon
  • Komputer pada ‘Premium’ MFD (Multi-Function Display)
  • 12v soket di konsol pusat, depan dan belakang dalam ruang bagasi
  • Lampu Adaptive LED lighting system
  • Sensor hujan automatik Rain Sensing Windshield Wipers
  • Cermin sisi kiri dan kanan yang boleh laras secara elektrik dengan lampu persekitaran
  • Auto-Dimming Rearview Mirror untuk keselesaan mata anda dari silau lampu tinggi pemandu lain
  • Sistem Pengesanan Keletihan : Driver Alert! Take A Break
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • 6.5 “radio paparan skrin sentuh ‘Komposisi Media’ dengan USB, slot SD Card, Bluetooth dan AUX-In
  • App-Connect (MirrorLink, Apple CarPlay, Android Auto)
  • Kerusi kulit hadapan dengan penyesuai elektrik 12 hala dengan urutan dan ingatan untuk pemandu
  • Park Assist 3.0 untuk bantu anda parking kereta secara automatik dengan jayanya!
  • Boot belakang mudah dibuka
  • 586 Liter saiz ruang simpanan
  • Anggaran minyak penuh RON 95 sebanyak 66 L

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim Bulan Ramadan, Bulan Eratkan SiratulrahimBulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

Harga Volkswagen Passat Comfortline PLUS yang baru selepas 0% GST iaitu RM174,478 berbanding RM184,980 sebelum ini dengan 6% GST. Harga ini bermula 1 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018. Selain itu kadar penjimatan sebanyak RM15,000 dan kad petrol bernilai RM1,188 akan diberikan kepada semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018. Bayaran bulanan Volkswagen Passat Comfortline PLUS adalah sebanyak RM 1,726 dengan kadar faedah rendah bermula dari 0.88%! Promosi ini sah untuk kenderaan yang didaftarkan sebelum 30 Jun 2018 sahaja!

Bulan Ramadan, Bulan Eratkan Siratulrahim

www.volkswagen.com.my/passat/passat-plus
www.instagram.com/volkswagenmalaysia
www.facebook.com/VolkswagenMalaysia
www.youtube.com/user/VolkswagenMalaysia

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال