Container Kebab Indonesia Bakal Membuka Master Franchisee Pertama Di Malaysia. Assalammualaikum semua! Pada 6 Jun 2018 satu perjanjian ditandatangani diantara PT Baba Rafi Indonesia dan Container Kebab Sdn Bhd bagi membawa jenama Container Kebab di Malaysia. Pasti ramai menantikan jenama ini membuka cawangan pertama mereka pada Julai 2018 di Wangsa Walk Mall. Ruby pun teruja! Sebab semasa travel di Indonesia, banyak cawangan Container Kebab tersedia. Mudah didapati dan harga berpatutan.
Container Kebab Indonesia Bakal Membuka Master Franchisee Pertama Di Malaysia
Container Kebab merupakan jenama yang terkemuka yang mempunyai lebih dari 1300 cawangan merentasi 9 buah Negara. Continer Kebab Sdn Bhd bercadang untuk bukan sahaja membawa produk dan jenama tetapi turut bakal memperkenalkan model perniagaan, system pengurusan kedai, pengurusan logistic hinggalah ke konsep reka bentuk kedai. Mereka percaya jenama yang telah terbukti berjaya diselangi dengan pelbagai produk yang berasaskan KEBAB yang direkabentuk khusus untuk citarasa penduduk ASEAN.
Jom Mulakan Perniagaan Ini Dari RM 120,000 – RM 150,000
Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana usahawan yang berminat untuk mengusahakan perniagaan ‘Container Kebab’ melalui skim ‘licensing’ atau kerjasama perniagaan ‘joint venture’. Model perniagaan Container Kebab yang dilihat lebih berkemampuan berbanding dengan jenama rangkaian makanan yang lain, di mana kos adalah dalam lingkungan RM 120,000 hingga ke RM 150,000 direkabentuk khusus untuk menarik minat pengusaha kecil dan sederhana serta usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan F&B.
Cawangan Pertama Container Kebab Malaysia
Cawangan pertama Container Kebab bakal beroperasi di Wangsa Walk Mall pada bulan Julai ini dan untuk mana-mana pihak yang berminat mengenai jenama ini diminta untuk menghubungi Encik Kenny Poh di talian 0169321663 atau melalui email di [email protected]
Pasti anda tidak sabar untuk menikmati Container Kebab. Kebiasaanya kebab yang sedap hanya terdapat pada bulan Ramadan dan di Pasar Malam. Tetapi dengan adanya cawangan Container Kebab, kita boleh makan kebab hari-hari!
www.babarafi.com
www.facebook.com/containerkebabmy
www.instagram.com/containerkebabmy