Tollyjoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

Tollyjoy Baby Day 2018. Assalammualaikum semua! Ya ini tahun kedua ruby join Tollyjoy Baby Day. Sedar tidak sedar dah 4 tahun telah diadakan program seperti ini! Tahniah Tollyjoy! Bila ada program macam ni, barulah rasa dekat dengan jenama kegemaran ibu ibu. Kalau ada bayi, pasti ada produk Tollyjoy di rumah. Hehehe. Sama ada dari segi pakaian bayi, pencuci botol, botol susu, permainan dan keperluan ibu & bayi. Mesti ada kan? Hehehe

Tollyjoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

Tollyjoy Baby Day bukan sahaja untuk meraikan kelahiran bayi. Tetapi ia adalah hari dimana kita berkongsi ilmu dan pengalaman. Penglibatan dari jenama Tollyjoy dan pakar iaitu Cik Jessie Foo; Clinical Psychologist, KIN & KIDS dan pusat kebajikan OrphanCARE membuka ruang fikiran kita bahawa kita tidak bersendirian. Dari program sebegini, ruby belajar erti bersyukur. Ruby berpeluang bergelar ibu. Ruby berpeluang melahirkan anak walaupun menghadapi pelbagai komplikasi. Ruby lebih mengetahui tentang produk dari jenama Tollyjoy dan akhir sekali, ruby mula berkongsi dengan masyarakat bahawa OrphanCARE ada baby hatch center untuk anda letak bayi anda. Jangan buang bayi atau baling bayi kedalam semak. Jangan bunuh bayi yang tidak berdosa.

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi
Cik Grace Ng; Location Manager, Tolllyjoy Corporation

 

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi
Cik Jessie Foo; Clinical Psychologist, KIN & KIDS

Kemurungan Selepas Bersalin

Kemurungan selepas bersalin atau lebih senang digelar sebagai meroyan adalah gejala yang sering ibu bapa lepas bersalin ingin elak. Tanpa disedari, sebenarnya ibu yang baru melahirkan bayi ini sedang menghadapi kemurungan. Sama ada boleh dikawal atau tidak. Gejala mungkin termasuk kesedihan melampau, tenaga rendah, keresahan, episod yang menangis, mudah marah, dan perubahan pola tidur atau makan. Punca itu dipercayai merupakan gabungan faktor fizikal dan emosi. Ini termasuk faktor seperti perubahan hormon dan kekurangan tidur. Faktor risiko termasuk episod awal kemurungan postpartum, gangguan bipolar, sejarah keluarga kemurungan, tekanan psikologi, komplikasi melahirkan anak, kurang sokongan, atau gangguan penggunaan dadah.

Pengalaman ruby, ruby pernah alami kemurungan selepas bersalin. Kedua-dua kelahiran anak ruby berbeza. Ruby kontraksi lama, kemudian anak pertama lahir secara normal tetapi pramatang dan memerlukan ruby tinggal bersama bayi di NICU. Perlu menyusu anak secara eksklusif. Pam susu, bagi susu dekat bayi yang baru 2kg. Bayangkan macam mana stressnya ruby. Apabila berat bayi dah maintain 2kg, kami boleh pulang ke rumah. Tetapi Jaundice pula menjelma. Ambil darah di klinik kesihatan, pergi hospital dan ulang-alik. Hampir sebulan ruby melalui semua itu. Tidak cukup tidur, penat, letih dan kadang-kadang macam berhalusinasi sorang-sorang. Ruby berpantang 1 minggu pertama dengan mak, kemudian mak pergi kerja. Ruby di rumah bersama bayi. Tunggu suami dan mak balik kerja. Bayangkan dari 6am – 6pm bersendirian ditemani dengan bayi dan televisyen. Fuhhhh! Selawat dan zikir banyak-banyak.

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

Kisah Alif, anak kedua ruby pula adalah ruby bersalin secara cesarean. Allahuakbar, memang ruby tekanan bila berpantang, sakit, tak cukup tidur. Ruby sampaikan taknak pegang anak ruby. Alhamdulillah suami ruby banyak main peranan. Dia berjaga malam, siang pun dia siapkan segala untuk bayi. Mandikan, masak lauk berpantang dan siap pesan dekat ruby tak perlu mandikan bayi, nanti balik kerja suami mandikan. Ruby banyak berehat dan baring sebelah baby. Cuma tekanan dan kemurungan kali ini lebih mendiamkan diri. Ruby asingkan diri dari Adam, Alif dan suami. Bila teringat balik, ruby kesian dekat Adam. Dah la ada adik baru, perhatian ruby dan suami kepada dia berubah 360 darjah. 6 bulan selepas ruby dah sihat, ruby pujuk dia balik. Alhamdulillah dia memahami. Sedihnya!

Kesihatan Mental Bayi

Pentingnya kesihatan mental bayi adalah setiap emosi, skil komunikasi, keberanian mencuba, sikap dan perkembangan bayi akan terganggu. Jadi, pada usia begini me.reka amat memerlukan perhatian kita sebagai ibu bapa atau insan sekeliling. Jika diperhatikan keadaan bayi apabila inginkan perhatian adalah ketika menangis, ketawa tentang perkara mudah, tantrum dan mendiamkan diri. Rutin bayi tidak lah selalu tidur semata-mata dan tidaklah selalu berjaga. Cuma apabila mereka ingin kan kita melayan karenah mereka, bersiap sedia beri 100% fokus kepada mereka.

Kedua-dua anak lelaki ruby pernah menunjukkan kesihatan mental yang tidak memberangsangkan. Walaupun kita lihat ia seperti comel apabila mereka merajuk. Ia sebenarnya memberi satu persepsi lain kepada mereka. Sebab mereka tidak faham, tetapi apabila merajuk itu memberi impak kepada ibu bapa. Mereka akan lakukan dengan kerap. Sebagai contoh apabila berebut permainan. Ruby perlu sediakan permainan yang sama untuk dua-dua anak ruby. Untuk wujudkan sikap berkongsi, agak ambil masa yang lama. Sebab Adam mula rasa ruby tidak beri perhatian kepada dia sejak Alif lahir. Jadi, perlahan-lahan ruby akan ajar mereka berkongsi. Ibu bapa perlu kreatif! Bagus kan program Tollyjoy Baby Day 2018. Seba ia mengingatkan diri kita tidak pentingkan diri sendiri. Anak-anak lebih berharga dari kerjaya.

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

OrphanCARE Foundation

OrphanCare Foundation menganjurkan dan bekerja untuk memberi anak-anak yang berada di institusi dan bayi baru lahir yang tidak dirancang yang hidup berisiko peluang untuk membesar dalam menjaga keluarga yang penuh kasih. OrphanCare Foundation bekerja rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka telah bekerjasama dengan Lumos, organisasi bukan keuntungan antarabangsa yang menasihatkan negara-negara mengenai Deinstitutionalisation, untuk menyelaraskan peralihan dari penjagaan institusi ke sistem penjagaan keluarga dan komuniti berasaskan komuniti. Boleh baca info lebih lengkap di sini www.orphancare.org.my

Baby Hatch Centres

TollyJoy Baby Day 2018

Program baby hatch centres bukan program menggalakkan wanita membuang bayi, tetapi ia adalah solusi untuk meyelamatkan bayi yang tidak berdosa. Dibuka 24 jam, OrphanCare mengendalikan 3 baby hatch di semenanjung Malaysia; di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani di Kedah. Selain itu, OrphanCare Foundation juga bekerjasama dengan KPJ Hospital iaitu kumpulan penjagaan kesihatan yang mantap di negara ini. Hospital-hospital KPJ mengendalikan 8 buah baby hatch centres di seluruh negara. Baby Hatch ini mengikut sistem Jerman. Ruang ini berhawa dingin, selamat dan mempunyai CCTV 24 jam untuk bayi. Notifikasi akan memberitahu penjaga apabila bayi ditinggalkan di dalam Baby Hatch Centres.

TollyJoy Baby Day 2018 : Kemurungan Selepas Bersalin Dan Kesihatan Mental Bayi

Semoga usaha murni Tollyjoy Malaysia mengadakan Tollyjoy Baby Day 2018 dapat diteruskan sampai bila-bila. Ruby hargai program sebegini. Jumpa lagi di Tollyjoy Baby Day 2019. Hehehe.

www.facebook.com/tollyjoymalaysia
www.instagram.com/tollyjoymalaysia

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال