Revolusi Canon EOS R. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang kamera. Baru-baru ini Canon telah melancarkan kamera terkini mereka beserta sistem dan lensa baru mereka. Semuanya telah di tambah baik. Malah ruby juga suka kamera full-frame 30.3MP, kelajuan fokus 0.05 saat. Pasti setiap jurufoto menanam impian untuk memiliki sistem EOS R yang baharu dari Canon. Jom menabung. Hehehe
Revolusi Canon EOS R
Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. meneruskan rangkaian EOS yang cukup terkenal melalui Sistem EOS R terbaru. Sistem EOS R merevolusikan kembali pengalaman fotografi dengan keupayaan optikal yang baru dan prestasi lebih baik untuk para peminat seni fotografi. Sistem EOS R baru ini terdiri daripada sebuah kamera bingkai penuh tanpa cermin (full-frame mirrorless) EOS R yang baru dibina, empat buah lensa RF khas, tiga jenis RF mount adapter dan pemegang bateri (battery grip).
Ideal untuk peminat fotografi dan jurufoto profesional, EOS R menawarkan ciri-ciri rangkaian kamera tanpa cermin Canon yang ringan bersama fungsi model DSLR mewah. Selain memberikan pengguna fleksibiliti yang telah dipertingkatkan dan teknologi pengimejan sofistikated untuk terus meneroka kreativiti, EOS R juga direka agar sangat mesra pengguna.
Teknologi sistem RF mount yang revolusionari dan menjadi teras kepada kamera EOS R baharu ini hadir dengan RF mount berdiameter 54mm dan jarak flange focal 20mm yang menawarkan keupayaan lebih baik dalam penghasilan lensa-lensa lain. EOS R juga merupakan kamera pertama dengan sambungan 12 pin yang menawarkan sistem komunikasi pantas di antara lensa dan kamera untuk membolehkan focus, zooming dan penetapan aperture yang lebih baik demi mendapatkan kualiti imej luar biasa. Dengan sensor bingkai penuh CMOS 30.3 megapiksel, kamera ini mampu menawarkan imej berkualiti tinggi yang konsisten dan tiada tandingannya.
Bagi memastikan pengguna EOS R dapat merakam momen-momen sepintas lalu, kamera ini menawarkan kelajuan auto focus terpantas di dunia iaitu 0.051 saat. Sebagai kamera pertama di dunia yang memiliki keupayaan auto focus luar biasa serendah EV -62, EOS R mampu mendapatkan fokus yang tepat dalam kondisi malap, malah dalam keadaan hampir gelap sepenuhnya.
Lensa RF Baharu
Selangkah ke hadapan dalam bidang optik, Canon turut memperkenalkan empat lensa RF baharu yang mengoptimumkan kualiti dan prestasi kelajuan bagi menawarkan kualiti imej paling tinggi yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Selain fokus dan zoom ring, lensa-lensa itu didatangkan dengan control ring tambahan yang membolehkan akses mudah dalam menyesuaikan penetapan kawalan. Lensa-lensa RF menawarkan pelbagai fungsi makro, zoom dan cahaya rendah, sekali gus menyediakan versatiliti yang impresif untuk gaya fotografi berbeza termasuklah potret, syot dekat (close-up), syot sudut luas dan videografi.
Sebagai sebahagian daripada ekosistem EOS yang luas, Sistem EOS R direka agar boleh dipadankan dengan rangkaian lensa EF dan EF-S. Pengguna menikmati fleksibiliti untuk terus menggunakan lensa EF dan EF-S kegemaran mereka dengan adanya tiga RF mount adapter yang diperkenalkan sekali untuk menyokong sistem baru tersebut.
Revolusi Canon EOS
Berucap pada majlis pelancaran, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Andrew Koh berkata, “Canon sentiasa tampil sebagai yang terbaik dalam teknologi pengimejan. Kami akan meneruskan inovasi dalam rekaan produk-produk kami supaya sesuai dengan landskap teknologi yang dinamik. EOS R merupakan hasil daripada komitmen kami untuk menawarkan perkakasan peranti pengimejan luar biasa yang mendefinisikan semula had-had fotografi serta menyokong para pelanggan kami, baik peminat mahupun jurufoto professional, dalam usaha mengembangkan kemahiran dan minat mereka dalam bidang fotografi.
“Revolusi berlaku apabila peminat dunia fotografi dan Canon bersatu. Kami yakin bahawa perkembangan dari segi fungsi dan optikal dalam EOS R akan melahirkan kemungkinan-kemungkinan baru dalam meneroka ekspresi kreatif mereka,” kata Koh.
Satu ciri EOS R yang menonjol ialah skrin sentuh LCD Vari-angle yang menawarkan pelbagai sudut fleksibel. Sementara itu, panel operasinya mesra pengguna dan paparan maklumatnya boleh diubah mengikut kesesuaian. Pertama untuk kamera digital, EOS R ditampilkan dengan pemegang bateri (battery grip) luaran yang boleh dimuatkan dengan sebanyak dua buah bateri dan dicaj secara terus.
Menampilkan badan ringan dan ergonomik bersama pemegang yang tegap, kamera baharu ini sesuai untuk fotografi di mana-mana sahaja. Bagi melindungi permukaan sensor CMOS daripada habuk, EOS R menampilkan ciri skrin shutter yang akan ditutup sebaik sahaja kamera dimatikan.
“EOS R dan rangkaian lensa RF semuanya dihasilkan di Jepun. Digabungkan dengan Speedlite EL-100 baharu, ia menawarkan peluang baru kepada peminat fotografi untuk merakam imej berkualiti tinggi dalam apa jua genre fotografi – studio, sukan, percutian dan alam semula jadi,” kata Ketua Kumpulan Pengimejan dan Maklumat Pengguna di Canon Marketing Malaysia, Jeffrey Kung
“Sistem mount yang revolusionari, full-frame 30.3MP, kelajuan fokus 0.05 saat dan versatiliti kamera baharu ini ternyata dapat memenuhi keperluan jurufoto yang mahukan sebuah kamera berprestasi tinggi serta ideal untuk apa jua keadaan. Fokus utama kami adalah untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan memastikan kami dapat melepasi jangkaan mereka dalam menyediakan peranti yang mudah dioperasi serta memberi kebebasan kreativiti,” kata Kung.
Sebagai tambahan kepada rangkaian EOS R, Canon melancarkan lensa prime EF-M dan dua lensa super telephoto EF. Lensa EF-M32mm f/1.4 STM yang seberat 235g menawarkan komposisi imej lebih padat dan dapat beraksi dengan baik dalam kondisi cahaya yang malap. Sementara lensa EF400mm f/2.8L IS III USM & EF600mm f/4L IS III USM Super Telephoto pula hadir dengan ciri penstabilan imej yang telah ditambah baik, focus ring elektronik baharu dan pengurangan berat yang signifikan, sekali gus menjadikannya lensa 400mm dan 600mm paling ringan di dunia.
Speedlite EL-100 baharu yang kompak dan versatil turut diperkenalkan dengan teknologi lantunan flash dan keupayaan untuk memutar kepala flash ke setiap arah sehingga 180 darjah.
Sistem Canon EOS sememangnya sinonim dengan kecemerlangan teknologi pengimejan dan telah menyokong kreativiti jurugambar selama lebih 30 tahun melalui prestasi optikal yang luar biasa. Dipercayai dan diyakini oleh yang terbaik, rangkaian lensa Sistem EOS kerap dijumpai dalam mana-mana kit fotografi jurugambar. Pengenalan Sistem EOS R adalah sebahagian daripada cita-cita Canon untuk meneruskan legasi ini dan mengukuhkan Sistem EOS, di samping melangkaui sempadan dalam dunia pengimejan dan memberikan inspirasi kepada generasi jurufoto pada masa depan.
Promosi Sistem EOS R
Sempena pelancaran, promosi pra-pesanan akan ditawarkan mulai 26 September 2018 hingga 8 Oktober 2018. Pelanggan yang membuat pembelian dalam tempoh ini akan menerima sebuah mount adapter (normal), 64GB SD Card dan LP-E6N battery pack dengan percuma.
Sistem EOS R baru akan dijual pada harga berikut:
EOS R (body only) – RM9,888.00 (RRP) EOS R (body + 24-105mm) kit lens – RM14,688.00 (RRP)
Untuk membuat pra-pesanan, pelanggan perlu mengisi borang di cawangan terpilih di bawah:
Pulau Pinang: Canon Image Square
Lembah Klang: Canon Image Square (Mid Valley, Sunway Pyramid & Low Yat) & EOS Boutique (Subang) Sabah: Investline Sdn Bhd Sarawak: Great Wall Camera Sdn Bhd
Kamera EOS R sedia untuk diambil selepas 9 Oktober 2018 di cawangan yang disenaraikan di atas
Untuk maklumat lanjut mengenai Canon, ikuti laman Facebook rasmi di www.fb.com/CanonMalaysia/ atau layari laman web www.canon.com.my