AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right

AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right. Assalammualaikum semua! Baru-baru ini ruby telah hadir ke acara pelancaran kempen baru dari AKPK dan VISA. Ia adalah selaras dengan World Savings Day 2018 yang berlangsung pada 31 Oktober pada setiap tahun. Program ini dapat menggalakkan ramai rakyat Malaysia lebih berani menyenaraikan apa yang mereka belanjakan pada setiap bulan agar bebas hutang. Senarai nama dalam CTOS dan CRISS juga di keluarkan. Malah ada duit untuk menabung untuk pada masa akan datang atau wang tersedia pada waktu kecemasan.

AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right

Visa dan AKPK lancarkan ikhtiar “Urus Wang Anda Dengan Bijak” untuk menggalakkan amalan menabung. Kajian Visa mengenai pengurusan wang mendedahkan bahawa rakyat Malaysia sukar mematuhi peruntukan bajet mereka. Sebagai sebahagian daripada Hari Menabung Sedunia di Malaysia, Visa and Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah melancarkan ikhtiar Treat Your Money Right (Urus Wang Anda Dengan Bijak). Ikhtiar tersebut. yang diadakan untuk memberi penekanan kepada amalan dan kepentingan menabung, dirangka berasaskan tinjau selidik yang mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menyedari kepentingan menabung, tetapi masih menghadapi kesukaran untuk menguruskan kewangan mereka.

Hasil tinjau selidik ini menunjukkan bahawa seramai 53 peratus daripada rakyat Malaysia menabung sebagai persiapan untuk masa depan mereka. Bagaimanapun, 22 peratus daripada mereka tidak menjejak tabungan dan perbelanjaan masing-masing, dan 24 peratus enggan membuat bajet atau rekod kewangan.

Kajian juga mendedahkan maklumat menarik lain tentang amalan pengurusan kewangan rakyat Malaysia:

  • Enam puluh peratus menyimpan jumlah wang secukupnya untuk memenuhi keperluan asas mereka.
  • Enam puluh tujuh peratus menganggap menabung untuk kecemasan sebagai dorongan utama mereka.
  • Empat puluh lima peratus mendapati sukar untuk menabung
  • Lima puluh empat peratus cuba menderma seberapa banyak wang yang mungkin untuk tujuan murni dan pelaburan sosial.

Treat Your Money Right

Tinjau selidik ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia perlu memahami gaya pengurusan wang masing-masing. Laman web Treat Your Money Right www.treatyourmoneyright.com menyediakan kuiz interaktif untuk membolehkan peserta mengetahui amalan pengurusan wang mereka selain menyediakan beberapa sumber pengurusan wang yang berguna.

Ng Kong Boon berkata: “Kerjasama dengan AKPK untuk melancarkan ikhtiar Treat Your Money Right sempena Hari Menabung Sedunia sememangnya wajar, kerana kajian kami mendapati sebilangan besar rakyat Malaysia masih perlu memperbaiki teknik peruntukan belanja dan tabungan masing-masing. Rakyat Malaysia perlu memahami betapa pentingnya pengurusan wang yang berkesan. Ilmu sememangnya amat berguna dan dengan mengenali gaya pengurusan wang peribadi anda. boleh membuat keputusan lebih teliti untuk menabung dan berbelanja mengikut kemampuan anda. Kami percaya seluruh rakyat Malaysia perlu belajar menguruskan kewangan bagi merancang dan membuat persiapan bagi pelbagai peringkat hidup supaya mereka dapat membina masa depan yang lebih cerah.”

AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right
Mr. Ng Kong Boon (Country Manager, Visa) menunjukkan bahawa pengetahuan adalah kuasa untuk mengetahui gaya pengurusan wang anda dapat membantu anda membuat usaha yang sadar untuk menyelamatkan dan menghabiskan dengan cara anda.

Visa Financial Literacy Study 2018 -membabitkan 1060 rakyat Malaysia berusia 21-40 tahun dijalankan untuk memahami persepsi tentang wang dalam kalangan anak muda Malaysia.

Kuiz ini membahagikan peserta kepada empat jenis personaliti berbeza berasaskan gaya pengurusan wang masing-masing. Kumpulan pertama ialah ‘Ringgit Sayang’, yang memang mengerti kepentingan merancang dan menabung. jenis kedua digelar ‘Raja Borong’. Mereka membelanjakan wang tanpa menjejak kewangan masing-masing. Jenis ketiga dikenali sebagai ‘Bos Tak Layan’. yang merujuk kepada orang yang menabung seberapa banyak wang yang mungkin tetapi mengelakkan diri daripada merancang atau menyediakan bajet. Jenis terakhir ialah ‘Tak Mau Sen’, yang menganggap wang bukan benda paling penting dalam hidup.

AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right
En. Azman Hasim (GM, AKPK) menggalakkan rakyat Malaysia mengambil lebih banyak lagi minat aktif dalam merancang kewangan mereka dan bukan hanya memberi tumpuan kepada penjimatan.

“Matlamat kami adalah untuk menggalakkan seberapa ramai rakyat Malaysia untuk menyemai minat untuk merancang kewangan dan tidak semata-mata memberi tumpuan kepada tabungan,” kata En. Azman Hasim, Pengurus Besar AKPK. Bahagian Operasi.

“Langkah pertama untuk meningkatkan kemahiran dalam sesuatu perkara, terutamanya berkaitan dengan wang, adalah dengan mencabar diri anda.”

Jom Jawab Kuiz Treat Your Money Right

AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5 AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5

Ruby adalah Tak Mau Cents. Hahaha. Penjagaan kewangan ruby masih ditahap boleh bernafas. Demi keluarga. Hehehe

Menang 8 Apple Watch Series 3

Lapan tokoh media social berpengaruh (@hannahonline @asma.nasa @careentxy @harithzazman @josephgermani @kuahjenhan @affendyjailani dan @surayaror) telah dipilih untuk mengendalikan pertandingan Facebook sebagai sebahagian daripada ikhtiar Treat Your Money Right. Pertandingan ini mencabar peserta untuk mengambil kuiz “Apakah personaliti pengurusan kewangan anda?” dan berkongsi nasihat penabungan dan juga kisah peribadi yang menerangkan personaliti pengurusan kewangan mereka. Lapan tokoh media sosial berpengaruh ini akan menjadi pengadil dan memilih ulasan dan petua tabungan kesukaan mereka.

AKPK Dan VISA Lancar Kempen Treat Your Money Right-5

Pertandingan Facebook ini akan bermula pada 30 Oktober dan berakhir pada 14 November. Peserta berpeluang memenangi wang tunai RM5,000 dan 8 Apple Watch Series 3 serta hadiah-hadiah lain sambil mereka mengasah kemahiran pengurusan wang masing-masing.

www.treatyourmoneyright.com
www.facebook.com/treatyourmoneyright

www.akpk.org.my
www.facebook.com/AKPKofficial
www.instagram.com/akpkofficial

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال