200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma. Assalammualaikum semua. Alhamdulillah Jakel terus memberi pulangan kepada pelanggan setianya. Membeli belah di Jakel tidak rugi, kerana kita akan dapat pulangan balik. Ruby sentiasa ikuti Jakel di sosial media dan mendapati mereka sangat aktif memaklumkan apa sahaja peraduan dan jualan murah yang sedang berlangsung. Jadi, kita tidak ketinggalan!

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

Jakel adalah 100% syarikat Islam bumiputera dan melakukan peraduan dan jualan murah demi amal jariah dalam CSR. Sebanyak RM 1.5 juta cabutan bertuah wang tunai berlangsung di sosial media dalam bentuk kuiz. Manakala RM 1.3 juta cabutan bertuah utk 200 jemaah umrah yang bertuah. Mereka menerima pakej Umrah bernilai RM 6,500 yang di tanggung sepenuhnya oleh Jakel. Subhanallah maha suci Allah. Beruntungnya 200 orang pelanggan setia Jakel ni. Mereka akan bertolak menunaikan Umrah bermula bulan Januari 2019 secara berperingkat.

Jakel Trading merealisasikan impian seramai 200 orang pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah secara PERCUMA bagi memenuhi hasrat mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Majlis taklimat ringkas dan penyerahan sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah. Selain itu pemberian mock-up cek turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd bagi simbolik kepada majlis ini.

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma


Dari kiri Datuk Hj Mohamed Nizam Bin Mohamed Jakel, Tuan Hj Salim bin Salleh; Pengarah urusan Al Khatiri Group, Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel; Group Managing Director of Jakel Group of Companies dan En Hj Mohamed Izani Bin Mohamed Jakel sewaktu menyerahkan mock-up cek.

Cabutan Hadiah Beli & Menang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah 2017 / 2018

Jakel masih mengekalkan pembelian eksklusif RM 1000 untuk melayakkan pelanggan menyertai Cabutan Hadiah Beli & Menang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah 2017 / 2018. Ini kerana Pakej Umrah adalah eksklusif untuk seluruh umat Islam. Jakel bersungguh ingin memberi, maka pelanggan juga perlu bersungguh untuk menang. InsyaAllah. Sepanjang 30 minggu peraduan berlangsung, sebanyak 50,000 penyertaan pihak Jakel telah terima.

Penyertaan dari seluruh cawangan Jakel iaitu dari Jakel Mall, Jakel PWTC, Jakel Shah Alam, Jakel Sungai Besar, Jakel Johor Bahru, Jakel Batu Pahat, Jakel Segamat, Jakel Ipoh, Jakel Tanjung Malim, Jakel Senawang, Jakel Melaka, Jakel Kuantan, Jakel Kubang Kerian, Jakel Alor Setar, Jakel Sungai Petani, Jakel Kota Kinabalu, Jakel Terengganu. Ada juga penyertaan tidak lengkap dari peserta dan terpaksa cabut undi lagi sekali. Jadi, tiada siapa tahu tuah anda, mungkin tuah anda di Jakel. Tahun lepas pihak Jakel berjaya menghantar 80 pelanggan bertuah menunaikan Umrah. Tahun ini 200 orang, dan insyaAllah tahun 2019 / 2020 juga 200 orang pelanggan bertuah. Bermaksud 100 pasangan.

Majlis Penyerahan Hadiah Dan Sesi Taklimat Kepada 200 Pemenang Cabutan Hadiah Beli & Menang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah 2017 / 2018

Penganjuran majlis ini adalah lanjutan daripada Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Pada Jualan Akhir Tahun 2017 yang Iepas, Jakel meneruskan kempen PERADUAN BELI & MENANG dengan memberi peluang kepada pelanggan setia Jakel memenangi hadiah pakej ibadah UMRAH selain menawarkan hadiah lain berupa wang tunai pada setiap minggu.

Penyertaan peraduan ini menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk di Jakel dengan pembelian RM1,000 keatas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Tanggungjawab CSR Jakel

Perlaksanaan penganjuran kempen peraduan ini adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk menghargai dan meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia. Oleh itu, Jakel menggunakan medium ini sebagai tanda terima kasih dengan mengembalikan semula sokongan dan berkongsi semula keuntungan bersama para pelanggan.

Atas dasar keprihatinan, Jakel mengambil platform ini dengan memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk menunaikan ibadah Umrah, dimana ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel. Memandangkan majoriti pembeli di Jakel merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam, ini membolehkan Jakel membantu untuk membawa pelanggan bertuah mengerjakan IBADAH UMRAH secara PERCUMA. Selain itu, ianya adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggannya, menandakan ketelusan Jakel dalam memenuhi janji yang ditawarkan.

Selain itu, Jakel turut memberi sumbangan tanpa pengetahuan media. Seperti pada bulan Ramadan, pihak Jakel memberi pakaian kepada OKU, asnaf-asnaf dan pusat tahfiz demi jihad ekonomi kepada masyarakat beragama Islam.

Al Khatiri Group Menjaga Kebajikan Jemaah Umrah

Kesemua para pemenang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Januari 2019. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Salim bin Salleh; Pengarah urusan Al Khatiri Group bersama warga kerja Al Khatiri yang lain. Al Khatiri beri pakej selesa iaitu jarak hanya 50 meter dari masjidil haram dan masjid nabawi kepada jemaah Umrah.

Tips & Motivasi Menunaikan Umrah

  • Mulut jangan celupar
  • Jangan sia-siakan masa selama berada di sana
  • Tambah ilmu menunaikan Umrah. Hafal surah an doa
  • Jangan lepas kan peluang melawat tempat bersejarah
  • Set tujuan dan misi beribadah

Tips Ubat & Kesihatan

  • Bawa panadol atau ubat yang diperlukan. Sediakan untuk sepanjang trip.
  • Bawa minyak angin / urut
  • Bawa topeng muka
  • Stokin yang sesuai

Video Majlis Penyerahan Hadiah Dan Sesi Taklimat Kepada 200 Pemenang Cabutan Hadiah Beli & Menang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah 2017 / 2018

Tonton video semasa majlis penyerahan hadiah dan sesi taklimat. Lihatlah wajah para bakal jemaah Umrah. Berseri-seri dan ruby mohon kalian doakan ruby berpeluang ke sana. Amin

Jualan Akhir Tahun Jakel 2018

Jakel turut mengadakan Jualan Akhir Tahun 2018 di semua cawangan Jakel yang kini sedang berlangsung bermula pada 23 November sehingga 6 Januari 2019. Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan koleksi kain-kain terbaru untuk tahun 2019. Jualan akhir tahun kali ini lebih menarik dengan kemasukan kain-kain baru dengan corak yang lebihfresh dan trendy sesuai untuk semua golongan terutamanya para wanita dan keluarga. Koleksi terkini seperti koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 antara yang menjadi pilihan ramai.

www.jakel.my
www.facebook.com/GedungTekstilJakel
www.twitter.com/JakelTextile
www.instagram.com/jakeltextile
www.youtube.com/Jakeltextile

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال