Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang AKPK. Ramai yang memerlukan bantuan AKPK tetapi segan dan takut. Takut dapat tahu informasi lengkap tentang hutang, CTOS, CRISS dan semua info kad kredit. Tetapi tahukah anda, ketakutan itu adalah kelegaan. Hehehe. AKPK ni bukan ejen kutip hutang yang sentiasa telefon anda tiap bulan. Tetapi lebih kepada bantuan idea penyelesaian. Bagaimana anda boleh atur kewangan anda untuk membolehkan anda asingkan duit untuk selesaikan hutang. Pada dalam masa yang sama, anda mempunyai wang untuk keperluan harian.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)


Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan peluang kepada individu peminjam serta bakal peminjam untuk mempertingkatkan disiplin kewangan mereka melalui Pendidikan Kewangan, Perkhidmatan Kaunseling Kewangan dan Program Pengurusan Kredit, secara percuma. Melalui perkhidmatan tersebut, AKPK berhasrat untuk membantu sektor isi rumah agar menjadi lebih kukuh serta sistem perbankan pula menjadi lebih cekap dan berdaya maju dengan cara memudahkan usaha pembayaran balik hutang dan mengurangkan berlakunya kegagalan pembayaran balik yang berpunca daripada pengurusan kredit yang lemah.

Pendidikan Kewangan oleh AKPK bertujuan memupuk amalan bijak wang di kalangan peminjam agar dapat mengawal kewangan mereka dengan baik di samping mempromosikan budaya pembayaran dan pembayaran balik yang teratur melalui penggunaan kredit yang cermat. Peningkatan kadar celik wang di kalangan pengguna meningkatkan penghayatan mereka terhadap keperluan menyimpan yang merupakan asas bagi pengumpulan harta, persediaan menghadapi ketidaktentuan kewangan serta bagi persaraan yang selesa.

Perkhidmatan Kaunseling Kewangan oleh AKPK membantu pengguna membuat bajet yang dapat memudahkan mereka mengurus wang bagi perbelanjaan hidup sehari-hari agar mereka dapat memperbaik aliran tunai mereka dan mempertingkat nilai harta bersih di samping membantu mereka membayar balik pinjaman serta hutang bagi mengelakkan kegagalan pembayaran balik yang boleh mengakibatkan penggadaian harta yang dicagar.

Program Pengurusan Kredit oleh AKPK membantu peminjam menjadualkan dan menstrukturkan semula pinjaman rumah. pinjaman sewa beli dan pinjaman peribadi atau tunggakan baki kad kredit/caj yang perlu dibayar kepada penyedla perkhidmatan kewangan di bawah pengawalan Bank Negara Malaysia.

Dengan mempromosikan kesadaran sena mendidik orang awam mengenal pengurusan kewangan yang berkesan di samping menyediakan perkhidmatan kaunseling serta program pengurusan kredit yang disesuaikan mengikut kepaduan individu peminjam. AKPK berharap agar lsu-lsu berkaitan kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan isi rumah di Malaysia dapat dikekang.

Bagaimana Kami Bermula

Segalanya bermula pada tahun 2006 sewaktu kemuncak ekonomi kewangan yang melambung ketika itu. Dalam keadaan kredit pengguna yang masih terkawal, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengambil langkah pencegahan dengan menubuhkan satu agensi yang akan beroperasi secara proaktif bagi mendidik, menasihati dan membantu individu-individu peminjam dan bakal peminjam dalam mengurus kewangan serta hutang-hutang mereka.

Maka, pada bulan April 2006, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan (2000 2010) oleh Bank Negara Malaysia yang bertujuan membangunkan dan merangsang sektor kewangan negara.

Di Mana Kami Hari Ini

Semenjak penubuhannya, AKPK telah membuat kemajuan yang signifkan terutamanya setelah ia melebarkan sayapnya melalui 11 cawangannya di Kuala Lumpur. Johor Bahru. Pulau Pinang. Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Kuantan, Ipoh. Alor Setar dan Kota Bahru berserta 15 pejabat kaunselingnya di serata negara bagi membolehkan perkhidmatannya dinikmati oleh segmen yang lebih luas di kalangan penduduk Malaysia.

AKPK juga telah mendapat banyak Ilputan media sejak tahun 2010 dan terus mengembangkan lagi jangkauannya melalui laman sesawang korporat, surat berita elektronik. pusat panggilan. dan platfom-platform media sosial. menjadikannya sebuah agensl yang membeli manfaat kepada ramai rakyat Malaysia sehingga ke hari Ini.

Misi dan Visi Kaml

Misi AKPK adalah untuk Menjadikan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagal Budaya Hidup di kalangan rakyat Malaysia. Visi AKPK adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan dalam hal kewangan. Untuk tujuan itu. AKPK mahu dikenali sebagai penyedia Pendidikan Kewangan yang dipercayai kepada para pengguna dewasa di samping meneruskan usaha mempromosikan budaya pengurusan kewangan berhemat.

Rangkaian Perkhidmatan Kami AKPK menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

  1.  Pendidikan Kewangan menerusi bahan-bahan ilmiah dan program-program yang menyentuh tentang kemahiran asas mengurus wang dan kredit berdasarkan 4 tahap dalam kehidupan: mengikuti pendidikan pengajian tinggi, memasuki alam pekerjaan, memulakan dan membina keluarga, dan menjalani persaraan. AKPK membekalkan pengetahuan praktikal berkenaan pengurusan kewangan dan hutang kepada kumpulan perserta dari keempat-empat tahap kehidupan yang tersebut serta pelan kewangan dan persaraan yang komprehensif untuk bakal persara.
  2. Perkhidmatan Kaunseling Kewangan serta khidmat nasihat tentang pengurusan wang dan yang berkaitan dengan kewangan, penyediaan bajet untuk pengurusan perbelanjaan, pengendalian hutang serta isu-isu lain yang berkaitan dengan kredit.
  3. Program Pengurusan Kredit untuk membantu individu peminjam memperbaik dan memperkasa kedudukan kewangan mereka melalui penyediaan pelan pembayaran balik yang disesuaikan dengan keperluan mereka yang khusus. Kaunseling Kewangan dan Program Pengurusan Kredit adalah perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK secara percuma kepada individu tanpa melalui mana-mana agen pihak ketiga.

Sorotan Pencapaian Kami

Sejak penubuhan AKPK pada tahun 2006 sehinggalah 30 September 2018. 817,851 individu telah menghadiri sesi perkhidmatan kaunseling bersama AKPK dan daripada jumpah itu. 243,699 perserta telah memohon untuk menyertai Program Pengurusan Kredit kaml. 18,009 kes hutang telah berjaya menamatkan Program Pengurusan Kredit dengan jumlah nilai tunggakan sebanyak RM718.4 juta.

www.akpk.org.my
www.facebook.com/AKPKofficial
www.instagram.com/akpkofficial

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال