Penghibur Helmi Gimmick Menerima Penganugerahan Doktor Kehormat Dari Sabi University Perancis

Penghibur Helmi Gimmick Menerima Penganugerahan Doktor Kehormat Dari Sabi University Perancis. Assalammualaikum semua! Wah tidak sangka anugerah seperti ini akan diterima oleh seorang penghibur. Walaupun beliau tidak kelihatan aktif di sosial media. Tetapi, beliau tahu tujuan dan impian beliau. Tahniah Helmi Gimmick.

Penghibur Helmi Gimmick Menerima Penganugerahan Doktor Kehormat Dari Sabi University Perancis

Penghibur Helmi Gimmick Menerima Penganugerahan Doktor Kehormat DariSabi University Perancis

“Helmi Gimmick Kini Doktor, ingin Buka Sekolah”

Pertama kali melihat persembahanya pastinya anda akan terpegun dengan bakat prolific yang dimiliki oleh beliau selaku penyanyi, pelakon, motivator, “Impersonator” dan pastinya anda meyakini bahawa beliau diantara penghibur persembahan pentas yang terbaik .

Meskipun beberapa tahun kebelakangan ini agak jarang tampil di media massa, Helmi sebenarnya amat aktif dengan pelbagai jemputan mengacara dan menghibur terutamanya di pelbagai majlis keramaian serta amat popular dikalangan syarikat korporat ; yang sering mengundang beliau menghibur.

Kini sesudah hampir 30 tahun mengharungi onak duri dalam bidang seni, beliau telah menerima kejutan apabila dianugerahkan Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi yang berpengkalan di Perancis.

“Saya merasa amat teruja dan dihargai apabila diberi pengiktirafan sebegini. Sangat rasa berbaloi dengan penglibatan saya dibidang seni selama ini”

Anugerah yang diterima oleh beliau telah membawa gelaran Doktor Kehormat ini adalah didasari oleh reputasi yang dimiliki didalam bidang seni dan juga keterlibatan beliau yang sememangnya aktif menjadi speaker didalam bidang perniagaan jualan langsung. Beliau juga pernah menjadi fasilitator Komunikasi Awam (Public Speaking) dibeberapa universiti tempatan seperti UIAM, dan acap kalinya diundang menjadi motivator di pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta.

Siapa Dr Helmi Gimmic

Helmi Gimmick atau nama sebenarnya Helmi Harun yang kini mencecah umur 58 tahun juga telah membuktikan kepada umum bahawa walau bidang apapun diceburi, sekiranya dilakukan secara bersungguhsungguh pastinya akan menempa jaya suatu ketika nanti.

“Saya pada asalnya bermula sebagai penghibur di Hotel sahaja, namun setelah mencari dan mengasah potensi diri didalam bidang ini , saya beroleh kepelbagaian kemahiran sampingan dan ianya menjana pendapatan yang amat memberangsangkan” ujar beliau lagi Impi buka “Sekolah Penghibur”

“Setelah puluhan tahun berada di dalam bidang ini, khususnya persembahan pentas, saya sering menemui pelbagai bakat seni yang amat berpotensi, namun adakalanya mempunyai sedikit kelemahan dari segi komunikasi dan kebijaksanaan menghibur dengan penonton. Sesetengahnya suara dan penampilan sudah A++ namun ianya sering menjadi “tawar” apabila gagal berhubung dengan baik dengan para hadirin”

“Berdasarkan dari keadaan ini saya amat-amatlah teringin untuk membuka “School of Entertainer” bagi membantu bakat-bakat ini mencungkil segala potensi dan mewujudkan lebih banyak FaktorX dida/am diri, seterusnya bukan sahaja pandai menyanyi’ malah bijak menghibur” ujar beliau setelah ditanya rancangan masa depannya.

“Penonton kini dan inginkan sesuatu yang mengembirakan atau setidak-tidaknya membuat mereka tersenyum menyaksikan persembahan kita, selain dari suara yang menjadi halwa telinga. Bila di cantumkan kesemua elemen ini, ianya akan menjadi satu pakej hiburan yang baik”

“Kemahiran menghibur ini bukan bermakna anda perlu menjadi pelawak sebenarnya, sebaliknya ianya adalah satu pembinaan karekter yang membuatkan khalayak lebih tenang dan positif apabila kita berucap dan ianya juga boleh digunapakai bukan sahaja untuk penyanyi atau pelakon, malah dalam kehidupan seharian sena apa-apa bidang sekalipun. “Buat semua orang suka dengan kita, Insyaallah hidup berkat, rezeki pun murah ” ujar beliau menutup bicara.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال