Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas

Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas. Assalammualaikum semua! Wah bulan Ramadan hampir tiba, dah habis ganti puasa ke? Hehehe. Ruby teruja ingin berkongsi dengan anda semua lokasi terkini dalam sejarah penulisan Bufet Ramadan di blog ruby.my. Malaysian Petroleum Club (MPC) membenarkan orang awam berbuka puasa di sini dan menikmati lebih 100 jenis juadah masakan chef yang pastinya sedap! Selain itu, lawatan ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas. Lagi la seronok kan? Melihat suasana kota Kuala Lumpur yang dihiasi lampu neon pada waktu malam. Jangan lupa bawa kamera! Hehe.

Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas


Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke SkyBridge Menara Berkembar Petronas


“Malaysian Petroleum Club” adalah salah sebuah Kelab yang berprestij di Malaysia dan telah ditubuhkan pada tahun 1991. Ia terletak di dalam bangunan Menara Berkembar KLCC di Aras 41, 42 & 43 di Ibu Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan juga merupakan Menara Berkembar yang tertinggi di dunia pada abad ini.

Bagi Iftar untuk tahun ini, berberapa pembaharuan telah dibuat dimana kanak-kanak dibenarkan untuk masuk bersama ahli keluarga untuk menikmati juadah berbuka disamping dapat melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Ini secara tidak lansung dapat memberi peluang kepada semua warga dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berpengalaman menikmati keindahan Menara Berkembar KLCC dari Aras 43. Bagi pengujung yang berbuka disini, mereka juga berpeluang untuk memasuki Sky Bridge di aras 42 secara percuma (Tertakluk pada Terma).

Di Malaysian Petroleum Club, mereka menyajikan pelbagai pilihan makanan segar yang terhidang di Meja Buffet. Lebih 100 jenis pilihan makanan yang terdiri daripada juadah makanan Malaysia dan juga luar negara. Untuk kanak- kanak, makanan khas juga tersedia untuk mereka. MPC juga mempunyai makanan yang dimasak secara lansung (Live Cooking) disamping makanan utama (Main Dish) yang disajikan khas daripada Chef MPC yang berpengalaman iaitu Chef Shahrul & Chef Shukor. Seperti yang sering digemari oleh kebanyakan pengunjung, MPC juga menyediakan “Kambing Golek” khas bagi penggemar kambing. Makanan yang akan disediakan akan berubah pada setiap hari. Menu berlainan adalah cara MPC menjaga kualiti hidangan bufet.

Disamping menjamu juadah lazat yang terhidang, MPC juga menyediakan alunan muzik santai daripada Band Akustik yang berpengalaman dari kumpulan “Seri Cahaya”.

Harga Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC)

Bertemakan Selera Bazar, Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club akan diadakan di KIKU Hall, Level 43 bermula 6 Mei – 1 Jun 2019; 6.30PM – 10PM termasuk hari Cuti Umum & ditutup pada setiap hari AhadHarga baucar bernilai RM 128 untuk dewasa, RM 68 untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke 12 tahun dan senior 60 tahun. Ahli MPC boleh mendapat 20% diskaun. Setiap pembelian Bufet Ramadan Selera Bazar akan berpeluang masuk ke Petronas Twin Towers Sky Bridge. Best kan??? Hubungi +60321663200 atau Shikin +60176466183 untuk pembelian. Oh ya, Iftar ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat. Jom!

Early Bird Voucher Promotion

RM 98 adalah harga yang sangat murah bagi lokasi berbuka puasa eksklusif di Menara Berkembar Petronas. Jadi, rebutlah peluang membeli baucar berbuka puasa untuk seisi keluarga, alami suasana berbuka puasa yang lain dari yang lain. Baucar mula dijual bermula 18 March – 30 April 2019. Dapatkan segera!

Tapau Jer Senang!

Bagi anda yang bekerja berdekatan atau bekerja di Tower 2 Menara Berkembar Petronas, pastinya menjadi keutamaan menapau juadah berbuka puasa sebelum pulang ke rumah. Di MPC, jualan “tapau jer senang” sudah menjadi acara tahunan sepanjang bulan Ramadan.

Pelbagai menu dijual di dalam bekas makanan. Anda hanya perlu memilih hidangan yang anda idamkan. Lokasi di Tower 2, Level 41 bermula pada jam 4PM – 6PM.

Protokol Pakaian Ke Malaysian Petroleum Club (MPC)

Untuk makluman anda semua, untuk memasuki tingkat 41, Tower 2 perlu mendaftar di lobi menara terlebih dahulu. Anda hanya perlu ke kaunter yang tertera logo Malaysian Petroleum Club sahaja. Perkerja bertugas sentiasa menyambut mesra tetamu dengan blazer berwarna merah.

Selain itu, ingin diingatkan bahawa beberapa terma & syarat bangunan, MPC juga menitik beratkan kepada syarat etika berpakaian yang anda perlu ikuti. Berpakaian kemas amat diutamakan. Tidak dibenarkan memakai

  • selipar
  • sandal
  • kasut sukan
  • seluar pendek
  • baju tshirt
  • pakaian berkoyak
  • pakaian yang menjolok mata 

Pakaian seperti diatas adalah tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam bangunan. Pada pendapat Ruby, pakai baju raya lengkap lagi manis. Baju kurung dan kasut bertutup, si jejaka memakai baju melayu bersama sampin dan kasut bertutup. Hensem dan menawan!

Selamat berbuka di Malaysian Petroleum Club! Kehadiran anda amatlah dinantikan!

www.instagram.com/malaysianpetroleumclub
www.facebook.com/Malaysian-Petroleum-Club
www.malaysianpetroleumclub.com

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال