Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda

| |

Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda. Assalamualaikum semua. Ruby sebenarnya lama nak berkongsi tentang info dan tips membesarkan anak. Dari mereka bayi sampai la sekarang. Cuma tidak berkesempatan. Semua tersimpan dalam draft bertahun. Hahaha. Fasa membesarkan anak memang sibuk tapi alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda

Ruby mempunyai 2 orang anak lelaki. Tiap kali Ramadan tiba, mesti ruby murung memikirkan warna tema Aidilfitri tahun tersebut, baju melayu anak dan material bersesuaian. Kalau boleh, kalau boleh la kan. Baju Melayu selesa dipakai hingga tengahari. Lepas tu nak tukar pakaian lain pun takpa. Haha.

Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda

Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda

Ruby ni teliti sangat sampaikan suami Ruby pun dah faham. Bukan setakat warna sahaja ruby cari sedondon. Tapi material pun kena sama. Yelah, lelaki kan lasak dan aktif. Kenalah material bersesuaian. Peluh tu kalau boleh takmo la nampak. Paling takmo bila peluh sampai baju melekat dekat badan. Terus hilang kacak.

Baju Melayu Rompers MyComelBaju Melayu Rompers MyComel

Masa tahun 2014, Adam dilahirkan. Ruby pakaikan dia baju melayu dari koleksi Upin & Ipin Jakel dan shopping di Jalan TAR. Penat oii nak shopping last minute. Serikk! Kemudian tahun 2015 kami mula tempah pakaian. Lepas tu tahun 2016 ruby mula mencari rompers sebab Alif baru dilahirkan. Haha. Masa berpantang elok sebulan sebelum puasa. So memang asyik la tengok online shop.

Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda

Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda

Ruby jumpa kedai online MyComel di Instagram. Koleksi mereka nampak cantik di gambar dan terus Whatsapp mereka. Baik sangat layanan mereka. Korang sedia maklumlah, mak mak ni soalan dia banyak. So untuk Aidilfitri 2016, Ruby beli rompers untuk Alif dulu. Lepas tu baru cari kain untuk sedondon bersama. Adam dan Ayah punya baju melayu hantar ke tukang jahit untuk disiapkan. Jadi, dari situ lah bermulanya sedondon.

Jahitan Kemas & Material Eksklusif

Ini bab yang paling Ruby sangat puji untuk MyComel. Jahitan sangat kemas. Material kain eksklusif. Si Alif pakai sehari Baju Melayu Rompers semasa sesi photoshoot dan beraya pun tak meragam. Senang hati ibu. Jadi, kami sedondon dari 7AM sampai 6PM. Hebat tak? Hahaha

Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda

Gambar di atas masa tahun 2016. Alif baru 6 bulan. Baju Melayu Rompers ni mudah, ada butang untuk klip. Kalau pakai Baju Melayu yang berasingan seluar dan baju tu selalunya tangan dan kaki labuh. Lepas tu iritasi dekat pinggang bayi. Getah seluar tu ketat dan campur diapers lagi. Nak tukar diapers pun rumit kena tanggal seluar bagai. Kalau rompers ni lebih mudah. Laju ibu bersihkan poo poo bayi. Hehehe

Pilihan Warna Terlalu Banyak!

Bila ibu bapa plan untuk Aidilfitri, pasti pelbagai warna timbul. Hehehe. Tapi, paling stress bila anak kita tu tak cerah atau suami tak cerah. Masa nak dekat raya la sunburned mandi pantai. Gelap. Kalau ambil warna yang tidak serasi. Boleh tenggelam la diri mereka dengan warna pakaian. Jadi, untuk membeli pakaian raya memang ruby suka cari yang sedondon tapi semua ahli keluarga sesuai. Sama-sama cantik dan kacak. Barulah best. Untuk selamat, ruby ambil warna pastel. Tapi ia berat untuk ruby yang bersaiz XXXL ketika itu. Jadi ruby usaha berpuasa dan ambil risiko beli pakaian warna paster turun tiga saiz ke L. Alhamdulillah berjaya, ada bahagian yang tak berjaya slim, kita sorok la dengan design peplum. hahaha. Jadi, semua cun sedondon. Hehehe

Mint green dan soft pink. Haaaa warna dia cun sangat. Sampai sekarang ni anak dah besar, ruby rompers tu kepada anak saudara yang baru lahir. Hehehe. Alhamdulillah warna masih elok dan kualiti tip top.

Hubungi MyComel

Cara untuk membeli pakaian di MyComel mudah aje. Ibu bapa sekalian boleh terus membeli melalui Instagram, Facebook Page atau di Shopee. Anda juga boleh Whatsapp mereka. Mereka akan layan segala pertanyaan anda. Hehe

Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda

Oh ya, sekarang dah ada koleksi baru yang lebih menarik. Harga juga berlainan dari yang Ruby beli dulu. Silalah pilih. Ada 36 warna!! Hehehe.

www.mycomel.com.my
www.facebook.com/mycomel.com.my
www.shopee.com.my/mycomel.com.my

Previous

771 Pelajar Menerima Pengiktirafan Di Kumon Advanced Student Forum 2019

STARVENDORS Mega Raya Fest 2019 72 Jam Tanpa Henti Bermula 24 – 27 Mei 2019

Next

19 thoughts on “Baju Melayu Rompers MyComel Untuk Si Manja Anda”

  1. wahhhh nampak comel betul busana bayi dari rompers mycomel nie. warna pulak pelbagai boleh lah nak sedondon dengan satu family nanti. ingatkan baju raya bayi tiada dijual dan terpaksa buat sendiri

    Reply
  2. Aduhai comei pulak tengok baby pakai baju melayu rompers ni. Yang penting material kenalah sesuai supaya baby selesa kan. Tak sabar pulak nak menimang cucu, boleh le beli bebanyak baju2 macam ni..hehehe

    Reply
  3. eh, terkejut baca status tu. Ingat alif nak dapat adik lagi, rupanya status tahun 2016. hihi… tapi betul la, suka tengok baby bergaya dengan baju raya rompers. Nampak comelll je. pilihan kaler pun banyak. so, mana2 family yang nak sedondon dengan baby boleh la pilih kaler.

    Reply
  4. comelnya romper baby kat sini hehehhe..nampak kemas jer bila si manja tu pakai. akk kalau beli baju anak selain daripada rekaan, fabrik tu sangat penting. terutama dalam mencari yang selesa untuk dipakai pada tempoh yang lama

    Reply
  5. Alahai comelnya Alif! Haha. Betul tu kak, kalau bayi ni selesa memakai baju, dia kuranglah meragam kan. suka konsep macam ni sebab memudahkan. plus point, banyak pula tu pilihan warna dia. senang nak ikut tema. haha

    Reply
  6. Waa mmg comel2 belaka laa koleksi baju melayu rompers dari mycomel nii! bagusnya senang lah mak2 nk shopping baju raya baby sbb tgk pilihan colour pon bnyk & nampak mmg selesa betul bila pakai yea. nanti qeela nk tgk2 jugaklah ig mycomel ni, harap2 yg baru tu adelaa bju melayu ke kan untuk ank hehee

    Reply
  7. OMG!!! ya ALLAH comelnyaa!! HAHAHHAHA comel nyee baju melayu tp romper ahhaha adoi xle tahan pstu ada yg nama nescafe!! ahahahhaha gigit kang!!! bagus gler idea ni tp ank buah kt yg baru lahir gegirl plak hahahhaa

    Reply

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.