Dacsee Joy Driver Campaign

DACSEE Joy Driver Campaign

Dacsee Joy Driver Campaign. Assalammualaikum semua, Ruby ingin kongsikan aplikasi yang bakal memberi anda kegembiraan hebat. Sebagai pengguna pengangkutan awam “personal”, ibarat seperti mempunyai pemandu peribadi. Ruby amat teruja apabila Dacsee mempunyai pelbagai kempen untuk pengguna aplikasi. Ikon macam space ship dah comel dah. Perkhidmatan aplikasi dan pemandu juga bagus. 30 April 2019 adalah kali pertama ruby cuba Dacsee selepas mereka melancarkan kempen Joy Driver. Dacsee ni boleh digunakan untuk pickup kawan-kawan atau ahli keluarga untuk ke lokasi yang sama. Kemudian di lokasi yang kita tuju mesti ada Joy Location untuk RM 5 cashback.

Dacsee Joy Driver Campaign

Pada 30 April 2019, Dacsee telah melancarkan Joy Driver Campaign. Banyak ganjaran dan manfaat tersedia untuk anda nikmati. Pasti ramai ingin mengetahui apa itu Dacsee dan bagaimana perkembangan syarikat ini. Syarikat ini terlalu baru dan berkembang secara organik walau baru 10 bulan beroperasi. Hebatkan?

Peningkatan memberangsangkan Dacsee berterusan selari dengan perkembangannya di seluruh Malaysia. Dalam tempoh 10 bulan sejak dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas, jumlah tempahan setiap bulan telah meningkat lebih daripada 25 kali. Dengan lebih 120,000 pengguna berdaftar dan 11,000 pemandu yang disahkan, Dacsee menjadi tarikan di seluruh negara.


DACSEE Joy Driver Campaign
Pelancaran Dacsee Joy Driver Campaign bersama Lim Chiew Shan, CEO of Dacsee


Dacsee membenarkan pengguna memilih pemandu dan meletakkan mereka sebagai rakan dalam aplikasi Dacsee untuk perjalanan seterusnya. Pengguna juga boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan komuniti di mana mereka dihubungkan dengan pengguna yang mempunyai minat yang sama yang membolehkan mereka berkongsi idea dan pemikiran.

Terdapat juga ciri tempahan awal supaya pengguna boleh menempah pemandu pada tarikh dan masa tertentu. Selain daripada itu, dengan setiap perjalanan, anda akan menerima tawaran menarik secara mengejut dari panel peniaga kami melalui Dacsee Joy Driver Campaign.

Air Krim Baskin Robbins Dari Joy Driver

Kempen Joy Driver menekankan 4 elemen; More than Just a Ride, Unique Experiences, Proactive Experiences dan Journey Experiences. Pemandu Joy adalah pemandu terpilih yang telah dilatih untuk memenuhi kempen berjenama. Selain menghantar penumpang ke destinasi mereka dengan selamat, pemandu ini juga dapat memberikan persampelan produk dan perkhidmatan daripada jenama yang terlibat. Sekarang adalah ais krim Baskin Robbins! Bestnya!


DACSEE Joy Driver Campaign

Untuk memulakan fasa pertama Joy Driver Campaign, para pengguna boleh menempah Kereta Ais Krim Dacsee sekiranya kereta tersebut berdekatan. Dengan ciri ini, pengguna akan diberi ganjaran ais krim Baskin Robbins sebaik sahaja mereka memasuki kereta.

Pemandu Joy hanya akan muncul di skrin aplikasi sebagai pilihan apabila pemandu berada dalam radius 3 kilometer dari penumpang. Sekiranya penumpang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Pemandu Joy apabila ia muncul di aplikasi, mereka boleh memilih pemandu ini selain daripada pilihan pemandu biasa dari komuniti sedia ada seperti Compact, Comfort, Xtra atau Executive. Ciri ini membolehkan Dacsee memberikan pengalaman kegembiraan secara langsung kepada pengguna sasaran yang berminat.

Kenderaan Dacsee yang mempunyai Aiskrim Baskin Robbins juga akan berada di Penang pada hari Jumaat dan Sabtu! 3-4 Mei 2019! Jangan lupa share di instagram pengalaman hebat anda bersama hashtag #dacseejoy ya!


Dacsee Kombi Di Klang Valley


Terdapat juga skuad jelajah Dacsee di pelbagai tempat untuk mewujudkan kesedaran jenama Dacsee dengan mendidik orang ramai tentang cara memuat turun aplikasi Dacsee dan proses tempahan dengan menggunakan Dacsee Joy Driver Campaign. Sekiranya anda menjumpai Dacsee Kombi, anda layak mendapat aiskrim Baskin Robbins percuma. Ikuti kemas kini Dacsee di media sosial untuk mengetahui lokasi Joy Driver! Siri jelajah ini berlangsung dari 30 April hingga 3 Mei 2019.


DACSEE Joy Driver Campaign

“Tujuan utama pelancaran kempen ini adalah untuk mempromosi dan memperkenal Dacsee Joy Driver Campaign kepada orang ramai. Kami ingin memberi sesuatu kembali kepada pengguna kami sebagai penghargaan dan tanda terima kasih dari kami dengan membuat mereka berasa gembira, “kata Encik Lim Chiew’ Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Dacsee. 


Dacsee Joy Location

Apa itu Dacsee Joy Location? Ia adalah ganjaran istimewa untuk pengguna. Cara menggunakannya sangat mudah! Anda boleh lihat pilihan yang tersedia apabila anda memilih destinasi. Sebagai contoh, Ruby ingin ke Nu Sentral. Anda akan nampak dua button iaitu Places & Joy Locations. Bahagian Places adalah lokasi destinasi. Manakala Joy Locations adalah bahagian untuk anda pilih kedai yang anda ingin tebus ganjaran “cashback”. Ruby memilih Watsons NU Sentral.

Tebus RM5 cashback semasa perjalanan Dacsee anda dan anda boleh beli apa-apa pembelian di Watsons NU Sentral. Tempoh untuk muat naik resit pembelian sehingga 2 Mei 2019. Ruby naik Dacsee pada 30 April 2019. Membeli di Watsons pada 30 April 2019. Jadi, pihak Dacsee beri masa 3 hari untuk kita muat naik resit. Kemudian akaun Dacsee kita akan ada jumlah cashback. Best kan?


DACSEE Joy Driver Campaign

Terma dan syarat untuk menebus RM 5 cashback adalah dengan cara berikut.

  • Snap gambar resit anda apabila anda berurus niaga di outlet pilihan.
  • Sila pastikan bahawa masa dan tarikh penerimaan harus selepas perjalanan dengan Dacsee ke Joy Location ini.
  • Hanya tarikh penerimaan pada hari yang sama tempahan anda dengan Dacsee akan diterima.
  • Muat naik resit anda dalam tempoh 48 jam dari tempahan anda dengan Dacsee berhak untuk cashback.
  • Pastikan yang berikut dapat dilihat dalam gambar resit atau transaksi akan dikosongkan:
    • Nama Outlet
    • Tarikh Resit
    • Nombor Resit
    • Jumlah Pembelian Resit
  • Tunai anda akan dikreditkan dalam masa 5 hari bekerja ke dalam “Dompet Tunai” anda.
*T & C Tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Muat Turun Aplikasi Dacsee sekarang!

Aplikasi Dacsee tersedia di Google Play Store dan Apple Store. Muat turun sekarang!

Google Play Store
Apple Store

Ikuti laman web dan akaun media sosial Dacsee untuk promosi menarik!

www.instagram.com/dacsee_official
www.facebook.com/dacsee.official
www.dacsee.com

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال