Idea Minuman Berbuka Puasa Segar Berkhasiat

Idea Minuman Berbuka Puasa Segar Berkhasiat. Assalammualaikum semua! Wah dah lama tidak menulis tentang resepi, tips, idea dan personal macam ni. Okay, Ruby nak kongsikan resepi. Resepi minuma aje yang rajin nak taip sekarang ni. Haha. Semua dari bahan yang segar dan natural. Haaa apa tu? Jom teruskan membaca penulisan Ruby. Semoga resepi ini bermanfaat untuk kita semua.

Idea Minuman Berbuka Puasa Segar Berkhasiat

Ramadan pada tahun ini Ruby berazam untuk kurang membeli makanan di Bazaar dan merajinkan diri di dapur. Hahaha. Jadi, Ruby ada terlihat resepi minuman yang melibatkan daun pudina kegemaran Ruby. Hahaha. yes memang kegemaran Ruby, dari ulam cicah sambal. Sehinggalah ke minuman. Kalau minum, Ruby akan kunyah sekali daun pudina itu. Best!

Idea minuman berbuka puasa segar berkhasiat ini ruby lihat ada banyak versi. Tapi tidak mengapa, elakkan dari membazir dan gunakan bahan yang segar. Ruby sebenarnya nak mencuba buat Laici, lemon, asam boi, madu dan pudina. Asam boi pula tiada. Jadi, jalan terus dan buat resepi sendiri. Hahaha. Alhamdulillah menjadi!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ruby.my | Malaysia Blogger (@rubydotmy) on

Bahan-Bahan Laici Sedaap Lemon Madu Pudina

Resepi simple benor untuk minuman ni. Nak ke tau bahan-bahannya? Hehehe
.
•Laici SEDAAP satu tin
•Lemon segar satu biji
•Daun Pudina setangkai, banyak pun tak apa
•Madu liar satu senduk
•Air panas satu cawan
•Ais satu bag

Masa kacau semua bahan tu, penyek-penyek kan lemon dan daun pudina tu


Cawangan Segi Fresh

Pertama kali ke Segi Fresh adalah di Selayang. Ramai sungguh la umat manusia membeli barang dapur. Bukan setakat suri rumah tangga aje. Malah peniaga pun ralit membeli belah. Memang ternyata seronok melihat bahan-bahan segar dan dalam kuantiti banyak! Bila pelanggan kerap membeli, sudah tentu stok sentiasa segar dan berkualiti. Untuk anda yang baru mengetahui tentang Segi Fresh, jom lihat cawangan berdekatan anda. Klik URL di bawah!

www.segifresh.com/our-store-location

Mengenai Segi Fresh

Segi Cash & Carry (SCC) adalah perniagaan perintis Kumpulan Segi, ia juga merupakan pusat operasi kumpulan, memberi peluang pekerjaan ke dalam aktiviti perniagaan unit-unit lain yang sebahagian besarnya saling berkait rapat di sekelilingnya. Walaupun SCC pada mulanya diasaskan sebagai pemborong pasaran tradisi pada bulan September tahun 1994, sebagai pemborong besar dan peruncit kemudiannya merupakan titik perubahan penting bagi syarikat ini kerana ia membawa kepada perkembangan perniagaan dan pembangunan Kumpulan Segi. SCC juga bertanggungjawab untuk mengukuhkan nama jenama Segi melalui pengenalan kedai konsepnya, Segi Fresh.

SCC berkonsepkan kedai baru yang memberi penekanan kepada penyediaan bekalan makanan yang segar dan berkualiti kepada pelanggannya, sambil memastikan harga yang ditawarkan tetap berdaya saing dan berpatutan. Misi ke arah ini telah menerima pengiktirafan terhadap usaha tersebut. Kesedaran tentang konsep melalui slogan yang digunakan iaitu “Pilih Segar, Pilih Segi” di kedai-kedai dan slogan jenama korporat yang mengarang “Barangan Segar, Harga Borong, Pilihan Semua”.

Semua ini bertujuan untuk memastikan nilai perniagaan teras boleh diterima pakai ditunjukkan dalam semua perkara yang kami lakukan: –

  • Segar – memastikan tahap kesegaran pada standard yang paling tinggi
  • Pelbagai – memberikan pilihan kepada pelanggan
  • Harga – menawarkan harga terbaik, berpatutan dan berdaya saing
  • Perkhidmatan – terus menambah nilai dengan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik
  • Kemudahan – menambah nilai dengan menyediakan kemudahan

Selain daripada produk segar, SCC menawarkan kategori yang luas dan pelbagai barangan runcit seperti yang dituntut oleh pemborong dan pelanggan akhir.

Segifresh2U

Portal jualan dalam talian Segi Fresh telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Mei 2015 – yang menandakan era perniagaan baru untuk SCC

Fenomena baru ini jika diwujudkan dengan tujuan meningkatkan kemudahan untuk pelanggan kami yang sebahagian besarnya adalah hotel, katerer, pengendali restoran dan penjaja. Segifresh2u juga dikenali sebagai SF2U. Dengan cara ini, ia dapat

  • Menjimatkan masa untuk membeli
  • Pembelian atas pembayaran kredit
  • Kemudahan penghantaran

Untuk maklumat lanjut dan panduan langkah demi langkah untuk membeli, sila log masuk ke www.segifresh2u.com

Segi Fresh

Pilih Fresh, Pilih Segi

www.instagram.com/segifreshmarket
www.facebook.com/Segifresh

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال