Raya Rasa Sayang Bersama California Raisin

Raya Rasa Sayang Bersama California Raisin

Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins. Assalammualaikum semua. Ruby peram lama artikel ni. Kononnya nak buat resepi untuk Ramadan. Tapi, seronok pula buat resepi ni semasa rumah terbuka. Haha. Actually, Ruby ada join pertandingan memasak bersama California Raisins pada bulan Mei 2019 lalu. Sebelum Ramadan. Kumpulan ruby terdiri daripada Ayu Rafikah dan Zharif Aziz. Korang klik nama mereka untuk baca artikel tu. Sebab kami menang tempat kedua, hadiah bernilai RM 500 tunai!! Alhamdulillah!

Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins

Kumpulan kami tersedia tiga hari sebelum pertandingan. Nasib baik semua available. Terima kasih kepada penganjur sudi beri peluang kepada kami walaupun ramai peserta ingin join. Malah kami sempat pilih tema “Forgiveness”. Syukur sangat-sangat tema ini yang kami pilih. Nampak berat, tapi ruby ada idea. Kak Ayu ada idea dan Zharif ada idea. Kami ngam memberi pendapat. Alhamdulillah. Hehe

California Raisins ni sentiasa ada di rumah Ruby. Tiap kali beli barang dapur, wajib beli kismis. Ruby suka sediakan bahan agar tidak perlu nak membeli di kedai tiba-tiba. Musim perayaan ni ramai peniaga kedai runcit tutup. Nanti nak bawa anak-anak ke kedai atau pasaraya dah kelam kabut. Haha

Kebiasaannya penggunaan kismis ni di dalam ayam masak merah, nasi minyak, nasi tomato, nasi planta, kek buah, overnight oats dan biskut. Paling senang buat kudap-kudap pada bila-bila masa.

Menang Tempat Kedua Pertandingan Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins

Mesti ramai tertanya-tanya apa yang membuatkan kami boleh menang tempat kedua. Sedap sangat ke makanan kami? Hebat ke persembahan pinggan kami? Bagus ke pengenalan masakan kami kepada chef? Hehe.

Sebagai ketua kumpulan, Ruby banyak neutralkan pendapat mana yang Ruby rasa relevan. Ia adalah perbincangan dari segi tema, nama kumpulan, nama makanan dan bagaimana kami nak tonjolkan kesemua elemen ini.

Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins

Nama Kumpulan : Abanjers

Menu : Ayam Masam Manis California Raisins Bersama Ketupat Kemaafan

Hahaha mesti korang gelak dengar nama kumpulan dan menu kami kan? Sangat puitis. Cia cia cia

Kami bahagi tugasan, kak Ayu bawa bahan masakan, Ruby bawa barang dekorasi seperti pinggan dan kain lapik. Kemudian bawa nasi impit. Zharif kami ingin dia bantu dari segi potong-potong bawang dan bantu semasa hari event. Lelaki ni gagah bila bab nak masak benda berat. Hahaha. Zharif cepat je kemas lepas kami mak mak buat sepah. Hahaha. Kebersihan di dapur kami tip top tau. Haha

Resepi Ayam Masam Manis California Raisins Bersama Ketupat Kemaafan

Resepi ni tercetus dari kelalutan kami bertiga. Nak jaga masa untuk sediakan hidangan. Lepas tu nak hias pinggan untuk dua hidangan. Kemudian tunggu masa untuk bercerita tentang inspirasi hidangan. Fikir punya fikir, kami nak masak ayam dan nasi impit. Nampak mudah. Tapi.. hahaha

Nasi impit kalau masak, tak boleh terus potong. Kena turunkan suhu, Lepas tu baru boleh potong cantik. Nak tahu macam mana nasi impit / ketupat akan cantik? Masa korang potong, nasi tidak melekat dekat pisau. Kami kena kreatif, sebab ini hidangan panas. Ada yang bagi pendapat untuk simpan dalam peti sejuk. Tapi nanti jadi tak best la kan.

Ni baru cerita berkenaan ketupat. Hahaha. Panjang Ruby terangkan. Untuk tempoh satu jam. Memang kena pantas. Dapat je dapur, terus tadah air, masuk nasi impit. Buka api. Tutup periuk. Haaaa. Selesai. Mula sediakan bahan masakan ayam istimewa kami.

Juri Pertandingan Raya Rasa Sayang California Raisins

Seronok rupanya memberi penerangan tentang menu kami kepada juri professional. Mereka mendengar dan setelah kami selesai cakap dan keluar dari bilik. Mereka akan berbincang. Berdebar tau. Sebab masa kami bercakap mereka memang memandang tepat wajah kami bertiga. Alhamdulillah kami berjaya. Yeehhaaa.

Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins

Juri Pertandingan Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins adalah

1. Selebriti Chef Ili Sulaiman

2. Wakil dari California Raisins

3. Chef dari Berjaya University

Ruby ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan Abanjers, peganjur iaitu California Raisins, Juri-Juri dan semua yang terlibat.

Korang patut cuba resepi kumpulan kami. Mesti tetamu semua suka. Menu berbeza dari kebiasaan rumah terbuka. Cubalah!

www.caraisins.com

www.facebook.com/RACASEAN

www.instagram.com/loveyourraisins

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال