FGG Group Jalin Kerjasama Bersama FWD Takaful Berhad

FGG Group Jalin Kerjasama Bersama FWD Takaful Berhad | Assalammualaikum semua! Bagi anda yang ingin menambah ilmu tentang kewangan atau tercari-cari bagaimana untuk plan kewangan anda. Anda boleh baca perkongsian Ruby pada hari ini. 

Pada mulanya Ruby fikir ia adalah acara MLM atau SCAM. Hahaha. Tetapi apabila sudah mendengar penerangan dari Dato’ Sri Mahadi BZ dan google beberapa info, barulah faham apa itu FGG x FWD.

FGG Group Jalin Kerjasama Bersama FWD Takaful Berhad

FGG Group Jalin Kerjasama Bersama FWD Takaful Berhad

Financial Genius Group (FGG) terus cemerlang memberikan perkhidmatan dalam perancangan dan perlindungan kewangan untuk pengguna di Malaysia dengan yang terbaharu menerusi ketjasama strategik yang dijalin bersama FWD Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad).

FGG Group yang beroperasi di Bukit Damansara dan telah berpengalaman lebih 16 tahun dalam industri kewangan ini, menerusi jenama terkenalnya FGG pada Rabu 31 Julai 2019, telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama FWD Takaful Berhad sebagai rakan strategik dalam memberikan perkhidmatan perancangan serta per1’mdungan kewangan takaful yang bersesuaian dengan undang-undang Islam untuk rakyat Malaysia.

Perjanjian persefahaman MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif FGG GROUP; Dato’ Sri Mahadi BZ bersama Pengarah Eksekutif FWD Takaful Berhad Tuan Salim Majid Zain dan disaksikan oleh panel shariah FGG.

FGG Wealth Al-Khassah

Sehubungan itu, FGG GROUP turut melancarkan entiti terbaharu yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu FGG WEALTH ALKHASSAH (VIP Private Wealth Islamic) dan FGG ISLAMIC ENTREPRENUR ACADEMY (seminar dan program motivasi). 

Sejajar dengan perkembangan ini, FGG Group telah melantik empat pane1 shariah yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan dan agamawan negara iaitu Prof Madya Dato’ Dr. Ustaz Mohd lzhar Ariff Mohd Kashim, Ustaz Dato’ Mohd Zawawi Yusoh, Ustaz Shahul Hamid M.P.H. Sceni dan Ustaz Fauwaz Fazil Noor.

Perlantikan para panel shariah ini adalah bcrlandaskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan persetujuan atas dasar matlamat yang sama demi menjayakan revolusi industri takaful di Malaysia. Dengan itu, para panel shariah ini akan bertindak sebagai pemantau holistik dan penasihat keagamaan dalam setiap aktiviti serta halatuju FGG Group secara keseluruhannya.

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman MoU dan sesi memperkenal para panel shariah ini dibuat sempena pelancaran FWD Takaful Berhad bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu 31 julai 2019.

Mengenai Financial Genius Group

Financial Genius Group atau singkatan kepada FGG diasaskan oleh Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman. FGG menyediakan servis Genius menguruskan kewangan secara Islamik dan menawarkan bimbingan profesional. 4 produk utama FGG adalah Plan Simpanan M20-M30, Pinjaman Patuh Syariah, FWD Takaful dan FGG Wealth Al-Khassah. 

Pelbagai anugerah dalam dan luar negara telah diterima sepanjang 16 tahun pembabitan Dato’ Sri Mahadi BZ dalam dunia pengurusan kewangan. Beliau juga telah dipanggil untuk memberi ceramah motivasi kepada banyak syarikat korporat. 

Kini, FGG telah mempunyai lebih daripada 5000 ahli di seluruh Malaysia. Sesiapa yang menyertai FGG akan menyertai aktiviti menarik setiap bulan seperti acara pengisian rohani, riadah, melancong dan macam-macam lagi.

Mengenai FWD Takaful Berhad

Ditubuhkan di Asia pada tahun 2013, FWD adalah perniagaan insurans kumpulan pelaburan, Pacific Century Group. FWD berada Hong Kong & Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia. 

Menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, faedah pekerja, produk Syariah dan Takaful Keluarga di sebilangan besar pasarannya. Takaful adalah perancangan dan perlindungan kewangan yang bersesuaian dengan undang-undang Islam. 

Konsep takaful selalu diamalkan dalam satu bentuk atau yang lain untuk sebahagian besar sejarah Islam.

Perkataan Takaful berasal dari kata kerja kafala Arab, yang bermaksud untuk menjaga keperluan seseorang. Jika anda mengambil sijil takaful, wang atau derma anda dikumpulkan bersama orang lain, dan dikendalikan bagi pihak anda oleh pengendali takaful. 

Kerugian dibahagikan dan liabiliti dikongsikan. Sekiranya seseorang mengalami kehilangan perlindungan, pembayaran faedah takaful akan ditanggung oleh kumpulan dana yang sama – yang dikenali sebagai ‘dana tabarru’. Maka, Takaful adalah koperasi bagi anggota masyarakat berdasarkan prinsip perpaduan, perkongsian risiko dan persaudaraan.

www.mahadibz.com
www.instagram.com/mahadibz
www.instagram.com/financial.genius.group
www.facebook.com/mahadi.bz.5

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال