Jom Beli Rumah Di Koleksi Hartanah PKNS Siri 2

Jom Beli Rumah Di Koleksi Hartanah PKNS Siri 2 | Assalammualaikum semua! Pasti ramai diantara kita teringin memiliki rumah sendiri. Tapi sering dihantui dengan harga rumah yang tidak masuk akal. Jangan bimbang, anda boleh sertai Koleksi Hartanah PKNS Siri 2 di Kompleks PKNS Shah Alam. Banyak rumah tersedia untuk anda pilih. Sekarang ada rebat diskaun banyak untuk 55 pembeli utama sepanjang 10 hari karnival. Jangan lepaskan peluang k!

Jom Beli Rumah Di Koleksi Hartanah PKNS Siri 2

PKNS tawar diskaun berganda sempena ulang tahun ke-55 di acara Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019. Acara itu sedang berlangsung di Atria Lagenda, Kompleks PKNS Shah Alam bermula 26 Julai sehingga 4 Ogos 2019. Acara ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Azizi Bin Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.


Jom Beli Rumah Di Koleksi Hartanah PKNS Siri 2


Diskaun Sempena Ulang Tahun Ke-55 PKNS

Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim berkata, menariknya koleksi hartanah kali ini apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan diskaun tambahan berjumlah RM5,500 kepada 55 pembeli terawal sebagai simbolik ulang tahun PKNS ke-55 tahun.

Menurutnya, bukan itu sahaja, PKNS turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus serta kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) dan duti setem Memorandum Pertukaran (MOT) secara percuma kepada bakal pembeli.

Ujarnya, pada siri koleksi hartanah kali ini juga menyaksikan satu perjanjian kolaborasi dimeterai antara PKNS dan Maybank untuk pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer. “Skim yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini adalah skim bantuan pinjaman untuk memudahkan rakyat Selangor, di mana Maybank akan menyediakan pembiayaan sebanyak 90 peratus.

Manakala, kerajaan negeri akan memberi bantuan pembiayaan sebanyak 10 peratus dan PKNS dilantik menjadi agensi pelaksana skim ini. “Skim ini adalah insentif pembiayaan pinjaman 100 peratus pada kadar faedah yang rendah untuk lapan tahun pertama. Ini akan memudahkan pembeli untuk mendapatkan pinjaman, seterusnya memiliki rumah idaman mereka.

“Skim ini terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) dibangunkan oleh PKNS dan Anak Syarikat PKNS sahaja yang terletak di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak,” katanya sambil memberitahu permohonan hanya boleh dibuat di cawangan Maybank Seksyen 14, Shah Alam sahaja.

Kaunter Semak Kelayakan Pinjaman Rumah

Selain itu, Maybank juga akan membuka kaunter khas di sepanjang siri Koleksi Hartanah ini untuk urusan perkhidmatan semakan kelayakan pinjaman perumahan untuk para pengunjung yang hadir. Para pengunjung hanya perlu membawa bersama slip gaji 3 bulan untuk proses semakan kelayakan pinjaman bagi membolehkan pengunjung membeli mana-mana unit rumah di bawah projek PKNS yang ditawarkan sepanjang koleksi berlangsung.

“Tawaran menarik diberi sepanjang pameran koleksi hartanah ini sebagai penghargaan khas buat pelanggan yang telah menyokong PKNS sepanjang lebih lima dekad ini, di mana ia tertakluk kepada produk hartanah terpilih. Dengan penglibatan Kumpulan Anak Syarikat PKNS pada pameran koleksi hartanah ini juga, pastinya menjanjikan pelbagai produk hartanah merentasi seluruh negeri Selangor yang ditawarkan. Malah, kali ini juga terdapat pameran khusus untuk projek Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS di bawah jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS dengan tawaran harga bermula daripada RM185,000,” katanya.

Kaunter Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku

Ishak berkata, pada koleksi kali ini, PKNS menyasarkan nilai jualan RM60 juta dan beliau yakin sasaran ini mampu dicapai apabila melihat diskaun serta tawaran menarik diberi kepada pembeli. “Kepada orang ramai yang berhasrat memiliki rumah, jangan tunggu lagi kerana inilah masanya anda perlu rebut tawaran menarik ini yang menawarkan penjimatan dan rebat sehingga RM100,000,” katanya.

Kepada orang ramai yang belum memiliki kediaman dan masih tercari-cari rumah idaman, jangan lepaskan peluang ini dengan berkunjung ke Koleksi Hartanah Siri 2/2019 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam dan dapatkan rebat istimewa bersama pakej menarik yang ditawarkan.

Rumah Pilihan Ruby

Ruby sering bertanya kepada suami, kita nak beli rumah lain tak? Jawapan dia “Nak”. Tapi kalau boleh nak senang akses ke pejabat dan balik kampung. Kami fikir kawasan Gombak la paling dekat untuk kami ke Kuala Lumpur, Kuantan Pahang, Damansara dan Perak. Kami juga nak mencari rumah jenis atas tanah dan dibahagian hujung. Boleh bercucuk tanam sambil lihat anak-anak berlari bermain. Di dalam laman web atau di karnival ini, anda boleh pilih mengikut keluasan rumah yang anda inginkan. Kemudian pilih jenis rumah. Kalau Ruby, Ruby pilih jenis D. Jom cari rumah!

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

www.pkns-property.com
www.instagram.com/pkns_property
www.facebook.com/pknspropertyofficial

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال