Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

| |

Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019. Assalammualaikum semua! Wah tidak sangka Ruby berkesempatan ke acara Muslim World Biz dan menyaksikan penerimaan anugerah Jewel. Tahniah kepada Dato’ Sri Mahadi BZ kerana telah menerima anugerah di peringkat Global! Banyak kisah kejayaan dan inspirasi beliau yang masih kita semua tidak tahu. Sebelum ini ruby pernah menghadiri acara FGG X FWD, boleh baca di sini www.ruby.my/2019/07/fgg-group-jalin-kerjasama-bersama-fwd-takaful-berhad. Jom ikuti penulisan Ruby kali ini tentang anugerah yang diterima oleh Dato’ Sri Mahadi BZ

Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

Pameran dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini. Acara fokus yang menjadi tunjang bagi persidangan ini adalah Round Table Talk yang mengangkat tema “Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity” dan Anugerah “The Jewels of The Muslim World Award 2019” sebagai salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

Acara yang berlangsung selama 3 hari ini telah bermula dari 4 hingga 6 September 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pameran dan persidangan ini juga telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pelbagai industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global.

The Jewels of The Muslim World Award 2019

Seramai 6 orang individu dari 57 negara Islam di dunia yang terlibat didalam acara ini telah dipilih sebagai pemenang dan Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman adalah salah seorang penerima. Beliau adalah penerima paling muda dan dari Malaysia! Melalui majalah OIC TODAY, Jewels of the Muslim World Award disampaikan setiap tahun semasa majlis khas yang diadakan sempena acara tahunan ‘The Muslim World Business and Investment Zone’. Anugerah ini mempunyai mandat mengakui kerja-kerja hebat yang dilakukan oleh para pemimpin hebat dari seluruh dunia Islam. Kejayaan mereka bertindak sebagai sumber inspirasi kepada para belia, yang akan segera memimpin untuk mengembangkan ekonomi Islam global.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

Para penerima anugerah hadir dari pelbagai industri dan mereka sangat diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka yang memberi kesan positif kepada kehidupan harian rakyat. Sejak tahun 2011, sejumlah 59 pemimpin dari 19 buah negara menerima Jewels of the Muslim World Award. Para pemenang dipilih berdasarkan kedua-dua rekod kecemerlangan mereka untuk membina dan mengembangkan organisasi yang berjaya dan juga merujuk kepada perkhidmatan yang mereka sediakan untuk memudahkan kehidupan orang dalam masyarakat tempatan, serantau dan antarabangsa.

Di antara para penerima Jewels of the Muslim World Award adalah petinju legendaris Muhammad Ali dari Amerika Syarikat, penyanyi dan penulis lagu Sami Yusuf dari UK, pelabur dan dermawan Prince Al-Waleed bin Talal dari Arab Saudi, ulama Islam Mufti Ismail Menk dari Zimbabwe, ahli perbankan dan kewangan terkenal Amer Bukvic dari Bosnia & Herzegovina dan pendidik dan mentor iaitu Tan Sri Profesor Dato ‘Sri Dr. Yusof bin Haji Md Noor dari Malaysia. Pada tahun 2019, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman menerima Jewels of the Muslim World Award.

Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders

Dalam acara ini juga, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG) telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk “Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders” dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang. Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman yang juga penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dalam penyampaiannya telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan [lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia.

Siapa Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman

Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman telah berkecimpung dalam dunia kewangan selama 16 tahun dan permulaannya ketika beliau berusia 21 tahun! Beliau adalah siswazah Sains Aktuari dalam bidang Perancangan Kewangan. Setelah tamat belajar, beliau nekad untuk memulakan pekerjaan sebagai perunding kewangan. Kekuatan beliau adalah ibu dan beliau sentiasa set persekitaran yang positif. Apabila ditanya tentang perjalanan karier, Dato’ Sri Mahadi dengan rendah diri berkongsi bagaimana beliau terus fokus membina karier dan bantu masyarakat yang inginkan kebebasan kewangan.

Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman adalah penerima Jewels of the Muslim World Award termuda pada Muslim World Biz 2019. Usia beliau 37 tahun pada tahun ini. Beliau adalah penceramah motivasi bebas dan memiliki pasukan hebat iaitu Financial Genius Group. FGG adalah servis Genius menguruskan kewangan secara Islamik dan menawarkan bimbingan profesional. Kini, pasukan itu telah memiliki lebih 5000 ahli.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman percaya bahawa kejayaan seseorang individu boleh diserlahkan dengan pelbagai cara. Tanggungjawab sebagai pakar motivasi untuk sentiasa beri semangat dan menyerlahkan kejayaan seseorang disamping dengan izin Allah s.w.t. Beliau meneruskan karier dalam perunding kewangan sehingga hari ini kerana semangat untuk melakukan lebih lagi dalam membantu masyarakat dan pasukannya.

Mengenai Financial Genius Group

Financial Genius Group atau singkatan kepada FGG diasaskan oleh Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman. FGG menyediakan servis Genius menguruskan kewangan secara Islamik dan menawarkan bimbingan profesional. 4 produk utama FGG adalah Plan Simpanan M20-M30, Pinjaman Patuh Syariah, FWD Takaful dan FGG Wealth Al-Khassah. Pelbagai anugerah dalam dan luar negara telah diterima sepanjang 16 tahun pembabitan Dato’ Sri Mahadi BZ dalam dunia pengurusan kewangan. Beliau juga telah dipanggil untuk memberi ceramah motivasi kepada banyak syarikat korporat. Kini, FGG telah mempunyai lebih daripada 5000 ahli di seluruh Malaysia. Sesiapa yang menyertai FGG akan menyertai aktiviti menarik setiap bulan seperti acara pengisian rohani, riadah, melancong dan macam-macam lagi.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

Mengenai 9th Muslim World Biz 2019

Zon Perniagaan dan Pelaburan Dunia Islam adalah acara perdagangan tahunan yang terdiri daripada zon pameran pelbagai sektor, zon persidangan dan beberapa upacara penghargaan. Matlamat utama Muslim World Biz adalah untuk memudahkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan peningkatan aktiviti intra perdagangan di kalangan negara anggota Organisation of Islamic Cooperation (OIC). Ia juga bertindak sebagai platform komprehensif yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi Islam dan menggalakkan perniagaan Islam dan bukan Islam untuk bekerjasama.

Acara ini ditubuhkan pada tahun 2010 dan telah dianjurkan setiap tahun sejak itu dengan penyertaan aktif dari banyak negara di seluruh dunia, terutamanya dari Asia Tenggara dan Timur Tengah. Kecuali pada 2012 apabila acara itu diadakan di Jakarta, dan kegiatannya dilancarkan oleh presiden Indonesia H.E. Susilo Bambang Yudhoyono. Setelah itu, Muslim World Biz terus dianjurkan di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Ini adalah untuk mengenali peranan Malaysia sebagai anggota OIC yang mempromosikan pelbagai komponen ekonomi Islam.

Zon pameran biasanya diduduki oleh syarikat-syarikat dari pelbagai industri termasuk perbankan dan kewangan, logistik dan pengangkutan, makanan dan minuman, pembangunan hartanah, pendidikan tinggi, pelancongan, penjagaan kesihatan, dan lain-lain. Zon persidangan telah berkembang dengan mantap dan kini terdiri daripada Round Table Talk, OIC-Asia Trade and Economic Forum, OIC Higher Education Conference, Muslim World Women’s Summit, World Islamic Tourism Conference, World Medical Tourism Conference sebagai tambahan kepada Infrastruktur Muslim World Infrastructure and Investment Conference. 

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019

Pada tahun 2011, Jewels of the Muslim World Award telah di anugerahkan sempena majlis perasmian Muslim World Biz yang ke-2. Seramai 59 pemimpin yang berbeza bidang telah menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan sumbangan mereka kepada pembangunan dalam beberapa sektor di dalam dan luar negara. Pada tahun 2017, Muslim World Rania Award pertama telah dianugerahkan dalam majlis khas untuk menghormati penyertaan para pemimpin wanita terpilih yang berjaya adalah menginspirasi. Juga, untuk mengakui keberanian dan harga diri usahawan yang berjaya, Muslim World Entrepreneur Development Award pertama dianugerahkan pada November 2018.

www.muslimworldbiz.com

www.mahadibz.com
www.instagram.com/mahadibz
www.instagram.com/financial.genius.group
www.facebook.com/mahadi.bz.5

Previous

3 Produk Obsess Cosmetics Pilihan Kami

Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0

Next

16 thoughts on “Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019”

  1. Wahhh tahniah dato’ sri mahadi dapat banggakan nama negara dan berdiri sebaris dengan nama-nama famous macam mufti menk, sami yusuf dan lain-lain. bukan senang nak menang, memang bukan calang-calang orang!

    Reply
  2. Hebatnya Dato’ Sri mahadi. Muda-muda lagi dah well manage duit dia. dari umur 16 tahun dah tau macam mana nak uruskan duit. Biasa orang macam ni memang mudah berjaya. Kita umur 16 tahun sibuk nak baca komik. huhu

    Reply
  3. Ini pertama kali dengar pasal awards ini. Bagus la pengiktiraf macam ni sebagai penaik semangat untuk melakukan yang terbaik in the future. Tahniah kepada pemenang!.

    Reply

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.