Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019 | Assalammualaikum semua! Wah hari ini Ruby sertai pencarian harta karun stail baru. Sambil selesaikan tugasan, Ruby juga menjaga alam sekitar. Hehe. Nampak macam mudah dan santai kan? 

Haaaa bila dah petang, muka berminyak, mekap cair dan mata berat nak tidur. Semangat pada waktu pagi terus hilang pada waktu petang. Hahaha. Jom baca pengalaman Ruby. Seronok dapat mencuba dan timba ilmu sepanjang hari ni.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019.

Ramai yang tahu Ruby suka join Treasure Hunt. Tetapi anda semua perlu tahu bahawa lain penganjur, lain cara pencarian harta karun dan pemarkahannya. Kadang-kadang kita dah buat sehabis baik pun tak menang. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Betul tak? Jadi, enjoy aje la! Lagi pula banyak cara penganjuran pencarian harta karun ni. Macam Cyber Eco Hunt 2019, Ruby belajar cara penyertaan KOL, Influencers dan Blogger berbeza. Penggunaan Instagram Stories untuk menghasilkan kesedaran Alam Sekitar. Ruby tertarik dengan video IGS peserta KOL dan Influencers. Kreatif sungguh.

Pengalaman join treasure hunt memang amat bermakna. Cyber Eco Hunt 2019 bakal menjadi sejarah di dalam arkib!

  1. GSC 100Plus Treasure Hunt 2010
  2. #AABC 2nd Anniversary Photo Hunt di Bangkok 2015
  3. Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013
  4. 1Utama Wonder Food Adventure 2013
  5. Allianz Amazing Hunt 2014
  6. Putrajaya Treasure Hunt 2013
  7. Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 2017
  8. Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 2019

Seawal jam 5 pagi Ruby dah bersiap sedia untuk ke Wisma DRB-Hicom di Shah Alam. Risau lewat dan kesesakan lalu lintas. Ruby menetap di kawasan super jem strawberri tau. MRR2 kalau lambat je keluar, mesti sangkut di Ampang. Ruby tiba di Wisma DRB-Hicom sekitar jam 6.30 pagi. Alhamdulillah awal. Daftar dan dapat bag beserta pakaian. Kemudian, Ruby baca buku panduan yang disediakan oleh Cyber Eco Hunt 2019.

Strategi treasure hunt adalah kena sentiasa pantas dan bersedia. Siap sedia kapsyen dan hashtag. Kemudian tinggal untuk ambil gambar atau video sahaja. Walaupun Ruby tidak menang besar, teknik ni korang boleh belajar ok. Hiksss!

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Flag Off oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Zain bin Haji Hassan; Chief Executive Officer Alam Flora Sdn Bhd dan Encik Nazar bin Abdul Raof; Head of Company, DHES Sdn Bhd.

Visi dan misi Cyber Eco Hunt 2019 ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Dari pelbagai sudut di ambil kira. Jika pihak Alam Flora tidak cipta kempen kesedaran, pasti ramai pekerja diperlukan untuk membersihkan kawasan-kawasan tertentu. 

Sebagai contoh, anda buang sampah di dalam longkang, longkang tersumbat, panggil siapa untuk bersihkan? Mesti Alam Flora dan DHES kan? Jadi, ia akan berbalik kepada pengurusan DHES. Apa kata kita mula kitar semula dan kali ini, kita cari lokasi yang boleh menerima hasil barang kitar semula yang kita kumpulkan. Sebab tidak semua kawasan mempunyai Alam Flora, sebab setiap tempat ada Majlis Perbandaran. 

Jadi, anda sendiri perlu plan untuk hantar barang kitar semula ke Pusat Kitar Semula Komuniti atau join acara bersama yang sentiasa dikemaskini di facebook DHES. Okay? Sebagai contoh, acara dibawah ini bakal berlangsung hujung minggu ni. Jom hantar minyak masak.

Tujuh Tugasan, Empat Checkpoint

Checkpoint 1 : Work & Safety & Life of Gardener

Pertama kali mencuba memakai Harness dan mencuba peralatan pengurusan landskap. Menyapu sampah, blower daun kering dan mesin rumput. Satu plastik kuning sudah penuh untuk satu tempat, bayangkan tukang sapu sampah yang menyapu di atas jalan raya tu. Daun gugur mesti banyak. Campur dengan yang buang sampah dari kenderaan lagi. Aiyyoooo!

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Checkpoint 1 : Square Footage Calculator

Kami dapat mencuba menggunakan alat pembersihan bangunan iaitu mesin polisher dengan cara yang betul dan selamat. Susah rupanya nak kawal mesin ni. Berpusing Ruby tadi. Haha

Checkpoint 2 : Creative Campaign

Ruby sediakan video untuk kempen kesedaran “Buang Sampah ke dalam Tong Sampah” untuk melestarikan alam sekitar. Kami cari sampah di kawasan River of Life, kemudian kami rekod, kemudian shoot lagi. Hahaha.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019
Rush update social media. Hahaha. 

Pertama kali ke River of Life, cantiknya tempat ni. Teringat masa pergi Tuisyen Kasturi masa zaman sekolah. Jalan belakang ni laluan pintas dari kesesakan bas.

Checkpoint 2 : Love Food, Hate Waste & Say No to Straw

Mempromosikan “Love Food, Hate Waste ” untuk mengelakkan pembaziran makanan dan kempen “Bring Your Own Lunch Container” sebagai langkah untuk mengurangkan kadar sisa makanan secara berkesan. Dulu masa zaman sekolah selalu bawa bekal. Kemudian ada bawa botol air sendiri. Sudah terbiasa dan kini Ruby terapkan kepada anak-anak. Mereka akan bawa bekal hari-hari. Hehe.

Checkpoint 3 : Used Cooking Oil & 3R on Wheels

Ruby bantu surirumah di Presint 9 tentang cara-cara menyimpan minyak masak terpakai. Ruby bawa sepaket karipap dan sebotol minyak masak. Kemudian kami kitar semula minyak yang sudah dipakai ke trak DHES menerusi 3R on Wheels dan Puan Azizah berpeluang menerima wang tunai serta mata ganjaran Petronas Mesra. Best kan?

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019


Checkpoint 3 : Alam Flora Buy Back Centre di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Putrajaya

Kali ini kami diberi tugasan berkumpulan untuk mencari sampah menggunakan aplikasi QR Code dan Google Maps. Kami berjalan di tasik Presint 9, Putrajaya. Jumpa 5 bungkusan sampah. Kemudian kami asingkan, timbang, masukkan ke dalam ruang yang dilabel kertas, tin dan plastik. Di sini anda juga akan menerima wang tunai dan mata ganjaran Petronas Mesra.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Checkpoint 4 : Integrated Recycling Facility (IRF)

Pertama kali melawat tempat yang mengasing sampah dan terus proses untuk membolehkan plastik, tin dan kertas di kitar semula. Kesemua bahan yang sudah diproses akan di asingkan dan menanti pembeli dari kilang-kilang besar. Di sini para pekerja kontraktor Alam Flora mula buat kerja seawal 7 pagi dan berakhir pada 6 petang setiap hari. Selepas itu kami mencipta logo kitar semula melalui rangka seni yang dihasilkan melalui botol plastik.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Ruby Menang RM 100 Untuk Tugasan “Kitar Semula Minyak & Alam Flora 3R On Wheels”

Ruby ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong dan pengikut instagram @rubydotmy. Hari ini sebanyak 7 post telah ruby spam di ruangan instagram. Malah ada instagram story dan igtv lagi. Kemudian ada pula facebook dan twitter. Hahaha. Agak kelam kabut sedikit, tapi tidak mengapa. Banyak maklum balas dari pengikut di instagram dan facebook. Ini bermakna, ramai sudah sertai kempen dari DHES dan Alam Flora. Cuma, lokasi pusat kitar semula sahaja tiada di kawasan mereka.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019


Di dalam program Cyber Eco Hunt 2019 ni Ruby memenangi RM 100 dari tugasan nombor 5 iaitu “Kitar Semula Minyak & Alam Flora 3R On Wheels”. Pengisian ini menarik dan Ruby teruja menghasilkan video di IGTV. Sebagai ibu, Ruby memang melakukan kitar semula. Di rumah adalah permulaan untuk mendidik seluruh keluarga menjaga alam sekitar. Hehehe.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Lifestyle Blogger (@rubydotmy) on

Tahniah Kepada Pemenang Cyber Eco Hunt 2019

Terdapat 3 kategori peserta, Key Opinion Leader (KOL), Influencers dan Bloggers. Setiap kategori ini akan memenangi wang tunai RM 700, RM 500, RM 300 dan RM 100 untuk tujuh tugasan yang telah dilakukan. Dari KOL terdapat 5 peserta, Influencers 8 peserta dan Blogger seramai 16 orang. Secara keseluruhan adalah seramai 29 orang peserta menyertai Cyber Eco Hunt 2019.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019


Mengenai Alam Flora Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 1995, Alam Flora Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat pengurusan alam sekitar terkemuka di Malaysia yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat untuk menguruskan dan mengurangkan sisa dengan kesan alam sekitar yang minimum. Alam Flora adalah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad, salah satu syarikat terkemuka di Malaysia yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad, memainkan peranan penting dalam menyokong transformasi Malaysia menjadi negara berdaya saing, berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi.

DRB-Hicom adalah konglomerat keusahawanan dengan tiga sektor perniagaan teras, automotif, perkhidmatan; dan harta, aset dan pembinaan. Sebagai salah satu pemegang konsesi terbesar pengurusan sisa pepejal negara dan projek penswastaan ??pembersihan awam, Alam Flora menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa yang komprehensif kepada beberapa kawasan konsesi di kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan Pahang.

www.alamflora.com.my
www.instagram.com/alamflorasdnbhd
www.facebook.com/alamflorasdnbhd

Mengenai DHES Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 2013, Syarikat Alam Sekitar DRB-Hicom Sdn Bhd (DHES) adalah anak syarikat milik penuh Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) di bawah kumpulan drb-hicom berhad (salah satu konglomerat utama Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia berhad). Bersertifikat dengan ISO 9001: 2008 pada tahun 2015, DHES telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat, kerajaan dan institusi sepanjang tahun.

Bersertifikat dengan ISO 9001: 2008 pada tahun 2015, DHES telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat, kerajaan dan institusi sepanjang tahun. DHES mengkhususkan diri dalam menyediakan perkhidmatan alam sekitar yang komprehensif untuk memperkaya kualiti hidup. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan kualiti tertinggi perkhidmatan alam sekitar di mana kepuasan pelanggan kami adalah keutamaan kami. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan persekitaran yang kompetitif dan premium termasuk Pengurusan Sisa Pengurusan Bersepadu, Kitar Semula dan Rawatan Buangan, Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur, Pengurusan Kemudahan Aset dan Pengurusan Projek dan Perundingan.

Untuk memastikan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan yang tinggi, kami mempunyai lebih daripada 400 kakitangan yang berpengalaman dan terlatih, yang ditempatkan di seluruh Malaysia. DHES bertujuan mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa.

www.dhes.com.my
www.instagram.com/DHESSdnBhd
www.facebook.com/DHESSdnBhd

 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال