Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

| |

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019. Assalammualaikum semua! Wah hari ini Ruby sertai pencarian harta karun stail baru. Sambil selesaikan tugasan, Ruby juga menjaga alam sekitar. Hehe. Nampak macam mudah dan santai kan? Haaaa bila dah petang, muka berminyak, mekap cair dan mata berat nak tidur. Semangat pada waktu pagi terus hilang pada waktu petang. Hahaha. Jom baca pengalaman Ruby. Seronok dapat mencuba dan timba ilmu sepanjang hari ni.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019.

Ramai yang tahu Ruby suka join Treasure Hunt. Tetapi anda semua perlu tahu bahawa lain penganjur, lain cara pencarian harta karun dan pemarkahannya. Kadang-kadang kita dah buat sehabis baik pun tak menang. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Betul tak? Jadi, enjoy aje la! Lagi pula banyak cara penganjuran pencarian harta karun ni. Macam Cyber Eco Hunt 2019, Ruby belajar cara penyertaan KOL, Influencers dan Blogger berbeza. Penggunaan Instagram Stories untuk menghasilkan kesedaran Alam Sekitar. Ruby tertarik dengan video IGS peserta KOL dan Influencers. Kreatif sungguh.

Pengalaman join treasure hunt memang amat bermakna. Cyber Eco Hunt 2019 bakal menjadi sejarah di dalam arkib!

  1. GSC 100Plus Treasure Hunt 2010
  2. #AABC 2nd Anniversary Photo Hunt di Bangkok 2015
  3. Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013
  4. 1Utama Wonder Food Adventure 2013
  5. Allianz Amazing Hunt 2014
  6. Putrajaya Treasure Hunt 2013
  7. Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 2017
  8. Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 2019

Seawal jam 5 pagi Ruby dah bersiap sedia untuk ke Wisma DRB-Hicom di Shah Alam. Risau lewat dan kesesakan lalu lintas. Ruby menetap di kawasan super jem strawberri tau. MRR2 kalau lambat je keluar, mesti sangkut di Ampang. Ruby tiba di Wisma DRB-Hicom sekitar jam 6.30 pagi. Alhamdulillah awal. Daftar dan dapat bag beserta pakaian. Kemudian, Ruby baca buku panduan yang disediakan oleh Cyber Eco Hunt 2019.

Strategi treasure hunt adalah kena sentiasa pantas dan bersedia. Siap sedia kapsyen dan hashtag. Kemudian tinggal untuk ambil gambar atau video sahaja. Walaupun Ruby tidak menang besar, teknik ni korang boleh belajar ok. Hiksss!

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019 Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Flag Off oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Zain bin Haji Hassan; Chief Executive Officer Alam Flora Sdn Bhd dan Encik Nazar bin Abdul Raof; Head of Company, DHES Sdn Bhd.

Visi dan misi Cyber Eco Hunt 2019 ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Dari pelbagai sudut di ambil kira. Jika pihak Alam Flora tidak cipta kempen kesedaran, pasti ramai pekerja diperlukan untuk membersihkan kawasan-kawasan tertentu. Sebagai contoh, anda buang sampah di dalam longkang, longkang tersumbat, panggil siapa untuk bersihkan? Mesti Alam Flora dan DHES kan? Jadi, ia akan berbalik kepada pengurusan DHES. Apa kata kita mula kitar semula dan kali ini, kita cari lokasi yang boleh menerima hasil barang kitar semula yang kita kumpulkan. Sebab tidak semua kawasan mempunyai Alam Flora, sebab setiap tempat ada Majlis Perbandaran. Jadi, anda sendiri perlu plan untuk hantar barang kitar semula ke Pusat Kitar Semula Komuniti atau join acara bersama yang sentiasa dikemaskini di facebook DHES. Okay? Sebagai contoh, acara dibawah ini bakal berlangsung hujung minggu ni. Jom hantar minyak masak.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Tujuh Tugasan, Empat Checkpoint

Checkpoint 1 : Work & Safety & Life of Gardener

Pertama kali mencuba memakai Harness dan mencuba peralatan pengurusan landskap. Menyapu sampah, blower daun kering dan mesin rumput. Satu plastik kuning sudah penuh untuk satu tempat, bayangkan tukang sapu sampah yang menyapu di atas jalan raya tu. Daun gugur mesti banyak. Campur dengan yang buang sampah dari kenderaan lagi. Aiyyoooo!

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019
Kehidupan Si Tukang Potong Rumput – Fahmi Esmail
Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019
Utamakan Keselamatan!

Checkpoint 1 : Square Footage Calculator

Kami dapat mencuba menggunakan alat pembersihan bangunan iaitu mesin polisher dengan cara yang betul dan selamat. Susah rupanya nak kawal mesin ni. Berpusing Ruby tadi. Haha

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Checkpoint 2 : Creative Campaign

Ruby sediakan video untuk kempen kesedaran “Buang Sampah ke dalam Tong Sampah” untuk melestarikan alam sekitar. Kami cari sampah di kawasan River of Life, kemudian kami rekod, kemudian shoot lagi. Hahaha.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019
Pertama kali ke River of Life, cantiknya tempat ni. Teringat masa pergi Tuisyen Kasturi masa zaman sekolah. Jalan belakang ni laluan pintas dari kesesakan bas.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019 Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Checkpoint 2 : Love Food, Hate Waste & Say No to Straw

Mempromosikan “Love Food, Hate Waste ” untuk mengelakkan pembaziran makanan dan kempen “Bring Your Own Lunch Container” sebagai langkah untuk mengurangkan kadar sisa makanan secara berkesan. Dulu masa zaman sekolah selalu bawa bekal. Kemudian ada bawa botol air sendiri. Sudah terbiasa dan kini Ruby terapkan kepada anak-anak. Mereka akan bawa bekal hari-hari. Hehe

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019 Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019 Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Checkpoint 3 : Used Cooking Oil & 3R on Wheels

Ruby bantu surirumah di Presint 9 tentang cara-cara menyimpan minyak masak terpakai. Ruby bawa sepaket karipap dan sebotol minyak masak. Kemudian kami kitar semula minyak yang sudah dipakai ke trak DHES menerusi 3R on Wheels dan Puan Azizah berpeluang menerima wang tunai serta mata ganjaran Petronas Mesra. Best kan?

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Checkpoint 3 : Alam Flora Buy Back Centre di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Putrajaya

Kali ini kami diberi tugasan berkumpulan untuk mencari sampah menggunakan aplikasi QR Code dan Google Maps. Kami berjalan di tasik Presint 9, Putrajaya. Jumpa 5 bungkusan sampah. Kemudian kami asingkan, timbang, masukkan ke dalam ruang yang dilabel kertas, tin dan plastik. Di sini anda juga akan menerima wang tunai dan mata ganjaran Petronas Mesra.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Checkpoint 4 : Integrated Recycling Facility (IRF)

Pertama kali melawat tempat yang mengasing sampah dan terus proses untuk membolehkan plastik, tin dan kertas di kitar semula. Kesemua bahan yang sudah diproses akan di asingkan dan menanti pembeli dari kilang-kilang besar. Di sini para pekerja kontraktor Alam Flora mula buat kerja seawal 7 pagi dan berakhir pada 6 petang setiap hari. Selepas itu kami mencipta logo kitar semula melalui rangka seni yang dihasilkan melalui botol plastik.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019
Encik Kairul Nizam dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Zain bin Haji Hassan; Chief Executive Officer Alam Flora Sdn Bhd

Ruby Menang RM 100 Untuk Tugasan “Kitar Semula Minyak & Alam Flora 3R On Wheels”

Ruby ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong dan pengikut instagram @rubydotmy. Hari ini sebanyak 7 post telah ruby spam di ruangan instagram. Malah ada instagram story dan igtv lagi. Kemudian ada pula facebook dan twitter. Hahaha. Agak kelam kabut sedikit, tapi tidak mengapa. Banyak maklum balas dari pengikut di instagram dan facebook. Ini bermakna, ramai sudah sertai kempen dari DHES dan Alam Flora. Cuma, lokasi pusat kitar semula sahaja tiada di kawasan mereka.

Di dalam program Cyber Eco Hunt 2019 ni Ruby memenangi RM 100 dari tugasan nombor 5 iaitu “Kitar Semula Minyak & Alam Flora 3R On Wheels”. Pengisian ini menarik dan Ruby teruja menghasilkan video di IGTV. Sebagai ibu, Ruby memang melakukan kitar semula. Di rumah adalah permulaan untuk mendidik seluruh keluarga menjaga alam sekitar. Hehehe.

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Lifestyle Blogger (@rubydotmy) on

Tahniah Kepada Pemenang Cyber Eco Hunt 2019

Terdapat 3 kategori peserta, Key Opinion Leader (KOL), Influencers dan Bloggers. Setiap kategori ini akan memenangi wang tunai RM 700, RM 500, RM 300 dan RM 100 untuk tujuh tugasan yang telah dilakukan. Dari KOL terdapat 5 peserta, Influencers 8 peserta dan Blogger seramai 16 orang. Secara keseluruhan adalah seramai 29 orang peserta menyertai Cyber Eco Hunt 2019.

Mengenai Alam Flora Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 1995, Alam Flora Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat pengurusan alam sekitar terkemuka di Malaysia yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat untuk menguruskan dan mengurangkan sisa dengan kesan alam sekitar yang minimum. Alam Flora adalah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad, salah satu syarikat terkemuka di Malaysia yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad, memainkan peranan penting dalam menyokong transformasi Malaysia menjadi negara berdaya saing, berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi.

DRB-Hicom adalah konglomerat keusahawanan dengan tiga sektor perniagaan teras, automotif, perkhidmatan; dan harta, aset dan pembinaan. Sebagai salah satu pemegang konsesi terbesar pengurusan sisa pepejal negara dan projek penswastaan ??pembersihan awam, Alam Flora menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa yang komprehensif kepada beberapa kawasan konsesi di kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan Pahang.

www.alamflora.com.my
www.instagram.com/alamflorasdnbhd
www.facebook.com/alamflorasdnbhd

Mengenai DHES Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 2013, Syarikat Alam Sekitar DRB-Hicom Sdn Bhd (DHES) adalah anak syarikat milik penuh Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) di bawah kumpulan drb-hicom berhad (salah satu konglomerat utama Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia berhad). Bersertifikat dengan ISO 9001: 2008 pada tahun 2015, DHES telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat, kerajaan dan institusi sepanjang tahun.

Bersertifikat dengan ISO 9001: 2008 pada tahun 2015, DHES telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat, kerajaan dan institusi sepanjang tahun. DHES mengkhususkan diri dalam menyediakan perkhidmatan alam sekitar yang komprehensif untuk memperkaya kualiti hidup. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan kualiti tertinggi perkhidmatan alam sekitar di mana kepuasan pelanggan kami adalah keutamaan kami. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan persekitaran yang kompetitif dan premium termasuk Pengurusan Sisa Pengurusan Bersepadu, Kitar Semula dan Rawatan Buangan, Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur, Pengurusan Kemudahan Aset dan Pengurusan Projek dan Perundingan.

Untuk memastikan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan yang tinggi, kami mempunyai lebih daripada 400 kakitangan yang berpengalaman dan terlatih, yang ditempatkan di seluruh Malaysia. DHES bertujuan mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa.

www.dhes.com.my
www.instagram.com/DHESSdnBhd
www.facebook.com/DHESSdnBhd

 

Previous

Rumah Terbuka Bersama Vacuum Blender ProWellness Beko

theAsianparent Menyediakan Panduan Untuk Masyarakat

Next

19 thoughts on “Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019”

  1. Fuhhh aktif betul ruby sis tengok, suka join event2 macam ni. Kalau sis mau pancit separuh jalan..hehehe. Tapi best kan..banyak pengalaman dan benda baru yang boleh dipelajari dan dalam masa yg sama dapat mendidik diri sendiri dan orang lain kepentingan menjaga alam sekitar

    Reply
    • I am super impressed with all the activities they have promote and done..and there’s alot of activities to be done too! Glad that you complete the challenges and bring the message out to everyone here.

      Reply
  2. menarik snagt program macm ni..hebat boleh baut kerja, boleh post terbaik la kak ruby..dalam pada masa yang sama, mendidik kita untuk jaga kebersihan. Minyak masak tu dah lama tau, tapi tu la nak hntr ke putrajay, jauh juga..hehee..kalau la ade tempat setiap bandar, bgus tu

    Reply
  3. wAH… MENARIKNYA… BARU-BARU NI SAYA PUN ADA LALU KAT RIVER OF LIFE TU… SERIOUSLY CANTIK SIS… BAGUS BETUL SIS MENGIKUTI AKTIVITI-AKTIVITI YANG SEBEGINI… DI SAMPING DAPAT MENYIHATKAN BADAN, DAPAT JUGA BERBAKTI KEPADA ALAM SEKITAR… SYABAS KEPADA SEMUA… BRAVO…

    Reply
  4. Bestnye program2 mcm ni. Lama benar tk join treasure hunt. Ni program terbuka atau company sahaja. Sebab jarang tgk iklan program mcm ni. Selalu yg keluar program marathon je. If ada lg nk join jugak la.

    Reply
  5. Banyak juga checkpOint dan tugasan yang perlu dibuat tu. Confirm penat. Tapi melihatKan begitu banyak kerja amal yang Ruby buat, terasa kagum. Saya sendiri pun suka asingkan saMpah, asingkan Minyak masak dan suka recycle. Saya suka inisiatif Macam ni. Terbaik!!

    Reply
  6. SEronoknya baca pengalaman ruby join treasure hunt ni. dari pagi sampai ke petang tu, confirm penat. Tapi pengalaman dan kenangan tu yang kita akan ingat kan.. Kempen kesedaran alam sekitar macam ni sangat bagus dan menarik.

    Reply
  7. wa it was a nice and fun day ruby welldone. I saw you guys posting about Cyber Eco Hunt 2019 and congrats to the winners of kol and bloggers. untunga win the cash prizes can buy many things kan. i wish i can join next time juga

    Reply
  8. Amboi rajinnya membersih hehehee tengok menggunakan peralatan mencuci tu baru tahu kan kerja membersih ini sangat susah dan juga sangat memberatkan jadi sebab itu penting menjaga kebersihan bukan letak pada tugas pekerja sahaja baru negara kita cantik..

    Reply
  9. Wah bestnya dapat rasainya pengalaman macam ni.Dapat banyak pendedahan tentang reuse,reduce dan recycle.Maklumlah rata-rata masyarakat kite kurang pendedahan pasal benda ni.Tak menang tak pe.Pengalaman itu penting kan,hehehe.Seronok baca.hehehe

    Reply
  10. Sis Ruby patut pergi River Of Life waktu malam sebab warna sungai tu berubah jadi biru. Tapi masa pergi haritu sedih jugak la sebab berbau. Sekarang mungkin dah okay sebab ada aktiviti jaga alam sekitar macamni. Good job!

    Reply

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.