Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitcatcha

Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitchacha

Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitcatcha. Assalammualaikum semua! Dah lama Ruby tidak berkongsi tips dan tutorial bagaimana ingin menyelenggara laman blog. Ramai pembaca blog Ruby.my adalah dikalangan blogger dan pencari tips ringkas. Jadi, untuk hari ini bukan sahaja berkenaan kelajuan pelayan sahaja. Tetapi Ruby akan berkongsi beberapa tips menarik sepanjang Ruby menulis blog. Pemeriksaan kelajuan pelayan di dalam bahasa inggeris adalah “Server Speed Checker” dan merupakan salah satu perkhidmatan PERCUMA yang disediakan oleh Bitcatcha Malaysia. Harap-harap kalian tidak keliru dengan pelayan restoran dan pelayan laman sesawang. Hahahaha…

Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitcatcha

Kelajuan pelayan blog atau laman sesawang perlu sentiasa di periksa. Kalau boleh, sebulan sekali semak prestasi blog anda. Sebab, dari sini kita boleh tahu keadaan blog kita. Berapa lama masa diambil untuk akses ke blog anda, dari negara mana dan disamping itu anda boleh tahu apa masalah yang membuatkan blog anda semput.


Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitchacha

Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitchacha

Melalui ujian Birchacha, Ruby dapat A+ dibanyak lokasi. Alhamdulillah. Ujian ini mendedahkan masa tindak balas pelayan web kita. Ia menyumbang kepada masa pemuatan halaman blog. Masa beban halaman web anda bergantung kepada beberapa faktor, termasuk kod, caching, sistem penghantaran kandungan dan banyak lagi. Masa tindak balas hosting web anda bergantung kepada kualiti rangkaian dan perkakasannya. Pada akhirnya, masa tindak balas pelayan adalah asas kelajuan laman web anda. Menurut Google, kelajuan respons server sebanyak 200 ms adalah matlamat kita sebagai seorang penulis Blog.

Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, penarafan yang sesuai untuk kelajuan respons pelayan anda harus B + dan ke atas. Sekurang-kurangnya, ia mestilah C +. Berikut adalah cara pelayan disenaraikan:

Apa-apa sahaja di bawah 180 ms adalah disenaraikan A +

  • 181 ms -210 ms disenaraikan A
  • 211 ms – 220 ms disenaraikan dalam B +
  • 221 ms – 240 ms disenaraikan B
  • 241 ms – 280 ms disenaraikan C +
  • 281 ms – 360 ms disenaraikan C
  • 361 ms – 520 ms disenaraikan D +
  • 521 ms – 840 ms disenaraikan D
  • 841 ms – 1,480 ms disenaraikan E +
  • Apa-apa di atas 1,480 ms disenaraikan E

Sekiranya rating anda tidak bertambah kepada sekurang-kurangnya C + selepas beberapa ujian, kami mencadangkan untuk mengkaji semula lokasi di mana pelayan anda tidak berfungsi dengan baik. Jika pengunjung laman web anda tidak berada di lokasi yang terjejas, maka ini tidak penting. Tetapi jika mereka pengunjung dari lokasi yang memberi trafik tinggi, maka anda akan mengalami kerugian. Ini mungkin mengakibatkan kehilangan pengguna dan jualan yang berpotensi. Dalam hal ini, anda disarankan untuk beralih webhost yang lebih baik.

Pengalaman Menulis Blog Bermula Dari Zaman Sekolah

Ruby bermula menulis blog pada awal usia 16 tahun semasa di Tingkatan 4. Ketika itu, jurusan Teknologi Maklumat & Akaun mula dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran. Ruby adalah pelajar kumpulan pertama yang terpilih dan maka bermulalah sesi pembelajaran di makmal komputer. Seronok sungguh belajar komputer macam ala-ala di universiti. Sebab bukan belajar ilmu asas aje.

Alhamdulillah di rumah juga Ruby sudah mempunyai sebuah komputer. Mak beli masa Ruby Tingkatan 1. Banyak kerja kursus dan peperiksaan berkenaan komputer Ruby akan A+. Apabila kita memiliki peranti yang diperlukan semasa proses pembelajaran ketika SPM, ia lagi memudahkan Ruby untuk belajar dan faham bahasa pengaturcaraan dan perakaunan. Bagaimana tercetus untuk menulis blog? Pasti ramai ingin tahu kan?

Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitchacha

Ruby bermula semasa mendaftar google email pada tahun 2003. Ketika itu ingin tahu apa lagi yang boleh dilakukan di Google. Mustahil hanya “search engine” dan “email“. Sebab di Yahoo ada bahagian berita, chat dan macam-macam. Di Google, Ruby nampak “Blogger” dan “Google Earth“. Wowww ZOOM IN   Ia adalah platform untuk menulis blog. Ruby boleh set privasi kepada bacaan awam atau simpan untuk bacaan sendiri.

Sepanjang menulis blog, Ruby menggunakan platform Blogger sahaja. Kemudian, Ruby beli domain yang lebih mudah untuk diingati. Sepanjang 16 tahun ni, sebanyak 3 kali domain Ruby bertukar. Kadang-kadang peluang datang depan mata, terus sambar domain ruby.my. Hehe.

Tips Berjaya Sebagai Penulis Blog

Penulis Blog adalah karier yang paling lama Ruby berkecimpung dan ia adalah paling lama. Ramai sahabat sekolah rendah beritahu yang Ruby memang suka menulis dari sekolah rendah. Mesti tulis karangan atau cerpen lain dari yang lain. Pandai mengolah ayat dan sentiasa ada idea. Tapi, Ruby tidak tahu pun itu kebolehan yang akan membawa sampai sekarang. Setelah berumah tangga, Ruby cuba untuk bekerja waktu pejabat. Tetapi, amat sukar untuk Ruby bahagikan tanggungjawab. Anak kecil dan jangkaan boss yang tinggi membuatkan Ruby stress. Jadi, Ruby sentiasa nampak menulis blog ada rezeki untuk Ruby. Ruby juga insan biasa, tidak lari dari tercicir “dateline”. Lagi pun itulah pengalaman yang mematangkan Ruby. Sekarang Ruby nak kongsikan Tips agar korang menjadi Penulis Blog yang beretika!.

Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitcatcha

  1. Memilih Niche Penulisan. Fikir apakah pengisian yang anda suka dan mudah untuk anda terjemahkan dalam bentuk penulisan dengan kadar segera. Lihat persekitaran anda, lihat apa yang anda miliki. Semua orang ada telefon pintar, tetapi tidak manfaatkan sepenuhnya. Belajar memahami kekuatan telefon anda. Mungkin anda boleh jadi “Food Blogger, Lifestyle Blogger atau Parenting Blogger”?
  2. Persediaan Memilih domain. Ruby belajar berkenaan domain, jika ingin memilih domain. Harus mencari perkataan mudah disebut dalam 2 suku kata. Ya suku kata. Paling tinggi pun, 4 suku kata. Contoh ru by, e ti ka, se pho ra, fa shion va let dan nama-nama lain yang lebih catchy. Ruby pernah ada domain ra bi a tul a da wi yah. hehehe. Panjang kan? Tapi terserah kepada anda untuk memilih domain yang sesuai. Ia ibarat jenama untuk bawa diri anda sampai bila-bila. Domain harus diperbaharui setahun sekali ya.
  3. Perlukah Hosting? Hosting ini adalah rumah untuk anda simpan pelbagai fail. Template blog, artikel, gambar dan video. Banyak pakej tersedia dipasaran. Cara untuk mencari hosting yang bagus adalah berdasarkan pendapat di forum. Tanya sahabat yang tahu berkenaan hosting. Berapa lama hosting tu berkhidmat, pernah kena serangan virus ke, harga berapa pula? Jika anda serius untuk menulis blog dan memerlukan ruang storan besar. Berpindah dari Blogger ke WordPress macam Ruby.
  4. Sediakan Akaun Media Sosial. Zaman sekarang, lebih mudah untuk mengetahui siapa pengikut kita. Walaupun kita bukan siapa-siapa atau selebriti sekali pun. Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana kehidupan kita. Sama ada boleh dijadikan ikon contoh atau netizen biasa. Kita sendiri cipta apa yang ingin dipertontonkan. Ruby sediakan semua akaun media sosial menggunakan nama “rubydotmy” agar nampak seragam.
  5. Diam & Mendengar. Ini adalah perkara yang Ruby sering lakukan. Sebagai penulis, memang kena rajin mendengar dan memberi kata-kata nasihat apabila perlu. Banyak pengalaman kehidupan boleh dikaitkan dalam tiap penulisan blog. Walaupun dengan hanya ulasan makanan atau kecantikan. Pasti ada pengalaman orang lain boleh kita kongsikan.
  6. Kreatif & Rajin. Sentiasa bersedia untuk menimba ilmu. Dunia teknologi maklumat, penulisan blog dan media sosial sentiasa berkembang. Sama ada kita ingin berada di dalam kelompok tersebut atau tertinggal dibelakang. Jika ingin lebih maju dari yang lain, kena sentiasa rajin menggali ilmu.
  7. Tawar-Menawar Harga. Sumber pendapatan seorang blogger akan menjadi lumayan apabila kualiti penulisan dan penglimatan sesama pengikut sentiasa ada. Dari situ anda akan menerima pelbagai jenis tawaran ulasan dan jemputan acara. Ada kalanya rezeki untuk tugasan berbayar tiba, dari situ anda boleh belajar tentang “budget client” dan apa yang anda mampu tawarkan.
  8. Permainan Pasaran Semasa. Ruby selalu berpesan kepada rakan-rakan blogger agar tidak tamak dan sentiasa positif walau apa jua keadaan berlaku. Ini kerana harga tugasan setiap blogger berbeza. Ada bergantung kepada agensi, ada yang bergantung kepada bagaimana orang tengah dari kalangan blogger menguasai client. Banyak perkara berlaku dan jangan mengalah walau bayaran anda pada masa ini hanya RM 150. Berbalik kepada bagaimana anda bermula. Anda akan melaluinya lagi berkali-kali. Teruskan menulis. InsyaAllah ada rezeki untuk orang yang berusaha.
  9. Selenggara Platfrom. Biasakan diri anda untuk menyelenggara blog dan media sosial yang anda miliki. Ini adalah sumber rezeki anda, jangan malas untuk perbaiki atau kemaskini trend semasa.
  10. Server Speed Checker & Broken Link. Perkara ini sering diambil mudah. Ramai beranggapan bahawa hosting company akan cek dan sentiasa menjaga blog anda. Dalam banyak-banyak shared hosting, pasti ada satu dua blog yang akan alami blog lembab macam siput. Lepas tu siap error message keluar. Haaa nak mengamuk kat hosting customer service ke? Ambil tanggungjawab untuk cek sendiri. InsyaAllah bila dah biasa, anda akan rasa rutin ini mudah. Lakukan sebulan sekali. Broken Link kena cek sebab kebanyakan lama web yang lama-lama tu mungkin sudah tidak wujud.

Kerjaya sebagai penulis blog atau penulis kreatif atau penulis skrip ini adalah kerjaya seumur hidup buat Ruby. Ruby akan terus menulis dan semoga perkongsian ini bermanfaat. Korang cek Server Speed Checker di www.bitcatcha.com.my

www.facebook.com/bitcatcha

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال