Rumah Terbuka Bersama Vacuum Blender ProWellness Beko

Rumah Terbuka Bersama Vacuum Blender ProWellness Beko. Assalammualaikum semua! Yaaaa Allah kemana lah artikel Beko ni menghilang. Ruby dah cuba peralatan elektrik ini semasa bulan Syawal. Semasa rumah terbuka bulan Jun yang lepas, Ruby menggunakan pengisar vakum jenama Beko ni. Kotak dia besar dan nampak pengisar tegap warna hitam. Wowww. Ruby nak kisar cili untuk menu soto sahaja. Why not kita cuba. Sebab cili kicap selalunya kalau dikisar halus baru lah ternganga makan kepedasan. Hahaha. Kalau pakai pengisar sedia ada tu tak kisar halus, biji cili pun masih ada. Okaylah jom kita cuba Beko.

Rumah Terbuka Bersama Vacuum Blender ProWellness Beko

Malam sebelum rumah terbuka kebiasaannya akan jadi meriah macam malam raya. Anak-anak tidak mahu tidur dan semua ralit membantu Ruby. Suami siap lap kipas, basuh tandas dan tonton filem. Kena paksa tidur, barulah mereka tidur. Nanti esok siapa nak melayan tetamu kalau dah semua mata macam panda? Hahaha.

Ruby bersyukur semua yang Ruby jemput, mereka hadir. Jemputan hanya dari kalangan ahli keluarga jauh dan dekat, kemudian disusuli dengan sahabat baik dari zaman sekolah, universiti, kerja dan blog. Haaa meriah sungguh rumah. Suami ruby juga turut menjemput kenalan tempat kerja. Adam dan Alif happy melihat tetamu kunjung tiba. Mereka pun sibuk membantu Ruby. Kemas meja, kutip sampah dan hantar pinggan mangkuk ke dapur. Hehehe. Menu hidangan semuanya disediakan oleh mak Ruby. Super Chef. Hahaha.

Vacuum Blender ProWellness Beko

Pengalaman menggunakan pengisar Beko ni adalah sesuatu yang baru bagi Ruby. Sebab pertama kali cuba. Bila nak mula mengisar tu, jadi panik kenapa senyap? Tak tekan lagi ke? Hahaha. Kami kisar buah epal merah dan sambal cili kicap. Haaaaa.

Lihat tekstur jus epal ruby tu. Fuhhhh sedap sungguh. Jus epal TULEN. Kedap udara dan memelihara rasa. Seterusnya kami kisar cili kicap. Memang terbaiklah tekstur sambal kami tu

Tadaaa siap! Hahhh tengok hasilnya. Halus mulus, pasti berasap telinga makan mee soto kuuu. Hahaha. Happy sangat bila ada Vacuum Blender ProWellness Beko. Setiap rumah wajib ada pengisar ni.

Spesifikasi Vacuum Blender ProWellness Beko

  1. Bilah keluli tahan karat bergerigi
  2. Kunci keselamatan
  3. Tetapan kelajuan berubah mengikut kesesuaian
  4. Pad getah anti slip
  5. 1.5L kapasiti jug plastik Tritan

Faedah Vacuum Blender ProWellness Beko

  1. Tapak Anti-slip – Mencegah dari tergelincir dari apa-apa permukaan sama ada permukaan kering atau basah.
  2. Memelihara Nutrisi dan Rasa – Teknologi pengisar vakum ini mengelakkan pengoksidaan dan mengurangkan pendedahan kepada udara. Ia memberi anda rasa makanan & minuman lebih enak apabila proses mengisar kedap udara.
  3. Tetapan Kelajuan Berubah – Kawalan kelajuan dengan “Pulse System” yang mudah digunakan.
  4. Pilihan Mudah – Dengan 6 Pre-set menu, penyelesaian untuk penggunaan cepat dan mudah

Mudahnya Mencuci Vacuum Blender ProWellness Beko

Lagi satu Ruby suka pengisar Beko ni sebab mudah untuk dicuci. Ruby pantang kalau pengisar susah nak dicuci, bilah terselit ke dalam. Nak jolok span masuk dalam pun bahaya, boleh terluka jari. Tetapi dengan Beko anda boleh buka bahagian jug. Best kan?

Mengenai Beko

Beko adalah jenama nombor 1 di pasaran Eropah dan jenama peralatan rumah kedua terbesar di Eropah (Disember, 2017). Ia telah menjadi peralatan rumah utama yang paling cepat berkembang di pasaran Eropah sejak tahun 2000. Beko adalah jenama perkakas rumah antarabangsa Arçelik dan Rakan Kongsi Premium FC Barcelona.

Dikenali sebagai jenama yang menghormati dunia dan dihormati di peringkat global, prinsipnya adalah “being a partner of our consumers in their daily life needs”. Beko cekap dalam pembuatan produk yang mesra alam dan dengan kemenangan eko-anugerah, ia memperkemaskan dengan falsafah ini.

Sebagai “Official Partner of the Everyday”, Beko sentiasa akan terus memastikan pelanggan menerima manfaat dari produk ini dengan membuat dan menawarkan produk yang akan menjadikan kehidupan pelanggan lebih mudah dengan pendekatan perkhidmatan yang sempurna.

www.beko.my
www.facebook.com/BekoMalaysia

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال