theAsianparent Menyediakan Panduan Untuk Masyarakat

theAsianparent Menyediakan Panduan Untuk Masyarakat. Assalammualaikum semua! Yay tahniah kepada theAsianparent kerana berjaya meluaskan manfaat keibubapaan ke negara Malaysia! Awal Januari 2019 mereka mula “ambil hati” ibu-ibu, sekarang aplikasi ini paling aktif digunakan. Bukan setakat membawang sahaja, aplikasi ini lengkap dengan segala panduan. Adakah anda sudah muat turun aplikasi ini? Jom sertai sekarang! Kita bantu ibu bapa baru dan gadis-gadis muda yang ada 1001 persoalan. Pengalaman kita juga penting untuk dikongsikan! Sepanjang pelancaran aplikasi theAsianparent, terdapat banyak aktiviti disediakan seperti Doktor dari Pusat Perubatan Sunway Velocity menjawab soalan-soalan di ruang perubatan dan setinggi penghargaan kepada MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka, Grab dan Photobook kerana menaja acara ini! Goodies Bag yang Ruby bawa pulang sehingga tidak cukup tangan! Terima kasih dan tahniah theAsianparent!

theAsianparent Menyediakan Panduan Untuk Masyarakat.

Ibu bapa dan masyarakat di Asia wajib memiliki aplikasi theAsianparent. Ia dapat membantu kita semua mencari solusi terhadap apa jua persoalan. Sama ada tips membesarkan anak, kehamilan, nutrisi atau apa sahaja yang anda ingin tahu.

theAsianparent, portal keibubapaan terbesar Asia Tenggara dengan rangkaian bulanan mencecah lebih daripada 25 juta pengguna, meraihkan pelancaran rasmi aplikasinya hari ini. Direka bagi membimbing ibu bapa Asia hari ini, app theAsianparent berhubung dengan peringkat berbeza-beza di dalam perjalanan seorang ibu Asia daripada tahap pembenihan hingga hamil kepada penyusuan anak dan kemuncaknya membesarkan anak-anak yang riang, sihat dan berkeyakinan.

Kebanyakan yang baharu pertama kali menjadi ibu bapa berdepan dengan persoalan-persoalan mereka sendiri apabila mengandung. Apakah elok memakan nasi lemak semasa hamil? Berapa berat anak dalam kandungan saya sekarang? Mungkin seberat biji Iongan, jambu atau limau bali? Menerusi komuniti yang terdapat di dalam app theAsianparent, ia menawarkan jawapan kepada semua persoalan itu.

“Kami tertumpu kepada usaha memperkeasakan ibu bapa Asia dan menyediakan mereka dengan alat-alat untuk membimbing perjalanan mereka sebagai ibu bapa. Menerusi app kami, kami berusaha membawa ciri-ciri komuniti dan ruang selamat bagi ibu bapa yang semakin teguh mengamalkan gaya hidup digital,” kata Serina Sue, Timbalan Pengurus Negara theAsianparent Malaysia.

theAsianparent Kini Berada Di 12 Negara!

Aplikasi ini bukan biasa-biasa, mereka telah melebarkan sayap hingga ke 12 negara termasuk Malaysia. Bayangkan komuniti kekeluargaan ini aktif di dalam satu aplikasi? Tidakkah ia dipercayai dan boleh diharapkan? Tahniah theAsianparent! Aplikasi ini amat membantu Ruby.

Ciri-Ciri Menarik Aplikasi theAsianparent

Direka khusus bagi memenuhi keperluan ibu bapa Asia, ap theAsianparent memaparkan ciri-ciri penjejak kehamilan dan bayi yang memantau perkembangan harian dan juga memberikan maklumat penting seperti jangkaan simpton dan peringatan yang ibu-ibu mungkin perlu lakukan. Malah selepas beranak, ibu bapa boleh terus menjejak perkembangan anak mereka sehingga ke usia enam tahun.

Dilengkapi dengan panduan komprehensif mengenai makanan dan nutrisi, app theAsianpaent juga membantu ibu bapa memilih makanan yang sihat semasa tempoh kehamilan dan menawarkan nasihat mengenai makanan berkhasiat terbaik untuk bayi. Senarai penuh ini turut merangkumi rujukan makanan tempatan seperti nasi lemak dan sirap bandung, supaya ibu-ibu di Malaysia sentiasa boleh yakin dengan makanan yang mereka makan.

Sebagai tambahan kepada forum sokongan komuniti dan panduan menyeluruh serta artikel, app theAsianparent turut menawarkan pengguna platform untuk bertanya kepada pakar perubatan dan mendapatkan jawapan mengenai soal berkaitan kehamilan dan keibubapaan sambil mempelajari lebih lagi mengenai perubatan, kesihatan dan kesejahteraan. Pengguna digalakkan untuk mengemukakan sialan pada app dan berinteraksi secara terus dengan pakar perubatan daripada Sunway Medical Centre Velocity dan DoctorOnCall untuk mendapatkan pemahaman lebih baik mengenai penyakit, vaksinasi dan juga alahan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.

Tambahan kepada ciri-ciri menarik ini, pengguna app yang menjawab soalan di dalam forum komuniti atau mengundi di dalam pengundian boleh mengumpul mata dengan berinteraksi di dalam app theAsianparent. Pengguna juga boleh mendapat ganjaran menarik dengan menebus mata menerusi bonus ShopBack, langganan iflix dan kredit e-dompet Boost.

12 Topik Disediakan

Aplikasi theAsianparent tidak tertumpu kepada wanita dan ibu khususnya. Tetapi, menawarkan semua golongan masyarakat. Ia tidak membataskan si bapa untuk turut serta, 12 topik yang tersedia adalah Preeschooler, Bigger Kids, Random Talk, Toddler, Just Mums, Just Dads, Reciper Sharing, Breastfeeding, Baby, Buy & Sell, Pregnancy dan Trying To Conceive. 5 topik yang Ruby sedang ikuti adalah Preeschooler, Bigger Kids, Random Talk, Toddler dan Recipe Sharing. Sebab Adam dah mula sekolah dan Alif pula kreatif ya amat! Jadi, sebagai Ibu, Ruby ingin sentiasa bersedia dengan perubahan yang berlaku kepada mereka. Bila dah ada ilmu dan baca pengalaman dari parent yang lain, mungkin Ruby lebih bersedia. Tidak cepat marah bila mereka inginkan perhatian atau bila anak cuba berkomunikasi tapi kita terlalu sibuk. Apa akan terjadi? Macam mana nak ambil hati anak-anak balik? Sebab Ruby tidak mahu mereka memberontak.

Artikel Menarik Dari Penulis theAsianparent

Selain dari ibu bapa diberi ruang untuk berbincang, bertanya dan menjawab soalan. Artikel di dalam aplikasi ini juga sangat menarik. Contohnya artikel tentang penyusuan, masalah emosi, perkembangan anak-anak dan tips.

Peraduan Menarik Di Aplikasi theAsianparent

Peraduan tidak boleh dipisahkan. Masa ini lah kita boleh mencuba untuk mendapatkan sesuatu yang kita tidak boleh dapat. Berusaha untuk masuk peraduan dan kebanyakan hadiah amat bermakna untuk ibu bapa dan anak-anak. Seperti memenangi barangan elektrik, bag diaper, parti hari jadi dan banyak lagi!

Video & Audio Menarik Untuk Menyelamatkan Situasi

Zaman sekarang, gadget tidak dapat dipisahkan. Kadang-kadang bukan selalu diberikan kepada anak-anak, tetapi sering dipandang hina oleh sesetengah individu apabila memberi telefon pintar kepada anak kecil di restoran. 30 minit di restoran untuk beri anak ralit sementara ibu bapa makan sekenyangnya. Don’t judge okay. Ruby memang berikan anak Ruby telefon pintar untuk mereka tidak mengganggu pelanggan lain. Sebab anak Ruby boleh berlari satu restoran dengan gelak tawa dan pastinya itu lagi membahayakan mereka. Restoran ada makanan dan minuman panas. So dari kemalangan berlaku, ayuh pasang Video dari aplikasi theAsianparent. Haha.

Ibu Era Digital Sentiasa Tahu Perkembangan Terkini

Di dalam usaha memberi penerangan tentang bagaimana ibu bapa di dalam era digital ini berterusan berevolusi, Timbalan Pengurus Negara, Serina Sue lbrahim membentangkan maklumat mengenai tingkah-laku libu-ibu Malaysia di dalam era digital bagi tahun 2019.

Pembentangan itu menerangkan bahawa laman-laman web keibubapaan kekal menjadi satu daripada sumber utama ibu-ibu era digital bergantung harap bagi mendapatkan bantuan keibubapaan dan kebanyakan daripada mereka berkomunikasi dengan ibu-ibu lain secara dalam talian, secara kerap. Turut didedahkan ialah 99% ibu-ibu di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial, yang paling popular ialah Facebook, lnstagram dan YouTube. Dengan peningkatan akses kepada internet dan penggunaan media sosial, tidak dapat dinafikan komuniti dalam talian berterusan menjadi sistem sokongan yang teguh untuk ibu bapa hari ini yang arif dengan dunia digital.

Ruby VIP Member theAsianparent

Bagaimana ingin menjadi VIP Member? Supaya bila ruby komen atau memberi soalan, anda akan nampak badge. Fuhh bangganya Ruby. Macam expert mom gituh. Anda hanya perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh theAsianparent. Good luck!

Terima Kasih theAsianparent

Seperti yang Ruby maklumkan di awal tadi, banyak barang dalam goodies bag kan? Masa Ruby pulang, anak Ruby teruja nak buka semua hadiah dan baucar. Tapi, macam biasa la perlukan perkhidmatan suami untuk memasangnya! Teater tu paling mereka teruja! Hehehe. Terima kasih Sunway Medical Centre Velocity, MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka, Grab dan Photobook.

Muat Turun Aplikasi theAsianparent Sekarang!

Pengguna Android boleh memuat turun app theAsianparent app daripada Play Store manakala pengguna iOS daripada App Store. Jom Download ‘theAsianparent’ app. Asia’s largest parenting network. Klik www.theasianparent.page.link/RWjQM24FsM6JT6w76

www.my.theasianparent.com
www.facebook.com/theAsianparentMY
www.instagram.com/theasianparent_my
www.twitter.com/theasianparentm
www.youtube.com/user/theasianparent

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال