Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!

| |

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Mariah! Assalammualaikum semua! Selama 3 hari ini telah berlangsung Festival Seni Selat Melaka 2019. Pelbagai sorotan program telah disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Selain itu, festival ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob; Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan YBhg. Tan Sri Hajjah Norliza Rofli; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Melalui festival begini, pengunjung dapat melihat persembahan seni budaya dengan lebih dekat lagi. Ruby amat seminati seni dan budaya, tambahan di negeri Melaka terdapat pelbagai budaya dari pelbagai bangsa yang hidup harmoni. Diantaranya adalah gabungan persembahan dari masyarakat Melayu, Cina Melaka, India, Baba & Nyonya, Chetty, Serani dan Bawean. Selain itu di antara kebudayaan Melaka yang unik adalah Dondang Sayang, Tarian Portugis, Nazam, Silat Melaka dan Congkak.

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Mariah!

Kebudayaan Melaka bermula lebih daripada enam kurun dahulu dimana pelbagai adat etnik dan tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum seperti orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chetty dan Eurasia. Setiap kumpulan etnik ini memberi citarasa yang berbeza rakyat Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang peramah. Setiap kaum ini memegang teguh tradisi mereka dan ini dapat dilihat melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, rekabentuk kediaman, fesyen pakaian, barang kemas dan kraftangan.

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi di bawahnya telah berganding bahu bagi menjayakan Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang telah berlangsung pada 18, 19 dan 20 Oktober 2019 bertempat di Dataran Kota A Famosa, Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka Bandaraya Warisan Dunia. FSSM2019 yang berlangsung selama tiga (3) hari ini bertemakan “Selat Melaka, Warisan Nusantara” mengetengahkan pelbagai aktviti berteraskan seni budaya, warisan, pelancongan, keilmuan, keusahawanan, gaya hidup dan pencungkilan bakat muda negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia.

Di antara pengisian menarik FSSM 2019 adalah Acara Kemuncak Malam Gala Selat Melaka (19 Oktober 2019 – Sabtu) serta pengisian lain iaitu Persembahan Sisipan (Showcase) Warna-warni Selat Melaka, Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka, Pusat Transformasi Rakyat, Bazaar Citrarasa Inap Desa Selat Melaka, Bazaar Selat Melaka : Seni Budaya, Kraf Warisan dan Pelancongan, Sesi Keilmuan & Perkongsian Ilmu dan Joget Lambak@Melaka sebagai Acara Penutup. Kerajaan Negeri Melaka juga turut mengangkat FSSM2019 terutama untuk acara Malam Gala Muzikal Selat Melaka sebagai sebahagian daripada acara Sambutan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob.

FSSM2019 yang berlangsung selama tiga (3) hari ini bertemakan “Selat Melaka, Warisan Nusantara” mengetengahkan pelbagai aktviti berteraskan seni budaya, warisan, pelancongan, keilmuan, keusahawanan, gaya hidup dan pencungkilan bakat muda negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia.

Malam Gala FSSM2019

Tetamu Kehormat yang diraikan iaitu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob dan turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN tiba dengan gemilangnya dengan menaiki beca-beca oleh Persatuan Beca Warisan serta diiringi Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis, Melaka dan Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Melaka ke tapak acara. Perarakan Kereta Lembu dan Beca Warisan yang mengiringi kenaikan Tetamu Kehormat pada malam itu adalah sebagai simbolik kepada budaya dan kesenian pelbagai kaum yang menjadi tunjang kepada seni budaya negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!

Malam Gala FSSM2019 menggabungkan garapan kreatif kesenian dondang sayang, kearifan tempatan iaitu seni berbahasa pantun serta persembahan muzik cak lempong, tari randai dan piring lambung yang diwakili oleh JKKN Negeri Sembilan dalam Segmen Kabar Berusik Negeri Sembilan. Sementara JKKN Johor pula menerusi Segmen Bayu Muara Maharani pula akan menampilkan kehebatan seni Ghazal, Kuda Kepang, Barongan dan Zapin yang turut disertai oleh Badan Seni Budaya dari Muar dan Batu Pahat dan penyanyi Rojer dengan permainan muzik gambusnya. Tambah menarik lagi, menerusi Segmen Warna- warni Pelangi Dondang Sayang yang mewakili negeri Melaka selaku tuan rumah pula, JKKN Melaka, Briged Seni Melaka, Kumpulan Kesenian Majlis

Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Institut Warisan Melaka (INSWA) dan Gabungan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan Negeri Melaka turut menampilkan Kumpulan Tarian Singa dan Naga Wen Wei Melaka, Kumpulan Komuniti Chitty Kampung Gajah Berang, Melaka, Badan Kesenian Baba dan Nyonya Melaka (KEBAYA), Kumpulan Kesenian Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka, Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka, Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Persatuan Beca Warisan Melaka, Pengusaha Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis, Melaka, Persatuan Teo Chew Melaka, Persatuan Tamil Melaka, Persatuan Bhangra Melaka, Pusat Warisan dan Kebudayaan Melayu Melaka (PERANTARA).

Tiga Puluh Tiga (33) agensi Kerajaan dari negeri Melaka telah turut serta menjayakan FSSM2019, tujuh (7) agensi swasta, sebelas (11) persatuan dan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan dan dua (2) komuniti.

Pengisian Festival Seni Selat Melaka 2019

1. Persembahan Apresiasi Rakyat & Sisipan (Showcase) Selat Melaka

Persembahan Sisipan Warna-warni Selat Melaka adalah salah satu pengisian program dalam FSSM bagi menghebahkan dan memeriahkan lagi FSSM2019 di beberapa tempat tumpuan pelancong di negeri Melaka. Persembahan sisipan ini akan melibatkan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Mega Mall serta di lokasi utama di Kota A Famosa, Banda Hilir, Melaka.

2. Bazaar Citarasa Inap Desa Homestay

Bazaar Citrarasa Inap Desa Homestay (Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Melaka) pula dengan kerjasama Inap Desa Negeri Melaka pula menghimpunkan gabungan lapan (8) buah Inap Desa Negeri Melaka dengan hidangan kampung yang menyelerakan. Lapan (8) buah Inap Desa tersebut ialah :-

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!

3. Bazaar Selat Melaka / Arts, Culture & Tourism Bazaar

Bazaar Selat Melaka ini mempamerkan produk, demonstrasi dan jualan terdiri daripada usahawan kraftangan dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang merangkumi usahawan hasil rimba, batik jenis ikat, celup dan pelangi, hasil produk dari tanah dan simen, tekstil, logam dan banyak lagi. Di samping itu jua, jualan khat warisan Islam, pelbagai produk dari Persatuan Usahawan Seni Budaya Malaysia yang merangkumi produk spa, perkhidmatan spa, cenderamata, tanjak, busana Melayu, catan muka, alat solek dan tatarias serta alat muzik tradisional. Usahawan makanan muslim iaitu JALEN turut membuat Jualan Promosi, Minuman Percuma Dan Food Tester, Baucer Pembelian, Jualan Promosi, Demonstrasi Masakan serta pelbagai kuiz dan pertandingan. ASD Empire jua akan membuka kaunter alat solek dan tatarias juga melaksanakan aktiviti catan muka (face painting).

Jabatan Warisan Negara akan memaparkan pameran arkeologi untuk pengunjung merasai pendedahan cara-cara kajian arkeologi dan eskavasi cari gali bahan- bahan, artifak dan monument sejarah bagaikan ahli arkeologi. Urus Setia JKKN turut mengadakan pelbagai aktiviti di reruai pameran dengan Pertandingan Mewarna, Demonstrasi Permainan Tradisional, Musang Berjanggut,Kuiz Kebudayaan serta Pameran Fotografi “Syukor Khamis : Kampong Boy” Koleksi Karya Dallah Deen Photography.

4. RETRO AUTOSHOW

Pameran Kereta Antik dan Vintaj akan dilaksanakan oleh Big Sumo Autoshow Komuniti Malaysia pada 19 Oktober (Sabtu) dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Kesemua kereta vintaj dan antik ini menghimpunkan dua puluh buah (20) kereta yang akan di pamerkan sepanjang Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka.

5. PUSAT TRANSFORMASI RAKYAT

PUSAT TRANSFORMASI RAKYAT pula menampilkan sebelas (11) agensi yang menawarkan khidmat pelbagai khidmat rakyat.

6. PENCUNGKILAN BAKAT MUDA SELAT MELAKA

Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka – Menyaksikan lebih enam (6) pertandingan utama yang dipertaruhkan iaitu – Pertandingan Mini Lantai Cilik yang merupakan Pertandingan Tarian Rakyat Kreatif bagi Kategori Sekolah Rendah dan Medley Tarian Malaysia bagi Kategori Sekolah Menengah, Pertarungan Tari Joget & Zapin (TERBUKA), Pertandingan Bintang Dondang Sayang, PertandinganLukisan Potret “Tun Fatimah” Serikandi Melaka, Pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden dan Pertandingan Memanah Tradisi & Memanah Bebas.

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah! Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!

7. Sesi Keilmuan Selat Melaka

Sesi Keilmuan akan menyaksikan sesi perkongsian ilmu Selat Melaka –Program ini akan melibatkan beberapa acara antaranya seperti Sesi pembelajaran Gerak Asas Tari Joget & Zapin beramai-ramai dan Sesi Apa itu Puisi Rejang yang akan menampilkan Tokoh Seni Berbahasa Tuan Haji Rani Embi pada 18 Oktober 2019 (Jumaat) jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan PERZIM, Galeri Muzium Rakyat, PERZIM.

8. Joget Lambak@Melaka

Joget Lambak@Melaka adalah Majlis Penutup kepada FSSM2019 yang akan menyaksikan beberapa pertandingan akhir dilaksanakan iaitu Pertarungan Joget & Zapin (bagi merebut Piala Pusingan Ketua Pengarah JKKN) dan Pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden, Pertandingan Memanah Tradisi & Memanah Bebas serta melancarkan kempen “I LOVE MALAYSIA” Siri Melaka di samping memeriahkan lagi petang yang menjadi acara penutupan kepada FSSM2019.

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!

Tahun Melawat Melaka 2019

Semoga FSSM2019 dapat menemukan idea dan medan pertemuan baharu para karyawan dan semua yang terlibat dalam sektor seni budaya dan warisan di seluruh Malaysia dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri budaya, warisan dan pelancongan untuk disepadukan sebagai salah satu bentuk ekosistem ekonomi dan perdagangan yang baharu hasil gabungan antara usaha melestarikan kandungan seni, budaya, warisan di samping usaha memupuk generasi muda bersekali dalam sektor terbabit. Ini adalah selaras dengan misi kementerian untuk memajukan pelancongan dan budaya di samping mengukuhkan, memelihara dan memelihara seni, budaya dan warisan. Malah usaha ini menyediakan modal insan yang berpengetahuan, mahir, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan budaya. FSSM2019 juga adalah lambang sokongan padu MOTAC dan JKKN dalam menyemarakkan Tahun Melawat Melaka 2019 yang dipacukan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan sekaligus menjadi permulaan yang baik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan datang.

Semoga Festival Seni Selat Melaka diteruskan dan menjadi acara tahunan yang tidak boleh dilupakan oleh pengunjung.

www.facebook.com/JKKNMELAKA
www.facebook.com/mysenibudaya
www.instagram.com/mysenibudaya
www.jkkn.gov.my

Previous

Too Wheel Bukan Sekadar Platform Permotoran

Shopee 11.11 Big Sale 2019

Next

1 thought on “Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.