Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

| |

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober. Assalammualaikum semua! Pada 20 Oktober yang lalu Ruby telah menghadiri program yang amat bermanfaat. Syukur alhamdulillah dapat meluangkan masa ke acara ini. Ia adalah acara yang membuka minda dan dalam masa yang sama memberi impak kepada para wanita bahawa kesihatan yang baik adalah kebahagian untuk diri kita. Apabila diri sihat, kita dapat bersama keluarga. Kita dapat melihat anak membesar dan paling penting, tua bersama suami. InsyaAllah. Semua itu harus dimulakan dengan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Natugee, jenama produk penjagaan wajah berasaskan organik bergabung bersama Mrs Malaysia World menganjurkan acara tanggungjawab sosial korporat bersempena Pinktober iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara. Penganjuran ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ diadakan untuk memperkasakan kesihatan wanita. Ia sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup wanita serta memberdaya peranan penting mereka dalam membentuk pemimpin masa depan demi kehidupan yang aman dan harmoni. Acara ini juga diadakan atas keprihatinan kedua-dua organisasi terhadap masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita yang jumlahnya semakin hari bertambah angka penghidapnya.

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd, Puan Rena Rifaee, seorang wanita memikul peranan yang besar hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri. “Bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mereka juga anak kepada orang tuanya, pekerja atau juga dia memiliki perusahaannya sendiri, dia adalah majikan. ‘Topi’ mereka kerap kali bertukar pakai bererti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga semakin bertambah. Jika mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, ia menyebabkan depresi,” katanya.

Oleh sebab itu, penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan mereka di sekelilingnya.

“Besar harapan kami, acara ini dapat mendidik wanita untuk tidak mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Contohnya penggunaan produk penjagaan wajah. Kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah kandungan di dalam produk kecantikan yang boleh mengganggu hormon, seterusnya boleh menjejaskan kesihatan dalaman mahupun luaran. Kami ingin membantu para wanita dengan mencipta kesedaran mengenainya dan seterusnya membina keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh cabaran dunia hari ini,” tambahnya.

Inilah yang menjadi faktor pelbagai pengisian dalam acara ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’.

Pameran & Aktiviti Semasa Program

Selain dari makanan enak dari Hotel Furama Bukit Bintang yang kami serbu. Hahaha. Semua hidangan bertemakan hi-tea dan manisan. Ternyata kegemaran kami para wanita. Okay, semasa program ini berlangsung. Di antara ruang pameran yang ada adalah dari Natugee Skincare, Waka Waka Kuala Lumpur Playland dan theAsianparent. Ruby dapat cuba produk Natugee dan banyak penerangan manfaat produk diterangkan oleh pakar kecantikan Natugee. Kemudian di booth Waka Waka, Ruby mencuba nasib di “roda impian”. Dapat 1 tiket ke Waka-Waka Kuala Lumpur Playlang. Manakala di booth theAsianparent, Ruby mencuba nasib dengan bermain “roda impian” dan mendapat 200 mata ganjaran! Yehhhaa. Sekarang Ruby adalah Platinum VIP Member. Oh ya selain itu, kami dapat beramah mesra bersama finalis Mrs Malaysia World! Mereka sangat mesra dan cantik!

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Healthy Is The New Happy! A Better You Today

Sesi Pertama bersama Dr. Linda Mat Hassin

Beliau memberi pendedahan kepada peserta mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup. Kami juga mengisi borang kaji selidik tentang diri sendiri dan kemudian akan dinilai oleh Doktor Linda. Pelbagai faktor akan mengakibatkan horman kita bercelaru. Tetapi, kita yang dah banyak usia ini perlu ambil tahu keadaan terkini diri kita. Sebab, Ruby tidak pernah tahu berkenaan hormon ni ada doktor pakar yang boleh bantu. Alhamdulillah acara ini amat membantu!

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena PinktoberNatugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Sesi Kedua bersama Puan Rena Rifaee

Mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita. Bahan-bahan di dalam produk kosmetik juga boleh mempengaruhi hormon dan gaya hidup kita. Ada kalanya kita terikut-ikut dengan trend kecantikan semasa sehingga terlupa risiko dan kesannya. Ramai yang menyatakan produk mereka bebas itu ini. Tetapi apabila dibaca bahasa saintifiknya adalah bahan kimia berbahaya. Di sesi ini juga Ruby dapat mengetahui perbezaan Natural dan Organik. Organik adalah penggunaan bahan dalam tanaman iaitu baja organik dan segala proses pertumbuhan bunga atau pokok tidak melibatkan sebarang bahan kimia.

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena PinktoberNatugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Sesi Ketiga : Forum ‘A New Formula For Happiness!’

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena PinktoberNatugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Acara kemuncak ialah forum ‘A New Formula For Happiness!’ yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. Ia melibatkan empat ahli panel iaitu @renarifaee, @drlindamathassin, Datin @dianadanielleb & Datin @mrs_malaysia_world_2018

Puan Rena Rifaee

Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata. Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.

Terharu ketika mendengar kisah Puan Rena dan kehamilannya. Beliau terlalu penat sehingga tidak mampu untuk melakukan sesuatu dengan baik ketika itu. Pengalaman beliau membawa kepada kejayaan beliau pada hari ini yang ingin membantu ramai wanita di seluruh dunia.

Dr Linda Mat Hassin

Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’. Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum.

Datin Harveen Kaur

Beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019. Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah, ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.

Datin Diana Danielle

Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato’ Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Mengenai NATUGEE

Dilancarkan pada Ogos 2017, Natugee ialah jenama kesihatan dan kecantikan premium yang dihasilkan untuk membantu wanita memperoleh kulit sihat daripada dalam. Natugee komited menghasilkan produk penjagaan wajah berasaskan bahan semula jadi dan organik yang berkualiti tinggi, tanpa pewarna tiruan, paraben, SLS, SLES dan pewangi tiruan untuk mengekalkan keremajaan wajah para wanita. Ia bertepatan dengan misi Natugee yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti kehidupan wanita dengan menggunakan produk harian yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan aktif. Natugee menggabungkan bahan terbaik tanpa memberi kesan sampingan untuk kesan jangka panjang. Hasilnya ia dapat memperbaiki tekstur kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan tona wajah lebih serata.

Natugee merupakan penaja Mrs Malaysia World 2019/2020 sebagai penghormatan kepada wanita yang mengekalkan kehidupan yang seimbang antara keluarga, karier dan impian. Natugee bakal meluaskan jenamanya di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat.

www.natugee.com
www.instagram.com/natugee
www.facebook.com/natugee
www.youtube.com/natugee

Previous

Shopee 11.11 Big Sale 2019

Fun Time at Waka Waka Kuala Lumpur

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.